Tempat menarik di Kuala Terengganu memang tak pernah menghampakan. Bandar tepi laut ni bukan je cantik, tapi penuh dengan budaya, makanan tradisional dan suasana yang tenang. Dari masjid ikonik, kampung nelayan, sampai ke pantai yang luas terbentang, semuanya ada dalam satu daerah yang kaya dengan sejarah dan warisan.
Bercuti ke Kuala Terengganu memang sesuai untuk semua sama ada anda nak jalan dengan anak-anak, pasangan atau geng kawan. Ada taman tema mini, pasar kraftangan, port celup tepung tepi pantai, dan macam-macam tempat lepak menarik. Nak healing atau nak cari port ambil gambar cantik pun memang banyak pilihan. Apa pun jenis percutian yang anda cari sama ada bajet, keluarga, honeymoon atau pun solo trip, Kuala Terengganu sentiasa ada sesuatu yang boleh buat anda tersenyum. Jom explore sama-sama!
Pantai Menarik di Kuala Terengganu untuk Bersantai & Bergambar
Bercuti ke Kuala Terengganu tak sah tanpa jalan-jalan tepi pantai. Dari suasana meriah di Pantai Batu Buruk sampai ke view damai di Pantai Chendering, semuanya ada keistimewaan tersendiri. Pantai-pantai di sini bukan je sesuai untuk lepak santai, tapi memang syok untuk ambil gambar, picnic, dan layan angin laut. Takir Beach dan Teluk Ketapang pula jadi port wajib untuk layan celup tepung panas-panas sambil tunggu sunset. Pantai Pandak jadi pilihan kaki fotografi, manakala Pantai Kuala Ibai pula selalu jadi lokasi sweet untuk pasangan berbulan madu.
Pantai Batu Buruk – Pantai Dekat Bandar KT Paling Ceria
Lokasi: Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu

Tip: Nak feeling macam kat funfair? Cari abang jual layang-layang dekat parking utama & beli satu, lepas tu boleh lari-lari tepi pantai sambil buat video slowmo, baru ngam dengan vibe ceria Batu Buruk.
Kalau datang ke Kuala Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah Pantai Batu Burok. Lokasinya sangat strategik, cuma beberapa minit dari pusat bandar.
Pantai ni antara yang paling popular dalam kawasan bandar dan tak pernah sunyi, siang malam sentiasa meriah. Cuma jangan harap nak mandi-manda ya, sebab ombak kat sini agak kuat dan berbahaya. Tapi kalau nak lepak santai, angin sepoi-sepoi bahasa, memang tempat ni win.
Ramai datang bawa keluarga, bentang tikar sambil layan angin laut. Kat sini juga ada taman permainan kanak-kanak yang luas dan selamat, jadi budak-budak boleh main puas-puas sementara mak ayah santai atas tikar.
Waktu petang, suasana kat sini memang hidup. Anak-anak sibuk main gelongsor dan buaian, kadang naik kereta kuda berlampu warna-warni yang lalu-lalang di tepi pantai.
Sementara tu, bolehlah ibu bapa serbu gerai-gerai makanan tepi jalan sebab macam-macam ada, dari keropok lekor panas sampai la ke jagung bakar dan air kelapa. Kalau datang bulan Ramadan, suasana di sini jadi lebih meriah.
Ramai orang datang berbuka puasa berkelah kat tepi pantai, bentang tikar, makan sama-sama sambil tunggu azan Maghrib. Memang rasa nikmat bila berbuka berlatarbelakangkan bunyi ombak.
Lepas berbuka, ramai akan ke Masjid Ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari pantai untuk solat Maghrib dan sambung dengan Tarawih. Tak jauh dari sini juga ada Primula Beach Resort, iaitu antara resort tepi pantai yang terkenal di Kuala Terengganu. Kalau nak bermalam sambil layan suasana pantai, bolehlah consider bermalam kat situ.
Pendek kata, Pantai Batu Burok bukan sekadar tempat untuk ambil angin, tapi juga lokasi lepak keluarga yang wajib singgah kalau datang ke bandar Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Takir Beach – Port Lepak Santai Dengan Sunrise Cantik
Lokasi: Kampung Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu

Tip:Kalau nak tangkap view sunrise paling padu, datang sebelum 7 pagi dan duduk tepi batu pemecah ombak. Tak ramai orang, boleh feeling macam photoshoot album nasyid solo.
Pantai Seberang Takir ni memang port santai yang makin ramai orang suka, terutamanya sebab lokasinya yang dekat sangat dengan bandar Kuala Terengganu.
Lepas je seberang Jambatan Angkat, terus sampai. Pantainya tak luas mana dan agak dekat dengan jalan raya, jadi senang nak access kalau datang bawa kereta. Tapi kalau datang musim tengkujuh, hati-hati sikit sebab ombak boleh melimpah sampai ke jalan. Memang lah padu kalau dapat tengok, tapi bahaya juga kalau duduk terlalu dekat.
Tempat ni bukan untuk mandi manda ya, sebab faktor keselamatan. Tapi kalau nak lepak petang sambil layan angin laut atau tengok langit senja, memang sesuai sangat.
Ramai juga yang datang pagi-pagi atau petang untuk jogging, especially kalau menginap di Hotel Grand Continental atau pun Anjung Pantai Seberang. Dua-dua tempat penginapan ini juga memang sangat dekat dengan pantai.
Suasana pagi memang tenang, angin sejuk, dan view laut buatkan mood jogging tu rasa best. Bila bulan puasa, pantai ni jadi lokasi pilihan untuk berbuka secara berkelah. Ramai datang bentang tikar, makan juadah berbuka sambil tengok matahari terbenam.
Lepas tu, boleh terus ke Masjid Terapung di Seberang Takir untuk solat Maghrib dan sambung Tarawih. Semua dekat-dekat je, jadi senang kalau nak buat aktiviti santai tapi penuh makna. Pendek kata, Pantai Seberang Takir ni bukan pantai pelancongan semata-mata, tapi lebih kepada tempat rileks gaya orang tempatan.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Pantai Teluk Ketapang & Telaga Batin – Syurga Makan Celup Tepung Kuala Terengganu
Lokasi: Kg Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu

Tip: Jangan terus singgah gerai depan jalan besar, kalau sanggup masuk sikit ke hujung belah kiri, ada satu warung yang sotong celup tepung dia rangup luar, juicy dalam. Sekali gigit terus lupa diet.
Pantai Teluk Ketapang merupakan salah satu lokasi santai pilihan ramai jika anda berada di Kuala Terengganu, terutamanya untuk aktiviti riadah petang. Terletak sangat dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pantai ini turut dikenali sebagai “Pantai Airport” oleh penduduk tempatan.
Walaupun tak sesuai untuk mandi manda, pantai ini tetap menjadi tumpuan kerana keindahan pemandangannya dan kawasan pantainya yang bersambung terus dengan Pantai Telaga Batin.
Waktu petang, suasana di sekitar pantai ini memang meriah. Anda boleh menikmati makanan laut celup tepung yang terkenal seperti di ICT Pok Long, Firdausy Seafood Corner dan beberapa lagi warung yang berderet sepanjang jalan.
Gerai-gerai ini sering dipenuhi pengunjung yang datang menikmati ikan, sotong dan udang goreng panas yang rangup. Jika datang bersama anak-anak, anda boleh bawa mereka bermain di taman permainan yang tersedia, naik kereta kuda ataupun main layang-layang sambil menikmati bayu laut.
Selain itu, lokasi pantai ini turut berdekatan dengan beberapa hotel dan penginapan popular seperti Plumeria Scout Hotel, AM Transit Inn, RAIA Hotel & Convention Centre, dan D’Razna Chalet Seberang Takir.
Jika anda datang pada pagi Jumaat, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pasar Tani Teluk Ketapang yang menjual pelbagai hasil laut segar. Jadi, sama ada anda ingin lepak santai, makan sedap atau beriadah ringan bersama keluarga, Pantai Teluk Ketapang memang port terbaik untuk dilawati di Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Pantai Pandak – Lokasi Fotografi Pantai Paling Viral
Lokasi: Chendering, 21080 Kuala Terengganu

Tip: Kalau nak gambar paling cinematic, datang lepas Subuh sebab cahaya pagi dia lembut gila, bayang batu karang jadi macam filter VSCO semula jadi. Confirm gambar naik satu level kat IG!
Kalau anda sedang mencari pantai yang lebih tenang dan jauh dari kesibukan pelancong, Pantai Pandak di Chendering patut masuk dalam senarai. Pantai ini terletak dalam kawasan kampung dan biasanya hanya dikunjungi oleh orang tempatan, terutama yang nak mandi manda atau lepak petang. Kawasannya lebih landai dan lapang, jadi sesuai untuk berkelah bersama keluarga.
Tapi ingat, kalau ombak kuat, sebaiknya elakkan mandi sebab tiada pengawasan keselamatan. Mandi atas risiko sendiri ya!
Landskap pantai yang agak berteluk dengan susunan batu-batu semula jadi menjadikan tempat ini port kegemaran kaki kamera, terutamanya waktu pagi. Kalau anda jenis yang suka rakam gambar sunrise, inilah lokasi terbaik untuk dapatkan sudut menarik matahari naik dari balik laut.
Suasana waktu pagi di sini memang damai, hanya kedengaran bunyi ombak dan unggas. Jika anda datang waktu petang pula, ada beberapa warung tepi jalan yang menjual makanan celup tepung. Memang sesuai untuk minum petang sambil layan angin laut.
Pada waktu malam, tak jauh dari pantai ni pula ada medan ikan bakar yang jadi tumpuan ramai. Jadi bolehlah sambung aktiviti seharian dengan makan malam yang segar dari laut. Tapi satu perkara penting, kalau anda datang musim tengkujuh, elakkan mandi di mana-mana pantai sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ombak kuat dan tak dijangka, bahaya untuk semua peringkat umur.
Selain musim tengkujuh, Pantai Pandak ni memang antara spot terbaik untuk anda lari dari kebisingan, mandi laut dan nikmati keindahan semula jadi Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Pantai Chendering – Pantai Tenang Dengan View Memukau
Lokasi: 21080 Kuala Terengganu

Tip: Nak lepak dengan tenang, cari port bawah pokok rhu dekat hujung pantai, angin dia steady, bunyi ombak pula macam lullaby…
silap-silap tertidur lepas makan keropok lekor.
Jika anda mencari lokasi santai di Kuala Terengganu yang tak sesak macam Pantai Batu Buruk, Pantai Kuala Ibai mungkin tempat yang sesuai untuk anda. Terletak tak jauh dari pusat bandar, pantai ini menawarkan suasana lebih tenang dengan pasir pantai yang halus dan lembut di kaki.
Walaupun kurang dikenali pelancong luar, pantai ini sebenarnya pilihan ramai penduduk tempatan yang ingin menikmati waktu petang yang damai tanpa hiruk-pikuk orang ramai. Pantai ini sesuai untuk anda yang nak berkelah ringan, bentang tikar dan layan angin laut sambil tengok matahari mula turun. Suasananya sangat sesuai untuk refleksi diri atau luang masa bersama keluarga.
Lokasinya juga cukup strategik, anda boleh singgah ke Masjid Terapung Kuala Ibai yang ikonik tu, atau jalan-jalan di sekitar Lagun Kuala Ibai yang turut terkenal dengan pemandangan indah. Kalau perut lapar, ada pilihan makanan tempatan menarik berdekatan seperti Nasi Dagang Moh Ngoh dan Batik Pavillion untuk cuci mata dan beli ole-ole.
Pantai Kuala Ibai memang tak sehangat nama Pantai Batu Buruk, tapi itulah tarikannya, lebih tenang, lebih selesa dan lebih santai.
Kalau anda jenis yang suka suasana damai tanpa terlalu ramai orang, inilah antara spot terbaik untuk anda lepak petang di Kuala Terengganu. Datang awal sikit, bawa minuman sejuk dan kudapan, dan nikmati keindahan pantai yang masih terpelihara ini.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Pantai & Laguna Kuala Ibai – Lokasi Romantik untuk Santai Petang
Lokasi: 20400 Kuala Terengganu

Tip: Kalau nak moment romantik, datang lepas Asar. Cahaya matahari jatuh atas laguna tu memang lain macam… duduk je atas tikar sambil kongsi air kelapa, terus rasa macam scene drama TV3 hari Ahad.
Lagun Kuala Ibai adalah antara kawasan unik di Kuala Terengganu yang menawarkan suasana semula jadi yang berbeza daripada pantai biasa. Terletak berhampiran muara Sungai Ibai dan Pantai Kuala Ibai, kawasan ini menampilkan gabungan menarik antara lagun air, muara sungai dan pantai. Unik kan? Tiga elemen semula jadi dalam satu lokasi.
Paling menarik, di atas lagun ini terletaknya Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, sebuah ikon Terengganu yang sangat mempesona dari dekat mahupun jauh.
Lanskap sekitar lagun ini cukup menenangkan. Pokok-pokok rhu yang tinggi memberikan teduhan yang redup, menjadikannya lokasi yang nyaman walaupun pada waktu tengah hari. Di sini juga terdapat taman rekreasi kecil yang sesuai untuk anda berjalan-jalan santai, menikmati keindahan alam atau sekadar duduk tenang menghadap sungai dan pantai.
Waktu petang, suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran penjual jalanan yang menawarkan makanan ringan popular Terengganu seperti satay ikan, keropok lekor dan air kelapa muda.
Bagi peminat aktiviti luar, anda boleh melihat sendiri kehidupan harian penduduk tempatan yang menjala ikan di muara sungai. Aktiviti memancing juga biasa dilakukan di sekitar lagun ini. Untuk kaki fotografi pula, tempat ini adalah lokasi wajib singgah. Cahaya pagi dan petang sangat ideal untuk merakam panorama, ditambah pula dengan subjek semula jadi yang pelbagai di sekeliling.
Tak kira datang bersendirian atau bersama keluarga, Lagun Kuala Ibai adalah antara spot paling damai dan ‘instagrammable’ di Kuala Terengganu yang wajib anda kunjungi.
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (pantai terbuka umum)
Mercu Tanda & Tempat Ikonik Wajib Dilawati di Kuala Terengganu
Selami budaya & warisan sejarah negeri Terengganu dengan melihat keunikan destinasi ikonik di Bandar KT. Ini antara kawasan kebanggaan yang menjadi mercu tanda pelancongan utama di Kuala Terengganu. Sesuai untuk kunjungan anda sekeluarga & jadikan tempat-tempat ini untuk berfoto sebagai kenangan manis ketika bercuti di Kuala Terengganu.
Jambatan Angkat Terengganu – Landmark Ikonik Terbaru di KT
Lokasi: Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Kuala Terengganu

Website –Facebook –Google Maps Waze Penginapan
Tip: Nak gambar paling padu? Datang waktu sunset, cahaya oren keemasan jatuh atas struktur jambatan, buat gambar nampak macam poster filem. Bonus: kalau bernasib baik, boleh tengok jambatan tu naik untuk kapal lalu, pengalaman rare yang tak semua orang dapat!
Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu Drawbridge bukan sekadar penghubung antara bandar dan Seberang Takir, tapi kini menjadi antara mercu tanda baharu yang paling menarik di Pantai Timur.
Ini satu-satunya jambatan angkat seumpamanya di Malaysia, dan keunikan reka bentuk serta teknologinya benar-benar memberi impak besar kepada industri pelancongan tempatan. Jambatan ini boleh diangkat untuk memberi laluan kepada kapal dan bot. Satu pemandangan yang cukup mengagumkan jika anda berpeluang menyaksikannya secara langsung.
Pelawat yang datang bukan sahaja boleh bergambar berlatarbelakangkan struktur moden ini, malah boleh naik ke atas menara jambatan. Dari atas, anda boleh menikmati pemandangan menakjubkan meliputi muara Sungai Terengganu, keseluruhan bandar Kuala Terengganu dan Laut China Selatan.
Menariknya, ada juga Sky Terrace iaitu lantai kaca di bahagian atas menara yang memberikan pengalaman mendebarkan buat mereka yang tidak gayat. Tempat ini sangat sesuai untuk anda yang gemar melihat panorama dari sudut berbeza dan suka mencuba pengalaman baru.
Selain destinasi pelancongan, Drawbridge juga sangat sesuai dijadikan lokasi lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah. Banyak yang boleh dipelajari baik dari teknologi kejuruteraan sehinggalah kepada peranan penting jambatan ini dalam pengurusan trafik dan logistik laut di muara sungai.
Kalau anda datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa masukkan Jambatan Angkat ini dalam itinerari, baik siang mahupun malam, keindahannya memang tak mengecewakan.
Waktu Operasi: Ahad-Khamis: 10.00 pagi -7.00 petang, Jumaat: 2.30 petang -10.00 malam, Sabtu & Cuti Umum: 10.00 pagi -10.00 malam
Harga Tiket: Dewasa: RM15, Kanak²: RM10 (tiket masuk); Hydraulic Tour: Dewasa RM22, Kanak² RM15; Sarung Kasut: RM2
Muzium Negeri Terengganu – Muzium Terbesar di Asia Tenggara
Lokasi: Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Nak rasa macam masuk istana zaman silam? Datang awal pagi bila cahaya matahari lembut menyinari struktur kayu tradisional. Gambar OOTD terus nampak macam cover novel sejarah.
Kalau anda pertama kali bercuti ke Terengganu, Muzium Negeri Terengganu ialah tempat terbaik untuk mulakan penerokaan anda. Terletak di kawasan Bukit Losong, muzium ini bukan sekadar tempat simpan artifak, ia merupakan muzium utama yang mempamerkan kekayaan sejarah, budaya dan warisan negeri Terengganu secara menyeluruh.
Dari zaman awal peradaban, sejarah kerajaan Melayu lama, hinggalah kepada tradisi rakyat, semuanya tersusun kemas untuk memudahkan anda faham konteks sebenar negeri ini sebelum anda meneruskan perjalanan ke tempat-tempat lain sekitar Kuala Terengganu.
Bangunan muzium ini sendiri cukup memukau. Ia dibina berasaskan seni bina rumah tradisional Terengganu dalam skala yang sangat besarcukup untuk buat anda rasa kerdil sebaik melangkah masuk ke kawasan utama. Di dalamnya terdapat sembilan galeri pameran utama yang menempatkan hampir 1,000 artifak bersejarah. Setiap galeri membawa tema berbeza, termasuk sejarah Islam, kesenian, tekstil, senjata lama dan banyak lagi.
Suasana dalam muzium ini juga tenang dan berinformasi, sangat sesuai untuk anda yang suka aktiviti bercorak ilmiah sambil bercuti. Muzium ini juga sangat sesuai dimasukkan dalam jadual lawatan sambil belajar, terutama untuk pelajar sekolah.
Banyak nilai dan pengajaran yang boleh dipelajari secara langsung dari pameran visual dan interaktif yang ada. Selain menjelajah setiap galeri, anda juga boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar muzium yang dihiasi landskap tradisional, lengkap dengan rumah-rumah kayu klasik dan suasana kampung.
Pendek kata, kalau anda nak kenali Terengganu dengan lebih mendalam, Muzium Negeri ini memang titik mula yang terbaik.
Waktu Operasi: Sabtu-Khamis: 9.00 pagi – 5.00 petang, Jumaat: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari & 3.00 petang – 5.00 petang (tutup pada Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha – hari pertama & kedua)
Harga Tiket: Dewasa: RM5, Kanak²: RM2, Pelajar Berpakaian Seragam: RM1; Bukan Warganegara: Dewasa RM15, Kanak² RM10
Masjid Terapung Kuala Ibai – Masjid Dengan Seni Bina Unik di Atas Air
Lokasi: Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu

Tip: Nak gambar paling padu? Datang waktu senja sebab cahaya matahari terbenam memantul pada permukaan air sekitar masjid, menghasilkan pemandangan yang memukau. Kalau bernasib baik, boleh saksikan pantulan cahaya yang membuat masjid kelihatan bersinar emas.
Masjid Terapung Kuala Ibai atau nama rasminya Masjid Tengku Tengah Zaharah ialah antara masjid paling ikonik di Kuala Terengganu. Dibina di atas lagun air yang bersambung dengan muara Sungai Ibai, masjid putih ini menjadi mercu tanda penting sebelum munculnya masjid moden lain seperti Masjid Kristal dan Masjid Seberang Takir.
Gabungan seni bina Islam dengan keunikan lokasi menjadikan masjid ini sangat istimewa. Di bawahnya ada lagun, di sebelah kanannya mengalir sungai, dan di hadapannya terbentang pantai. Pendek kata, masjid ini benar-benar dikelilingi keindahan semula jadi.
Panorama sekitar masjid ini sangat memukau, terutamanya ketika waktu pagi atau senja. Warna langit jingga yang memantul pada permukaan air mencipta suasana damai yang sesuai untuk anda bersantai atau mengambil gambar.
Tak hairanlah kalau ramai jurugambar dan peminat fotografi menjadikan lokasi ini sebagai spot wajib singgah untuk merakam landskap yang penuh emosi dan ketenangan. Suasana sekitar masjid juga tenang dan bersih, menjadikannya lokasi sempurna untuk anda beribadah dan merenung ciptaan Tuhan.
Lokasinya juga sangat strategik, berhampiran dengan beberapa tempat menarik lain seperti Taman Rekreasi Kuala Ibai, Pantai Chendering, Batik Pavillion Noor Arfa dan Mok Ngoh Nasi Dagang. Jadi anda boleh singgah ke masjid ini sebagai sebahagian daripada perjalanan santai anda sekitar Kuala Terengganu.
Sama ada anda datang untuk solat, ambil gambar atau sekadar tenangkan fikiran, Masjid Terapung Kuala Ibai ini memang salah satu destinasi paling menenangkan di Terengganu.
Masjid Kristal – Mercu Tanda Moden Kuala Terengganu
Lokasi: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu

Tip: Nak gambar paling padu? Datang waktu malam bila lampu LED berwarna-warni menyala sebab kubah kaca masjid bersinar macam berlian, buat gambar nampak macam dalam filem. Kalau nak view lain dari yang lain, naik river cruise waktu senja. Pantulan cahaya matahari pada struktur kaca tu memang ‘chef’s kiss’.
Kalau anda mencari masjid yang paling unik di Kuala Terengganu, Masjid Kristal adalah jawapannya. Dibina betul-betul di atas Sungai Terengganu, masjid ini membawa konsep ‘masjid terapung’ dengan pendekatan yang moden dan luar biasa.
Apa yang menjadikan Masjid Kristal sangat istimewa ialah penggunaannya yang meluas terhadap kaca dan keluli, menjadikan strukturnya kelihatan berkilau dan memukau terutama ketika terkena cahaya matahari.
Ia satu-satunya masjid seumpamanya di Malaysia, dan pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia serta masjid pintar pertama di negara ini.
Masjid ini dibina dengan kos RM22 juta dan menjadi mercu tanda kebanggaan bukan sahaja untuk rakyat Terengganu tetapi juga seluruh Malaysia. Dari jauh lagi, anda sudah boleh nampak struktur kaca yang memantulkan cahaya, membuatkan ramai pelancong berhenti untuk bergambar.
Rekabentuknya yang moden dengan elemen seni bina Islam kontemporari menjadikan ia lokasi ‘wajib singgah’ jika anda berada di sekitar Kuala Terengganu. Lokasinya pula sangat strategik kerana ia terletak betul-betul di sebelah Taman Tamadun Islam, jadi anda boleh teroka dua tempat menarik dalam satu lawatan.
Selain melihat keunikan seni binanya, anda juga boleh manfaatkan lawatan ke sini sebagai pengalaman mendidik untuk anak-anak atau pelajar sekolah. Lawatan ke Masjid Kristal boleh membuka minda mereka tentang kerjaya dalam bidang seni bina atau kejuruteraan awam, dan bagaimana kecanggihan teknologi dapat digabungkan dengan nilai spiritual.
Masjid Abidin/ Masjid Putih – Masjid Tertua & Bersejarah di KT
Lokasi: Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Untuk merasai ketenangan dan keindahan seni bina klasik, lawatilah Masjid Abidin pada waktu pagi ketika suasana masih sunyi. Cahaya matahari yang lembut menyinari ukiran-ukiran halus pada dinding masjid, memberikan pengalaman yang mendalam dan sesuai untuk refleksi diri.
Masjid Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih merupakan antara masjid tertua dan paling bersejarah di Kuala Terengganu.
Dibina seawal abad ke-19 menggunakan kayu, masjid ini telah melalui beberapa fasa penambahbaikan dan kini berdiri megah dengan struktur serba putih yang menjadi simbol kemegahan Islam di negeri ini. Terletak di tengah-tengah bandar, hanya sekitar 100 meter dari stesen bas MBKT, ia sangat mudah diakses dan berdekatan dengan pelbagai hotel serta kemudahan awam lain.
Binaan tiangnya dikatakan menggunakan campuran putih telur sebagai bahan pengukuh. Ini adalah satu bukti kepakaran pembinaan tradisional Melayu zaman dahulu. Masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, malah merupakan pusat penyebaran ilmu dan pembelajaran agama Islam suatu ketika dahulu.
Ramai tokoh agamawan besar dilahirkan di sekitar masjid ini, menjadikannya sebagai satu institusi penting dalam perkembangan Islam di Terengganu.
Dengan sejarah yang panjang serta aura spiritual yang masih terasa hingga hari ini, tidak hairanlah Masjid Abidin terus menjadi tumpuan pelawat yang mahu melihat sendiri warisan keagamaan negeri ini. Masjid ini juga telah beberapa kali menjadi lokasi rasmi bagi acara keagamaan negeri dan perhimpunan besar Islam.
Bagi anda yang gemar menghayati seni bina dan nilai sejarah, Masjid Abidin wajib dimasukkan dalam itinerari lawatan. Struktur masjid ini sangat unik, penuh dengan elemen seni bina Melayu lama yang dipelihara dengan baik. Sambil mengambil gambar di kawasan sekitar, anda boleh selami suasana tenang masjid ini yang menyimpan seribu satu kisah.
Lawatan ke sini bukan sahaja menenangkan jiwa, malah menambah ilmu tentang warisan Islam di Terengganu.
Pesisir Payang – Waterfront Baru Dengan View Jambatan Angkat
Lokasi: Pesisir Payang, 20000, Kuala Terengganu

Tip:Waktu pagi boleh layan tengok nelayan keluar, tapi tolong jangan lambai sambil jerit “bang, bawak balik ikan tenggiri ya!”. Nanti satu bot pandang. Petang pulak, tengok bot masuk muara pun syok… siap boleh main teka: “yang ni bawak sotong ke bawak cinta lama?”
Dataran Sungai Terengganu merupakan lokasi santai yang dibina betul-betul di tepi muara Sungai Terengganu, hanya seberang jalan dari Pasar Payang yang baharu. Dataran ini dibina dengan konsep terbuka menggunakan permukaan berbata dan bersimen yang luas, sesuai untuk anda duduk lepak, jalan-jalan santai atau jogging.
Di sinilah anda boleh saksikan pemandangan tenang Sungai Terengganu dengan latar Jambatan Angkat yang tersergam indah, sambil melihat kehidupan harian penduduk setempat yang bersantai, memancing atau sekadar melepak menikmati bayu sungai.
Jika anda menginap di hotel berdekatan seperti StarSeason Hotel, Suite18 Boutique Hotel atau Uptown Eco Hotel, tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti pagi atau petang.
Anda boleh jogging sambil menikmati suasana tepi sungai yang segar dan damai. Lebih menarik, waktu pagi dan senja di sini agak hidup dengan pergerakan bot nelayan yang keluar masuk ke muara. Ia menjadikan tempat ini lebih bernyawa dan penuh dengan elemen kehidupan laut Terengganu yang asli.
Dataran ini juga merupakan port fotografi yang menarik. Anda boleh bergambar berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu, sungai yang luas serta bot-bot yang berlabuh. Suasananya agak tenang dan tak terlalu sesak seperti kawasan pantai, jadi sangat sesuai untuk pelancong yang suka bersantai dan menikmati keindahan bandar Kuala Terengganu dari sudut berbeza.
Kalau anda dah ke Pasar Payang, jangan lupa singgah sekejap ke sini,rugi kalau tak turun ambil angin sungai!
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (esplanade awam)
Pulau Warisan Kuala Terengganu – Spot Lepak Malam Popular di KT
Lokasi: Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu

Tip: Nak rasa macam masuk festival makanan? Datang malam-malam, lepas tu cuba semua gerai satu-satu. Tapi hati-hati, perut boleh jadi ‘full tank’ sebelum sempat habis pusing.
Pulau Warisan ialah sebuah pulau kecil buatan manusia yang terletak di Sungai Terengganu, tidak jauh dari Kampung Cina dan Pasar Payang. Lokasinya yang sangat strategik menjadikannya antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang wajib anda singgah, sama ada siang atau malam.
Akses ke sini sangat mudah, hanya perlu berjalan kaki dari pusat bandar atau memandu terus ke kawasan pulau melalui jalan berturap. Suasananya lebih terasa tenang dan terbuka, terutama bila waktu senja mula menjelma.
Waktu petang, anda boleh lihat pemandangan yang mendamaikan dengan bot-bot nelayan yang pulang dari laut dan matahari terbenam di ufuk Barat menghiasi langit Sungai Terengganu. Pulau ini juga menjadi port kegemaran kaki pancing tempatan.
Kalau anda pernah dengar tentang perlumbaan kapal layar Monsun Cup yang gah suatu ketika dulu, inilah lokasi utama tempat penonton berkumpul menyaksikan kehebatan kapal layar dari seluruh dunia. Walaupun acara itu dah tiada, auranya masih terasa dan tempat ini tetap hidup dengan pelbagai aktiviti santai.
Menjelang malam, Pulau Warisan berubah wajah menjadi lokasi tumpuan ramai dengan adanya pasar malam yang menjual pelbagai makanan popular Terengganu dan makanan viral terkini.
Anda boleh cuba keropok lekor panas, sata, nasi dagang, ayam gunting, coconut shake dan macam-macam lagi. Kalau anda suka ‘jalan-jalan cari makan’ sambil layan angin sungai, ini memang port terbaik.
Jangan lupa ambil gambar kenangan waktu petang di sini. Suasana dan pencahayaan semula jadi sangat cantik untuk hasilkan gambar-gambar travel yang ‘insta-worthy’!
Waktu Operasi: pasar malam 5.30 petang – 12.00 tengah malam (dibuka setiap hari)
Harga Tiket: Percuma (kawasan awam)
Aktiviti Outdoor Menarik di Kuala Terengganu
Tahu tak ? Ada banyak tempat menarik di Kuala Terengganu untuk aktiviti outdoor mencabar. Paling best, Terengganu adalah syurga untuk pendaki yang nak hiking & memburu stunning view dari puncak & nampak laut yang cantik.
Candat Sotong Kuala Terengganu – Aktiviti Viral Musim April – Ogos
Lokasi: Kuala Terengganu, Terengganu

Tip: Bila candat sotong malam-malam, jangan terkejut kalau sotong balas dendam dengan pancut dakwat. Pastikan baju bukan putih, kalau tak esok pagi orang ingat kau berkelah dalam printer. Bonus: bawak maggi cup, sebab candat sambil makan maggi atas bot = combo padu!
Nak cuba aktiviti laut yang rare dan unik di Kuala Terengganu? Ha, aktiviti candat sotong memang pilihan paling best waktu musimnya tiba, sekitar April hingga Ogos. Anda akan dibawa menaiki bot dari jeti seperti di Pulau Kambing atau Chendering sekitar jam 5 petang, dan turun ke laut terbuka untuk mencandat sotong sepanjang malam!
Serius seronok bila lampu bot dinyalakan dan sotong mula berkumpul. Teknik mudah je, hanya guna mata candat khas dan sedikit skill menarik sotong naik ke atas bot. Ada banyak pakej candat sotong yang boleh dipilih, dari bot kecil untuk 8-10 orang sehinggalah ke feri besar lengkap dengan tandas, tempat rehat dan hidangan makan malam.
Selain aktiviti mencandat, anda juga boleh masak sotong segar atas bot, memang syok! Pengalaman ni memang sesuai untuk kaki pancing, geng kawan-kawan atau family yang nak cuba aktiviti luar biasa.
Waktu Operasi: 5.30 petang – 6.00 pagi (bergantung kepada cuaca & musim)
Harga Pakej: RM80 – RM150 seorang (bergantung kepada operator, jenis bot & kemudahan)
Bukit Maras – Bukit Hiking Terbaik Dengan Panorama Laut
Lokasi: Puncak Bukit Maras, 21020 Kuala Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Start hiking lepas Subuh, sebab bila sampai puncak, angin dia bukan main sejuk. Tapi jangan eksyen buka baju posing macho, takut masuk angin sebelum masuk frame. Kalau lutut bergetar time turun, itu tandanya otot kau belum move on dari semalam.
Kalau anda cari tempat menarik di Kuala Terengganu untuk aktiviti lasak seperti hiking dan jungle trekking, Bukit Maras memang destinasi yang wajib masuk dalam senarai. Terletak dalam kawasan hutan berbukit, Bukit Maras menawarkan pengalaman pendakian yang sederhana mencabar, tapi sangat berbaloi bila anda tiba di puncaknya.
Dengan ketinggian sekitar 329 meter dari aras laut, anda akan disambut dengan pemandangan terbuka menghadap Bandar Kuala Terengganu dan Laut China Selatan. Memang cantik tak terkata, terutama waktu pagi bila matahari terbit perlahan-lahan dari ufuk timur.
Pendakian ke puncak biasanya ambil masa dalam 40 hingga 50 minit, bergantung pada stamina dan rentak anda. Laluan ke atas agak sempit dan berbatu di beberapa bahagian, jadi pastikan anda pakai kasut yang sesuai dan bawa bekalan air mencukupi.
Di puncak Bukit Maras, ada kawasan lapang yang sesuai untuk pasang khemah bagi yang minat aktiviti camping. Banyak juga pendaki yang bermalam di sini semata-mata nak kejar suasana sunrise yang sangat memukau. Awan berkepul, langit kemerahan dan udara yang segar, memang rasa macam dalam filem.
Bukit Maras juga selalu jadi pilihan untuk aktiviti outdoor keluarga, event family day atau program team building ringan. Suasana hutan yang nyaman, jauh dari hiruk-pikuk bandar, memang sesuai kalau anda nak rehatkan minda sambil berpeluh dan cabar diri sikit.
Jangan lupa bawa kamera atau telefon yang cukup bateri sebab view kat atas tu memang rugi kalau tak abadikan dalam gambar!
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (tempat hiking & paragliding awam)
Bukit Besar – Puncak Bukit Dengan View Bandar KT
Lokasi: 21100 Kuala Terengganu

Tip: Bukit Besar ni memang test iman kerana mula-mula naik semangat waja, tengah jalan dah mula bargaining dengan lutut. Kalau sampai puncak tak ambik gambar view bandar KT, rugi…
tapi kalau ambik gambar sambil tercungap, jangan lupa edit senyuman dulu sebelum post kat IG.
Kalau anda tercari-cari tempat riadah dalam bandar yang sesuai untuk keluarkan peluh tanpa perlu ke luar kawasan Kuala Terengganu, Bukit Besar memang antara lokasi paling ideal.
Terletak dekat sangat dengan pusat bandar, Bukit Besar jadi pilihan utama warga setempat untuk aktiviti hiking ringan atau jogging santai waktu petang dan hujung minggu. Di kaki bukit, ada taman rekreasi yang lengkap dengan trek jogging berbata, tempat lepak dan kawasan hijau yang redup.
Untuk ke puncak, anda boleh pilih sama ada mendaki melalui jalan berturap yang sesuai untuk seisi keluarga & kanak-kanak. Atau, cabar diri sikit melalui denai hutan yang lebih mencabar.
Laluan denai ni ada bahagian curam tapi tak perlu risau sebab ada tali panjat disediakan untuk bantu anda naik dengan lebih selamat. Bukit ini juga sangat sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking kerana jaraknya tidak terlalu jauh dan boleh selesai dalam masa kurang sejam.
Sampai saja di puncak, segala penat memang hilang sebab anda akan disajikan pemandangan memukau menghadap Sungai Terengganu, pantai dan Bandar Kuala Terengganu dari sudut tinggi. Ramai yang ke sini semata-mata nak tengok view dari atas dan hirup udara segar jauh dari kesibukan harian.
Kalau anda belum pernah cuba, Bukit Besar patut ada dalam senarai tempat anda singgah bila bercuti ke Kuala Terengganu nanti.
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang (dibuka setiap hari)
Harga Tiket: Percuma (kawasan rekreasi awam)
Bukit Chendering – Tempat Terbaik Tengok Sunrise Dari Puncak
Lokasi: 21080 Kuala Terengganu

Tip: Kalau nak tengok sunrise yang buat kau rasa macam dalam filem romantik, datang awal pagi. Tapi hati-hati, laluan boleh jadi licin lepas hujan dan nyamuk pun boleh tahan ganas . Jangan lupa bawa air dan pakai kasut yang sesuai.
Satu lokasi hiking santai tapi tetap menjanjikan pemandangan luar biasa, Bukit Keluang Kecil di Chendering ni memang hidden gem yang ramai tak tahu.
Walaupun tak sepopular Bukit Besar, tapi pemandangan dari puncak terutamanya waktu matahari terbit, memang tak boleh lawan. Laut China Selatan terbentang luas, dan kalau cuaca cerah, Pulau Kapas pun jelas kelihatan dari sini.
Bukit ini hanya setinggi 74 meter dan cukup mesra untuk beginner. Ada dua laluan yang boleh anda pilih. Laluan utama bermula betul-betul di hadapan pintu masuk LKIM Chendering, manakala satu lagi laluan dari belakang lebih mencabar sedikit.
Tapi kedua-duanya tak ambil masa lama pun, sesuai sangat kalau nak buat aktiviti pagi sambil hirup udara segar pantai. Lokasi bukit ini juga sangat strategik, sebab berhampiran dengan beberapa tempat menarik lain seperti Pantai Pandak, Masjid Terapung Kuala Ibai dan warung Mok Ngoh Nasi Dagang yang cukup popular.
Jadi, lepas turun hiking pun anda boleh teruskan trip santai sekitar Kuala Terengganu. Kalau anda belum pernah jejak kaki ke sini, Bukit Keluang Kecil memang berbaloi dimasukkan dalam itinerary anda!
Waktu Operasi: 24 jam (kawasan terbuka)
Harga Tiket: Percuma (kawasan rekreasi awam)
Kalang Warisan – Pusat Kebudayaan Outdoor yang Unik
Lokasi: Kg Serada, Jln Kg Pulau Manis, 20050 Kuala Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau kau jenis yang fikir “main congkak tu senang je”, cuba dulu kat Kalang Warisan, baru tahu congkak tu bukan sekadar isi biji, tapi isi jiwa. Lepas tu, try anyaman tikar, nampak mudah, tapi tangan boleh cramp sebelum tikar siap. Tapi jangan risau, lepas penat, boleh layan nasi tenong sambil duduk bawah pokok rhu, terus rasa macam masuk babak drama Melayu petang-petang.
Terletak hanya 18km dari pusat bandar, kawasan tepi Sungai Terengganu ini bukan saja tenang dan cantik, tapi sangat sesuai untuk family day, berkelah dan aktiviti santai seisi keluarga. Suasana kampung yang asli memang buatkan anda rasa lebih dekat dengan alam semula jadi.
Antara aktiviti utama yang boleh anda cuba di sini termasuklah mandi sungai, bermain kayak, naik bot cruise, banana bot dan aktiviti memanah. Kawasan sekitar turut dilengkapi dengan kemudahan untuk berkhemah atau camping. Kalau anda nak buat program seperti hari keluarga, team building, atau reunion, tempat ini memang cukup ideal. Luas, selamat dan tak terlalu jauh dari bandar.
Dengan akses jalan raya yang mudah dan lokasi dalam kawasan kampung, suasana di Kampung Pengkalan Gelap ini cukup istimewa. Anda boleh nikmati ketenangan alam, dengar bunyi air sungai mengalir sambil anak-anak seronok bermain air.
Memang port terbaik kalau anda nak lari sekejap dari kesibukan bandar dan nak bonding dengan keluarga cara old-school.
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.30 petang (dibuka setiap hari)
Harga Tiket: Masuk percuma; aktiviti berbayar bermula dari RM10 – RM30 (bergantung kepada jenis aktiviti)
Aktiviti Bersama Kanak-Kanak Paling Popular di Kuala Terengganu
Destinasi-destinasi ini menjadi satu kemestian untuk pelancong yang berkeluarga & mempunyai anak-anak untuk datang berkunjung. Sangat ideal untuk anda sebagai ibu bapa bawa anak-anak ke sini & luangkan masa berkualiti bersama mereka di samping dapat megeratkan hubungan kekeluargaan apabila bercuti ke Kuala Terengganu kelak.
Taman Tamadun Islam – Destinasi Edukatif & Rekreasi Keluarga
Lokasi: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu

Website Facebook–Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau nak rasa macam melancong ke 21 negara Islam dalam masa sejam setengah tanpa cop pasport, datanglah ke TTI. Tapi hati-hati, jangan terkejut kalau anak-anak tanya, “Mak, ni betul ke Taj Mahal?” sambil pegang ais krim yang dah cair. Pastikan bawa kamera, sebab setiap sudut di sini memang ‘Instagrammable’.
Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang cukup ikonik dan sesuai dikunjungi bersama anak-anak.
Terletak di Pulau Wan Man, taman tema terbuka ini mempamerkan lebih 20 struktur replika bangunan bersejarah Islam dari seluruh dunia. Semuanya dibina semirip mungkin tetapi pada skala yang lebih kecil. Dalam satu hari je, anda dah boleh ‘jelajah dunia’ tanpa perlu keluar dari Terengganu!
Antara monumen menarik yang boleh anda lihat termasuklah Kubah As-Sakhra, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Sultan di Singapura, Taj Mahal, Kubbah Al-Sakhra di Baitulmaqdis dan Kota Lama Islam di Aleppo.
Setiap replika dibina dengan seni bina halus, lengkap dengan penerangan sejarahnya. Memang sesuai untuk lawatan sambil belajar. Kawasan TTI ni luas dan anda boleh pilih sama ada nak jalan kaki, sewa basikal atau naik tram (pada waktu tertentu).
Suasana dalam taman pun tenang, redup dengan pokok dan landskap yang terjaga rapi. Kalau anda bawa anak-anak, inilah tempat paling best untuk dedahkan mereka dengan sejarah, budaya dan seni bina Islam dari pelbagai negara. Memang berbaloi dimasukkan dalam itinerary cuti sekolah nanti!
Waktu Operasi: Jumaat-Ahad & Cuti Umum/Sekolah: 9.00 pagi – 7.00 petang; Isnin, Rabu & Khamis: 10.00 pagi – 6.00 petang (Tutup setiap Selasa, kecuali cuti umum/sekolah)
Harga Tiket: Dewasa: RM25; Kanak-kanak (7-12 tahun): RM20; Warga Emas: RM20; OKU: RM15; Kanak-kanak 6 tahun ke bawah: Percuma
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu – Tempat Belajar Sambil Bermain
Lokasi: PSKT, Kampung Laut, Cendering, 21080 Kuala Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk Pusat Sains ni, bersedia untuk rasa macam Einstein versi cuti sekolah sebab semua benda nak tekan, nak pusing, nak terkejut. Tapi awas…
dalam Dome Show, bila planet meletup depan muka, jangan terlepas jerit “mak ai!” Nanti malu satu galeri.
Kalau anda bercuti di Kuala Terengganu bersama anak-anak, jangan lupa singgah ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Terletak di Chendering, tempat ini memang sesuai untuk anak-anak meneroka dunia sains dan teknologi dalam suasana yang santai, seronok dan penuh interaksi.
Di sini terdapat 9 galeri sains yang merangkumi pelbagai bidang, baik dari fizik, astronomi, biologi hinggalah ke teknologi moden.
Setiap galeri dipenuhi dengan bahan pameran yang interaktif dan hands-on. Anak-anak bukan sekadar tengok, tapi boleh sentuh, uji dan alami sendiri ilmu yang dipelajari. Memang membuka minda dan boleh pupuk minat mereka dalam bidang STEM sejak awal lagi.
Antara tarikan paling menarik di sini ialah Portable Dome, iaitu sebuah teater berbentuk kubah yang menayangkan animasi 3D sains. Plot ceritanya padat dengan nilai pembelajaran dan visual yang memukau. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun pasti kagum.
Selain tu, anak-anak juga boleh mencuba aktiviti ice skating synthetic di Skating Station dalam PSKT ni. Jarang jumpa tempat macam ni di Terengganu!
Memang tempat ideal kalau anda nak ‘cuti sambil belajar’ atau masukkan dalam agenda lawatan sambil belajar sekolah. Sambil bercuti, dapat juga isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.
Waktu Operasi: Sabtu-Rabu: 8.30 pagi – 5.00 petang; Khamis: 8.30 pagi – 4.00 petang (Tutup setiap Jumaat)
Harga Tiket: Dewasa: RM12; Kanak-kanak: RM6; OKU: Diskaun 40%; Galeri tertentu seperti Sci-Kids & Dome Show: Tambahan RM2
River Cruise TTI – Aktiviti Santai Sambil Nikmati View Sungai Terengganu
Lokasi: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Naik TTI River Cruise ni rasa macam naik Grab versi air tapi pemandu dia tak pakai Waze, pakai pengalaman. Sambil duduk rileks, boleh tengok Masjid Kristal berkilau, nelayan melabuh jala, dan budak-budak kampung terjun sungai macam audition untuk Sukan SEA. Kalau angin kuat sikit, rambut boleh jadi gaya ‘wind-blown’ percuma, OOTD terus jadi iklan syampu!
Nak tahu? Salah satu cara paling santai untuk tengok bandar ni dari sudut yang berbeza ialah dengan naik Boat Cruise di Taman Tamadun Islam (TTI).
Tak perlu penat berjalan jauh, naik je bot dan duduk santai sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa atas Sungai Terengganu. Perjalanan dia lebih kurang 40-50 minit tapi confirm rasa kejap sebab view sepanjang jalan memang memukau.
Dari atas bot ni, pengunjung akan dibawa melalui beberapa lokasi ikonik, antaranya Masjid Kristal, rumah atas air di Pulau Duyong, perkampungan nelayan, jambatan angkat Kuala Terengganu, dan macam-macam lagi. Siap ada jurupandu yang akan cerita pasal tempat-tempat ni, jadi bukan setakat tengok, boleh tambah ilmu sikit pasal budaya dan sejarah tempatan.
Menariknya kat sini, cruise ni bukan untuk siang je. Kalau nak suasana romantik, boleh cuba Sunset Cruise atau Dining Cruise. Yang datang masa bulan puasa, boleh juga berbuka atas bot dengan pakej Iftar Cruise. Nak buat birthday party pun boleh sebab ada pakej khas untuk itu. Lengkap!
Lokasi permulaan bot ni terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Parking senang, kawasan pun selamat. Sesuai sangat kalau nak bawa keluarga, anak-anak atau pasangan jalan-jalan santai waktu petang. Kalau Zol jenis suka ambil gambar, waktu senja kat sini memang cun habis!
Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 10.00 pagi – 4.45 petang; Jumaat: 9.15 pagi – 5.45 petang; Cuti Umum/Sekolah: 9.15 pagi – 5.45 petang
Harga Tiket: Dewasa (13-59 tahun): RM30; Kanak-kanak (7-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas): RM25; Kanak-kanak (3-6 tahun): RM15; OKU Dewasa: RM18; OKU Kanak-kanak: RM15
TTi Mini Zoo – Taman Haiwan Menarik di KT
Lokasi: 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk TTI Mini Zoo ni, terus rasa macam masuk dunia haiwan versi mesra peluk. Tapi hati-hati, kambing kat sini pandai ambil kesempatan kalau nampak kau pegang makanan, dia datang macam kawan lama yang tiba-tiba ingat hutang. Dan jangan terkejut kalau burung kat sini lebih pandai posing dari kau, kalau selfie dengan mereka, confirm kalah filter IG!
Mini Zoo TTI (Taman Tamadun Islam) di Kuala Terengganu merupakan destinasi mesra keluarga yang ideal untuk aktiviti bersama kanak-kanak. Terletak bersebelahan Masjid Kristal, mini zoo ini menawarkan pengalaman interaktif dengan pelbagai haiwan jinak dan eksotik.
Dibuka pada 17 Ogos 2024, Mini Zoo TTI beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa, dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Antara tarikan utama termasuk haiwan seperti arnab, burung eksotik, dan reptilia kecil yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi secara langsung. Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti memberi makan haiwan, menjadikan lawatan lebih menyeronokkan dan mendidik.
Mini Zoo TTI bukan sahaja tempat hiburan, tetapi juga platform pembelajaran tentang kepelbagaian fauna. Dengan suasana yang selamat dan bersih, ia sesuai untuk semua peringkat umur.
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Selasa): 10.00 pagi – 6.00 petang
Harga Tiket: Dewasa: RM20; Kanak-kanak: RM15; Makanan haiwan: RM5 (pilihan tambahan)
Kid’s Play Mania – Tempat Main Indoor Kanak-Kanak di Kuala Terengganu
Lokasi: 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk Kid’s Play Mania ni, anak kau terus hilang dari radar, tapi jeritan dia tetap bergema. Sementara dia tengah beraksi macam ninja Naruto versi sugar rush, kau boleh duduk tepi dinding sambil tanya diri sendiri, “kenapa aku pakai jeans hari ni?”. So, jangan lupa bawa baju spare, bukan untuk anak je, kadang mak pun berpeluh tahap sauna.
Bercuti ke Kuala Terengganu bersama anak-anak? Kid’s Play Mania di Paya Bunga Square, tingkat 2, memang lokasi yang wajib dimasukkan dalam itinerary. Pusat permainan dalaman ini penuh dengan aktiviti menarik untuk si kecil seperti gelongsor, terowong, trampolin, dan kawasan panjat yang mencabar tapi selamat. Ruangannya luas, bersih dan ada kawalan keselamatan, jadi ibu bapa pun boleh berehat dengan tenang sambil anak-anak seronok bermain.
Tempat ini memang jadi pilihan ramai terutamanya waktu cuaca tak menentu. Nak main dalam air tak boleh? Bawa anak ke sini, confirm tak merajuk. Harga tiket pun mesra poket, cuma RM 11 pada hari biasa dan RM 14 waktu hujung minggu atau cuti umum.
Waktu operasi bermula jam 10 pagi hingga 7 malam, dan last entry pukul 6:15 petang. Boleh juga tempah untuk sambutan hari jadi atau rombongan tadika. Pendek kata, tempat ini memang sesuai untuk aktiviti family-friendly di tengah bandar Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 7.00 petang
Harga Tiket: Hari Biasa: RM11; Hujung Minggu & Cuti Umum: RM14
Tempat Shopping Best di Kuala Terengganu untuk Cenderahati
Inilah tempat membeli belah menarik di Kuala Terengganu jika nak cari batik, songket atau produk kraftangan untuk dijadikan buah tangan istimewa.
Pasar Payang / Payang Central Market – Pasar Tradisional Terbesar & Terkenal di Terengganu
Lokasi: Jln Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu

Tip: Kalau datang dengan suami, pastikan dia bersedia mental & fizikal sebab lepas 3 gerai pertama, tangan dia dah penuh dengan plastik kuih, batik, dan keropok. Muka dia? Separuh give up, separuh redha. Tapi jangan risau, lepas beli kain, pujuk balik dengan air kelapa & selfie couple depan bangunan Pasar Payang baru. Terus senyum balik.
Lokasi Pasar Kedai Payang memang strategik & betul-betul di sebelah muara Sungai Terengganu. Hanya beberapa langkah je dari kebanyakan hotel sekitar bandar KT.
Di sinilah tempat terbaik kalau anda nak cari ole-ole kenangan dari Terengganu, dari batik, sutera, songket, keropok keping, rempah, manisan tradisional sampailah ke barangan kraftangan buatan tempatan.
Pasar Payang ibarat ‘one stop centre’ untuk pelancong yang nak shopping, nak merasa budaya, nak tengok telatah peniaga tempatan, semuanya ada. Suasana kat sini meriah, penuh warna-warni dan kadang-kadang rasa macam balik kampung pun ada.
Bila masuk ke dalam pasar, deretan kedai kain batik dengan warna yang menawan hati terus menyambut anda. Memang rambang mata dibuatnya! Lepas penat pusing-pusing dan shopping sakan, boleh terus keluar ke tepi sungai untuk santai petang.
View dari sini memang cantik, nampak Drawbridge Kuala Terengganu yang ikonik dan bot-bot nelayan yang mula pulang ke jeti. Sambil duduk minum air kelapa atau makan jagung bakar, boleh layan angin sepoi-sepoi bahasa tepi sungai.
Pasar Payang memang bukan sekadar tempat beli barang, tapi juga tempat penuh rasa, budaya dan pengalaman. Kalau datang ke KT, letakkan pasar ni ke dalam senarai pertama anda, confirm puas hati!
Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 8.00 pagi – 6.00 petang; Jumaat: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari & 2.30 petang – 6.00 petang; Sabtu & Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang
Harga Tiket: Percuma (kawasan pasar awam)
Noor Arfa Craft Complex – Pusat Batik Terbesar & Terbaik di KT
Lokasi: Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk je NACC, terus rasa macam masuk ‘universiti batik’ sebab boleh tengok demonstrasi canting, cuba sendiri lukis batik, dan shopping sampai lupa dunia. Tapi hati-hati, kalau tak pandai kawal nafsu membeli, dompet boleh ‘kering’ sebelum sempat keluar dari butik. Pastikan bawa kawan yang boleh jadi ‘penjaga kewangan’ sementara.
Kalau anda penggemar fabrik tradisional Melayu atau nak cari ole-ole premium dari Terengganu, Kompleks Kraf Noor Arfa memang wajib masuk dalam senarai. Terletak tak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, kompleks ni cukup terkenal sebagai pusat jualan batik & songket eksklusif Terengganu. Dan yang paling penting, kualitinya memang terbaik!
Jenama Noor Arfa ni bukan calang-calang. Sejak dulu lagi, ia dikenali sebagai antara pengeluar batik terkenal di Malaysia, malah dah bawa nama Terengganu ke peringkat antarabangsa.
Di kompleks ini, bukan sekadar anda boleh shopping kain batik cantik-cantik, malah boleh cuba sendiri aktiviti mencanting batik, menenun songket & beberapa aktiviti DIY yang seronok untuk semua peringkat umur.
Nak buat lawatan sambil belajar bersama anak-anak? Boleh. Nak cari fabrik eksklusif untuk majlis kahwin? Pun boleh. Nak bawa kawan luar negeri merasai budaya kraf Melayu? Tempat ni memang sesuai. Suasananya santai, selesa, dan penuh elemen seni yang buat kita lebih menghargai hasil tangan tempatan.
Kompleks Noor Arfa bukan sekadar tempat beli batik, tapi pengalaman penuh seni, budaya & warisan Melayu. Kalau melancong ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah sini & bawa balik bukan saja kain cantik, tapi juga kenangan indah yang cukup bermakna.
Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 9.00 pagi – 10.00 malam; Jumaat: 8.30 pagi – 1.00 petang & 2.00 petang – 5.30 petang; Sabtu & Ahad: 8.30 pagi – 6.30 petang
Harga Tiket: Masuk percuma; aktiviti seperti lukisan batik berbayar (harga bergantung kepada pakej)
Wanisma Craft & Trading – Kedai Kraf & Cenderahati Pilihan Pelancong
Lokasi: Kampung Ladang Sekolah, 20000, Kuala Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk je Wanisma Craft, terus rasa macam kena sihir sebab semua nampak cantik, barang tembaga semua berkilat…
dan tangan kau automatik ambil satu persatu. Tapi awas, kalau datang dengan mak, confirm balik dengan acuan kuih tembaga baru walaupun tadi dia cakap “kita cuci mata je ya.” Bawak cash cukup-cukup, kalau tak, kad bank pun mula menangis!
Jika anda peminat seni tradisional atau tengah cari buah tangan istimewa dari Terengganu yang bukan ‘mainstream’, Kampung Tanjung adalah destinasi yang wajib anda singgah.
Terletak tak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, kampung ni cukup dikenali sebagai pusat penghasilan produk tembaga tradisional. Menariknya, produk kreatif tembaga ini dibuat secara manual oleh generasi ketiga tukang di sini!
Antara barangan popular yang boleh dibeli di sini termasuklah keychain tembaga, pahar, tepak sirih, dulang hantaran, acuan kuih tradisional & tempat renjis air mawar. Kalau anda nak cari sesuatu yang unik & penuh nilai seni warisan, produk dari sini memang takkan menghampakan.
Semuanya dihasilkan dengan teknik lama menggunakan acuan lilin, satu seni pertukangan yang makin jarang kita jumpa.
Yang paling best, anda bukan sekadar shopping. Pengunjung juga boleh masuk ke bengkel pertukangan, lihat sendiri bagaimana barangan tembaga ni dihasilkan dari kosong hingga jadi hasil seni yang bernilai tinggi.
Memang sesuai sangat kalau nak buat lawatan sambil belajar, baik untuk institusi pendidikan mahupun sekadar lawatan keluarga yang nak pendedahan budaya tempatan. Kalau anda suka kraftangan yang ‘rare’, atau nak hadiahkan sesuatu yang betul-betul istimewa dari Kuala Terengganu, produk tembaga Kampung Tanjung ni memang pilihan yang sangat tepat.
Waktu Operasi: Ahad-Khamis: 10.00 pagi – 4.30 petang; Jumaat: Tutup; Sabtu: 10.00 pagi – 4.30 petang
Harga Tiket: Masuk percuma; harga barangan bergantung kepada jenis dan kualiti produk
Mayang Mall – Mall Baru & Moden di Tengah Bandar Kuala Terengganu
Lokasi: 20000, Kuala Terengganu, Terengganu

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Mayang Mall ni nampak baru dan suci, tapi dia punya godaan dalam tu level neraka kecil. Masuk konon nak tengok-tengok je, sekali keluar tangan penuh paper bag, muka penuh penyesalan sebab baru kau sedar gaji belum masuk.
Mayang Mall merupakan pusat beli-belah terbaru yang mula menarik perhatian warga tempatan dan pelancong sejak pembukaannya baru-baru ini. Terletak di lokasi strategik dalam bandar Kuala Terengganu, mall ini menjadi pilihan ramai yang mahukan suasana membeli-belah yang lebih selesa dan moden.
Walaupun bersaiz sederhana, Mayang Mall dilengkapi dengan pelbagai kedai termasuk butik pakaian, restoran, kedai kecantikan, farmasi, serta beberapa kemudahan asas seperti ATM dan klinik. Suasananya sejuk dan tidak terlalu sesak, jadi memang sesuai untuk ‘healing’ dalam tempat tertutup sambil shopping ringan.
Bagi pelancong yang datang ke Kuala Terengganu, Mayang Mall boleh dijadikan tempat persinggahan cepat untuk beli barang keperluan atau sekadar lepak dalam suasana nyaman. Nak cari tempat makan pun senang sebab ada beberapa kafe dan restoran tempatan dalam bangunan yang baru ni. Sesuai juga untuk family trip!
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam
Paya Bunga Square – Mall Best untuk Shopping, Makan & Rehat
Lokasi: 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Masuk je PB Square, terus rasa macam masuk ‘zon selamat’ sebab boleh shopping, makan, dan rehat tanpa risau hujan atau panas. Tapi hati-hati, kalau tak pandai kawal nafsu membeli, dompet boleh ‘kering’ sebelum sempat keluar dari butik. Pastikan bawa kawan yang boleh jadi ‘penjaga kewangan’ sementara.
Kalau anda bercuti ke Kuala Terengganu dan cuaca pula hujan, Paya Bunga Square (PB Square) memang antara tempat terbaik untuk berteduh sambil shopping. Terletak betul-betul dalam bandar, mall ini cukup selesa, luas, dan berhawa dingin. Sangat sesuai untuk lepak sambil layan kopi atau cuci mata.
Pelancong yang tak begitu minat dengan makanan tradisional Terengganu juga boleh cari pelbagai pilihan moden di sini. Baik dari fast food, kopi hipster, hinggalah ke makanan fusion. Ada butik pakaian, kedai kosmetik, kedai gadget dan sebagainya.
Paling best, Paya Bunga Square ni satu kompleks dengan PB Hotel. Jadi kalau anda menginap di sini, memang senang nak turun bawah untuk shopping, makan-makan atau sekadar bersantai waktu malam. Lokasi dia pun dekat dengan Pasar Payang & Masjid Abidin, memang lengkap!
Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 10.00 pagi – 10.00 malam; Jumaat: 2.30 petang – 10.00 malam; Sabtu & Ahad: 10.00 pagi – 10.00 malam
Resort & Chalet Menarik di Kuala Terengganu Dekat Tepi Pantai & Bandar
Lihat beberapa chalet, hotel bajet & resort menarik di Kuala Terengganu yang mempunyai reputasi bagus dari pelancong. Untuk PENJIMATAN, sila buat tempahan penginapan anda seawal mungkin.
Primula Beach Resort – Resort Pantai Mewah Dekat Bandar
Lokasi: 20400 Kuala Terengganu

Tip: Kalau datang dengan anak-anak, jangan lupa bawa pelampung sebab kolam renang dia ada gelongsor yang boleh buat budak-budak lupa nak balik. Dan kalau lapar, restoran Bayu tu ada nasi dagang yang boleh buat lidah menari zapin.
Kalau tengah cari penginapan tepi pantai yang strategik dan dekat dengan segala tarikan utama di Kuala Terengganu, memang susah nak lawan Primula Beach Resort.
Lokasinya memang cun, betul-betul atas Pantai Batu Buruk dan hanya ambil masa dalam 5-15 minit je nak ke Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Jambatan Angkat dan tempat-tempat menarik lain sekitar bandar. Hotel ni dah lama beroperasi dan memang dikenali sebagai antara hotel ‘legend’ di Kuala Terengganu.
Tapi jangan risau, walaupun lama, keadaan hotel masih dijaga dengan baik dan servis pun tip top. Antara yang paling best kat sini adalah bilik yang menghadap Laut China Selatan! Bangun pagi boleh terus tengok matahari terbit dari balkoni sambil hirup kopi panas, priceless !
Bagi yang datang dengan anak-anak, jangan lupa bawa baju renang! Kolam kat sini luas dan best, memang sesuai nak bagi anak ‘burn energy’ waktu petang. Kalau datang ramai-ramai pulak, kawasan resort ni pun luas dan cukup sesuai kalau nak buat team building, family day atau gathering korporat.
Senang cerita, Primula Beach Resort ni sesuai untuk semua, sama ada datang berdua untuk bulan madu, family trip atau lawatan berkumpulan. Lokasi on point, pemandangan cantik dan banyak tempat best dekat-dekat. Memang pilihan yang berbaloi!
Waktu Operasi: Daftar masuk: 3.00 petang; Daftar keluar: 12.00 tengah hari
Harga Bilik: Bermula dari RM207 semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
Duyong Marina & Resort – Resort Eksklusif Dengan View Marina
Lokasi: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu

Tip: Kalau datang honeymoon tapi bajet tak sampai Maldives, Duyong Marina pun boleh jadi ‘Terengganu-ldives’. Ambil bilik yang view marina, buka langsir sikit & terus mood romantik ON. Tapi ingat, jangan eksyen sangat buat picnic dalam bilik…sekali nyamuk pulau Duyong join, terus honeymoon jadi ‘honeyslap’.
Jangan terkejut kalau kami kata resort ni terletak atas pulau tapi…tak perlu naik bot pun untuk sampai! Itulah keistimewaan Duyong Marina Resort, sebuah resort mewah bertaraf 5 bintang yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pulau Duyong ni sebenarnya pulau yang berada di tengah-tengah Sungai Terengganu, tapi sangat mudah diakses melalui Jambatan Sultan Mahmud.
Dari pusat bandar Kuala Terengganu, cuma ambil masa dalam 10 minit je dah sampai. Lokasi yang cukup strategik, tapi dengan suasana pulau yang lebih tenang dan berangin, memang sesuai kalau nak lari sekejap dari kesibukan bandar.
Resort ni masih baru, jadi memang semua fasiliti elok dan terjaga. Ada bilik moden yang luas, dewan seminar, ruang makan yang menghadap air, dan kawasan luar yang cukup luas untuk aktiviti family day atau team building.
Kalau datang berdua, tempat ni pun memang ngam untuk dijadikan lokasi honeymoon yang private dan romantik.
Senang cerita, kalau anda tengah plan trip ke Kuala Terengganu dan nak tempat penginapan yang lain dari biasa, Duyong Marina Resort patut masuk dalam wishlist. View cantik, lokasi unik, dan suasana pun tenang, confirm puas hati!
Waktu Operasi: Daftar masuk: 3.00 petang; Daftar keluar: 12.00 tengah hari
Harga Bilik: Bermula dari RM170 semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu – Hotel Mesra Keluarga di Kuala Terengganu
Lokasi: Kg Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu

Tip:Kalau bawa anak-anak check-in kat RAIA, bersedia mental dulu sebab bilik luas bukan alasan nak buat larian 4×100 dalam bilik. Kolam dia ada lazy river, tapi bila anak kau naik pelampung unicorn dan kau pula yang tolak sambil tercungap, terus rasa ni bukan percutian…ni sukan air tahap bapak-bapak.
Jika anda seorang muslimah, pasti faham perasaan bila bercuti ke hotel tapi tak dapat mandi kolam sebab risaukan aurat.
Tapi di hotel ni, masalah tu tak jadi isu langsung! Di sinilah satu-satunya hotel di Kuala Terengganu yang ada kolam renang tertutup khas untuk wanita, jadi boleh mandi manda dengan tenang dan selesa.
Bukan itu saja, kalau anda bercuti dengan anak-anak pun, hotel ni memang mesra keluarga habis. Kolam kanak-kanak dia luas dan seronok, lengkap dengan gelongsor air macam taman tema mini. Budak-budak memang suka!
Dari segi lokasi pula memang sangat strategik, cuma 2-3 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Memang jadi pilihan ramai yang datang naik flight. Sampai je airport, boleh terus ke hotel untuk check-in, lepas tu sewa kereta dan terus mulakan pengembaraan ke tempat-tempat menarik sekitar KT.
Kalau nak pengalaman menginap yang selesa, mesra muslimah & mesra keluarga, hotel ni memang sangat disyorkan. Sesuai sangat untuk percutian santai atau short trip ke Kuala Terengganu.
Waktu Operasi: Daftar masuk: 3.00 petang; Daftar keluar: 12.00 tengah hari
Harga Bilik: Bermula dari RM211 semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
Noor Arfa River Chalet – Chalet Unik Dengan Suasana Kampung
Lokasi: Chendering Industrial Area, 21080 Kuala Terengganu

Tip: Nak rasa ‘glamping kampung’ tepi sungai? Chalet ni padu senan duduk atas pelantar tepi Sungai Ibai, bunyi air mengalir buat tidur macam dalam spa. Tapi…
kalau datang musim ramai lebah, jangan cuba posing depan chalet putih lawa, risau nanti sekali lebah selfie dulu atas kepala kau! Nasib baik chalet ada kipas dan air-cond, jadi kalau darah tiba-tiba rasa merenjis tengah malam, boleh on modem dan scroll TikTok.
Kalau anda datang dari kota yang sibuk dan tercari-cari tempat untuk ‘lari sekejap’ dari hiruk pikuk bandar, Noor Arfa River Chalet mungkin jawapannya.
Terletak di kawasan Chendering, chalet ni cukup istimewa sebab suasananya memang rasa macam balik kampung, tenang, hijau, dan sejuk mata memandang. Tambah menarik, chalet ni betul-betul tepi sungai, buka pintu bilik je terus nampak air mengalir. Memang syahdu!
Lokasinya pula tak jauh pun dari bandar, cuma sekitar 15 minit pemanduan dari Kuala Terengganu. Kalau anda datang dengan rombongan pejabat atau nak buat family day, fasiliti di sini memang sesuai sangat. Ada ruang lapang, tempat santai dan suasana damai yang jarang dapat rasa di bandar.
Menjelang malam, perut mula berlagu? Jangan risau, medan ikan bakar pun dekat, boleh jalan kaki je dari chalet.
Satu lagi yang menarik, bila menginap di sini anda boleh cuba sendiri aktiviti mencanting batik di Batik Pavilion. Hasil batik tu pula boleh bawa balik sebagai kenangan. Bukan saja seronok, tapi juga unik. Tak semua tempat bagi peluang macam ni!
Waktu Operasi: Daftar masuk: 3.00 petang; Daftar keluar: 11.00 pagi
Harga Bilik: Bermula dari RM96 semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
Hotel Kenangan – Hotel Bajet Selesa di Tengah Bandar KT
Lokasi: Jln Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

Tip: Nama dia Hotel Kenangan, tapi kalau silap parking, boleh jadi kenangan pahit. Tapi serius, untuk bajet bawah RM100, bilik dia okay, tilam empuk, dan tandas bersih (walaupun pintu kadang macam ada ‘bunyi drama’ bila tutup). Yang best, keluar je hotel terus boleh shopping keropok & batik. Confirm belum sempat check-out, beg dah penuh macam balik dari ekspo.
Kalau tengah cari hotel bajet di Kuala Terengganu yang selesa, murah dan strategik, memang patut masukkan Hotel Kenangan KT dalam senarai. Nama pun “Kenangan”, confirm boleh cipta kenangan manis dekat sini & lebih-lebih lagi kalau anda nak menginap di tengah-tengah pusat bandar.
Hotel ni hanya beberapa langkah dari Stesen Bas MPKT, dan sangat dekat dengan Pasar Payang, Masjid Abidin, dan macam-macam kedai makan menarik sekitar bandar.
Jalan kaki je dah boleh explore macam-macam. Sesuai sangat kalau anda datang naik bas atau bercuti tanpa kereta. Bilik-bilik di sini pun banyak pilihan, dan yang paling best adalah, harganya boleh dapat bawah RM100 semalam!
Kalau datang solo, berdua atau bersama keluarga kecil, memang jimat habis. Dan kalau hujan tiba-tiba turun, tak payah risau sebab LFS Cinema & Paya Bunga Square pun dekat jer, boleh terus lepak dalam mall, shopping sikit atau layan wayang.
Waktu Operasi: Daftar masuk: 2.00 petang; Daftar keluar: 12.00 tengah hari
Harga Bilik: Bermula dari RM55 semalam (bergantung kepada jenis bilik dan musim)
Tempat Menarik di Kuala Terengganu untuk ‘Jalan Jalan Cari Makan’
Nasi Dagang, keropok lekor, laksam, ikan celup tepung. Itulah antara nama makanan popular di Terengganu. Terdapat banyak tempat-tempat makan menarik di Kuala Terengganu yang boleh anda terokai. Jika anda melancong ke Kuala Terengganu 1-2 hari sahaja, 6 destinasi ini sudah memadai untuk memenuhi jadual aktiviti jalan jalan cari makan anda di Kuala Terengganu.
Nasi Dagang Atas Tol – Legend Nasi Dagang Original KT
Lokasi: Kg Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau datang lepas 8 pagi, jangan menangis kalau kena tengok orang lain suap nasi sambil kau cuma bau. Power sangat ! Ikan dia lembut, kuah dia menyengat, lepas suap pertama…
kau senyap terus. Bukan sebab khusyuk, tapi sebab mulut tak sanggup bazir bercakap.
Alang-alang sudah terlajak bercuti ke Kuala Terengganu, Nasi Dagang Atas Tol wajib masuk dalam senarai jalan-jalan cari makan anda.
Kedai ni memang sinonim dengan menu paling ikonik negeri ini iaitu Nasi Dagang ikan tongkol. Aromanya wangi, gulainya padu, pulut nasi dagangnya pun lembut dan tak muak. Memang cukup sifat!
Nasi Dagang Atas Tol bukan calang-calang warung. Dah ada 4 cawangan sekitar KT, dan setiap satu hampir pasti penuh waktu pagi, terutama hujung minggu atau cuti sekolah.
Orang tempatan sendiri pun sanggup datang awal-awal pagi sebab takut habis! Kalau datang lambat, memang gigit jari je jawabnya. Apa yang buat tempat ni istimewa adalah selain rasa makanan yang konsisten sedap, suasana dia juga selesa dan servis mesra pelanggan.
Layan diri santai je, staff pun pantas dan mesra. Sambil makan, boleh rasa macam orang Terengganu asli bila hirup kuah gulai pekat tu dengan nasi dagang yang cukup rasa. Nak mula hari dengan betul masa bercuti di KT? Singgah sarapan kat Nasi Dagang Atas Tol dulu. Baru betul cuti di Terengganu!
Waktu Operasi: Setiap hari: 6.30 pagi – 11.30 pagi (tutup lebih awal jika habis)
Harga: Nasi Dagang: RM8; Nasi Dagang + Telur: RM9; Pulut Kuning Ikan: RM7; Nasi Minyak Ayam Goreng: RM9
Keropok Lekor Losong – Destinasi Wajib Borong Keropok Terbaik
Lokasi: Jalan Losong Feri, 21000 Kuala Terengganu

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kat Losong, jangan buat silap borong sikit nanti tengah jalan balik terus menyesal. Keropok dia lembut kat dalam, rangup kat luar…sekali gigit, otak auto bisik “ambik 3 kg baru puas.” Hati-hati, panas-panas tu kalau makan dalam kereta, confirm kereta bau ikan sebulan.
Kampung ni boleh dikira sebagai “tanah suci” untuk pencinta keropok lekor. Nak yang goreng rangup, rebus kenyal, versi cheese pun ada, semua boleh anda jumpa di sini.
Antara nama popular yang sering jadi tumpuan pelancong termasuklah Keropok Warisan Losong dan Pak Su Keropok Losong. Kedua-duanya memang sentiasa ramai orang, tapi servis laju & mesra. Lokasi pula sangat dekat, cuma 5 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, tak sampai 10 minit pun kalau memandu.
Datang waktu petang, suasana santai sambil makan keropok lekor panas-panas dengan sos pencicah istimewa memang satu nikmat.
Kalau rasa nak bawa balik, anda boleh beli pelbagai jenis keropok siap dibungkus. Sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk keluarga atau jiran-jiran. Tip mesra pelancong: Elakkan waktu puncak jika tak mahu beratur panjang. Tapi sejujurnya, beratur pun berbaloi sebab rasanya memang lain macam!
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00 pagi – 6.00 petang (bergantung kepada kedai)
Harga: Keropok Lekor Rebus/Goreng: RM5 -RM10 (bergantung kepada kuantiti dan jenis)
Gerai Kuih Gong Kapas – Syurga Kuih Tradisional Terengganu
Lokasi: Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu

Tip: Masuk je sini, mata rambang, tangan ligat, tau-tau dah beli 12 jenis kuih tapi makan satu je. Hati-hati, kuih tradisional sini ada kuasa sihir… beli untuk “mak”, last-last semua kau makan dalam kereta.
Terletak tak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, gerai kecil ni sering jadi port orang tempatan beli juadah petang dan yang menariknya, kuih-kuih kat sini bukan sekadar sedap, tapi nama dia pun pelik-pelik belaka!
Antara yang selalu buat pelancong ternganga (dan ketawa sikit-sikit), termasuklah Asa Gupa, Woh Bom, Ulat Bulu, Menganang dan macam-macam lagi nama yang kalau disebut pun orang luar mesti keliru. Tapi bila rasa, confirm jatuh cinta & rindu.
Gerai ni sebenarnya jadi salah satu simbol kekayaan budaya kulinari orang Terengganu. Rasa kuih yang lemak manis, bertekstur lembut dan kadang-kadang digoreng rangup. Semuanya ada sentuhan kampung yang susah nak jumpa kat tempat lain.
Kalau anda plan jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu, singgah sini waktu petang memang timing terbaik. Borong kuih-kuih tradisi ni sebagai kudapan sambil pusing bandar atau jadikan sebagai buah tangan bila balik kampung.
Waktu Operasi: Setiap hari: 7.00 pagi – 6.00 petang (tutup lebih awal jika kuih habis)
Harga: RM0.50 -RM2.00 sebiji (bergantung kepada jenis kuih)
Restoran Singgang Budu – Aneka Lauk Tradiosional Terengganu
Lokasi: Kg Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu

Facebook Google MapsWaze Penginapan
Tip: Sekali hirup kuah singgang sini, terus rasa macam nenek kau bisik “tambah nasi tu, cucu…” Budu dia power, kalau cicah ulam sambil senyum sorang-sorang, tu tanda hati kau dah terpikat.
Tengah lapar-lapar waktu tengahari dan kalau anda nak cari tempat makan best di Kuala Terengganu, kedai ni memang padu gila. Lokasinya senang akses dan hidangannya penuh citarasa Pantai Timur yang memang menanti untuk dijamah dekat depan mata.
Menu yang jadi rebutan? Sudah semestinya ikan singgang yang harum menyegarkan, budu pekat lemak lemak manis, dan ikan bakar yang dibakar sempurna sampai ke isi dalam.
Tambah pula dengan ulam-ulaman kampung, sambal belacan dan gulai tempoyak, memang kombinasi padu untuk makan tengahari ala Terengganu! Kedai ni juga luas, selesa & sesuai untuk datang berkumpulan. Nak buat pit stop dengan geng ride ? rombongan family ? atau team office ? pun tak ada hal.
Servis cepat, tempat makan bersih, dan lauk pun beraneka dari yang pedas ke yang lemak, semua ada. Kalau datang ke Kuala Terengganu, singgahlah makan tengahari kat sini dulu sebelum sambung jalan. Confirm perut kenyang, hati senang, dan mood melancong terus naik mencanak!
Waktu Operasi: Sabtu -Khamis: 10.00 pagi – 5.00 petang; Jumaat: Tutup
ICT Warung Pok Nong – Celup Tepung Terpadu di Kuala Terengganu
Lokasi: Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu

Tip: Sotong celup tepung dia rangup sampai bunyi krup krup dengar satu meja. Tapi hati-hati, kalau lambat datang, orang lain dah makan, kau tinggal angin pantai je!
Kat sini, ada satu menu lagenda yang cukup simple & cukup sinonim dengan Kuala Terengganu iaitu ICT, Ikan Celup Tepung!
Antara tempat yang paling popular tentulah Warung Pok Nong, sampai ada masa kena beratur panjang sebab peminat ICT memang tak pernah putus. Tapi jangan risau, sepanjang pesisir pantai ni memang berderet warung-warung lain yang juga hidangkan makanan laut celup tepung.
Dari ikan kembung, pari, sotong, udang sampailah- ke ketam. Apa yang buat ICT kat sini istimewa? Jawapannya, tepung dia rangup gila tapi tak keras, isi ikan fresh sebab dekat sangat dengan laut, dan dicicah pula dengan sos ‘collek’ yang memang akan buat kita nak order lagi dan lagi dan lagi…
Makan panas-panas sambil tengok laut, memang layan habis! Kalau makan angin ke Kuala Terengganu waktu petang, singgahlah sini dulu. Santai tepi pantai, makan ICT panas-panas, barulah lengkap trip pantai timur anda!
Waktu Operasi: Rabu -Isnin: 3.30 petang – 8.00 malam; Selasa: Tutup
Harga: Sotong Celup Tepung: RM10 -RM15; Udang Celup Tepung: RM10 -RM15; Ikan Celup Tepung: RM10 -RM15; Keropok Lekor: RM2 -RM5

