Tak perlu pergi jauh kalau nak lari sekejap dari kesibukan kota di KL, tempat menarik di Kuantan pun memang banyak yang best-best untuk short getaway. Dari pantai cantik macam Teluk Cempedak, taman santai macam Taman Gelora, sampailah ke air terjun menyegarkan macam Sungai Pandan, semuanya dekat dan senang jer nak akses. Suasana pun tenang, sesuai untuk healing sambil hirup udara segar.
Aktiviti pun macam-macam ada! Boleh lepak tepi pantai, jalan-jalan petang, makan seafood dekat Tanjung Lumpur, atau try river cruise yang tenang. Pilihan penginapan pun melambak ikut bajet: dari hotel view laut untuk honeymoon, ke homestay besar untuk family trip, sampai ke hostel bajet untuk backpacker. Senang cerita, Kuantan memang cukup lengkap untuk percutian yang santai tapi puas hati.
Pantai Menarik di Kuantan untuk Berkelah & Healing
Kuantan mempunyai banyak tempat menarik tepi pantai yang boleh anda melancong. Ada pantai yang dikategorikan pantai lepak, pantai rekreasi & ada juga pantai yang sangat ideal untuk percutian eksklusif. Jika nak cari chalet atau resort tepi pantai di Kuantan yang menarik, inilah pantai-pantai yang perlu anda terokai.
Pantai Cherating – Port Surfing & Santai Tepi Laut
Lokasi: Cherating, Kuantan

Tip: Pantai ni lawa gila, tapi kalau nak picnic elok bawa tikar sendiri sebab jangan harap batu jadi sofa, nanti punggung rasa macam kena urut refleksologi free. Bawak juga makanan siap-siap sebab bila tengok ombak, perut auto lapar.
Pantai Cherating ni memang satu nama besar kalau sebut pasal percutian tepi laut di Pantai Timur. Terletak lebih kurang 30 minit dari Bandar Kuantan dan berhampiran Chukai, Kemaman. Lokasi Cherating ni memang sangat strategik untuk anda yang nak lari dari hiruk-pikuk bandar.
Pantainya yang luas dan berteluk, sesuai sangat kalau nak bersantai, berkelah, atau sekadar berjalan kaki sambil hirup angin laut. Banyak resort menarik tepi pantai kat sini, dari yang bajet sampai ke yang eksklusif, tinggal pilih ikut selera dan bajet anda.
Nak aktiviti yang lebih mencabar? Cherating juga antara port terbaik di Malaysia untuk aktiviti surfing. Kalau anda minat, boleh belajar terus dari tenaga pengajar yang sedia ada di sini. Selain itu, anda juga boleh cuba wind surfing dan kite surfing. Memang best sebab tak semua pantai di Kuantan ada aktiviti macam ni.
Kalau datang dengan anak-anak pula, banyak resort yang sediakan kolam renang luas dan selesa, sesuai sangat untuk cuti keluarga.
Waktu malam, boleh join river cruise di Sungai Cherating sambil tengok kelip-kelip. Pengalaman yang cukup magik dan romantik.
Dan alang-alang dah dekat, boleh juga singgah ke Kemaman untuk jalan-jalan cari makan. Dari satar, keropok lekor sampai ke nasi dagang, semua sedap-sedap belaka! Cherating ni memang lengkap untuk semua jenis traveller. Honeymoon, family trip, gathering syarikat, semuanya boleh.
Jadi kalau anda tengah cari lokasi percutian yang tenang, cantik dan penuh aktiviti menarik, Cherating wajib masuk dalam senarai. Percutian di sini bukan sekadar duduk dalam bilik resort, tapi penuh dengan pengalaman yang buat anda nak datang lagi.
Waktu Operasi: 24 jam
Pantai Teluk Chempedak – Pantai Ikonik & Paling Popular di Kuantan
Lokasi: Teluk Chempedak, Kuantan

Tip:Nak elak sesak? Datang lepas Subuh sebab bukan je dapat udara fresh macam iklan teh herba, lighting pun cun habis untuk OOTD. Parking? Masa ni kereta pun tengah tidur lagi, confirm boleh pilih park betul-betul depan pantai. Tapi awas, jangan tertidur dalam kereta, nanti bangun-bangun dah ramai berkelah sebelah!
Kalau sebut Kuantan, mesti ramai terus terbayang Pantai Teluk Cempedak atau lebih mesra dikenali sebagai TC. Terletak hanya 6 km dari pusat bandar, pantai ni memang jadi tumpuan utama warga Kuantan dan pelancong dari luar.
Permukaan pantainya yang berteluk dan berbatu menjadikan suasana di sini lebih ‘fotogenik’ berbanding pantai biasa. Tak kira pagi, petang atau malam, kawasan ni memang sentiasa hidup dengan aktiviti pelancong yang datang nak rileks atau ambil angin laut.
Nak bercuti sambil layan ombak dan stay betul-betul tepi pantai? Teluk Cempedak ada banyak pilihan resort menarik, antaranya Hyatt Regency Kuantan yang memang terkenal dengan view laut yang menenangkan.
Lokasi ni juga sangat sesuai dijadikan ‘base’ kalau nak explore bandar Kuantan, pagi boleh jalan-jalan cari sarapan, petang lepak tepi pantai, malam pula boleh nikmati suasana santai di medan selera atau tengok street performance yang meriah.
Bawa anak-anak? Lagi seronok, sebab Mini Zoo Teruntum pun terletak sebelah sahaja.
Jadi, lepas mandi laut atau berkelah, boleh terus ajak anak tengok haiwan, memang pakej lengkap percutian keluarga. Teluk Cempedak ni bukan sekadar pantai, tapi satu pengalaman percutian bandar yang penuh warna dan kenangan.
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: Percuma
Pantai Berserah / Pantai Batu Hitam – Pantai Tenang Untuk Family Picnic
Lokasi: Pantai Berserah, Kuantan

Tip: Bawa tikar & makanan siap-siap. Port picnic sini luas dan banyak pokok rendang, sesuai kalau nak lepak lama-lama.
Jika anda tengah cari pantai cantik yang tenang tapi masih dekat dengan Bandar Kuantan, kawasan Pantai Berserah dan Pantai Batu Hitam memang lokasi yang wajib singgah. Dua-dua pantai ni bersambung je, menghadap Laut China Selatan dengan pemandangan yang memukau dan suasana damai ala-ala kampung nelayan.
Walaupun tak jauh dari bandar, suasananya rasa macam bercuti di pulau. Memang sesuai sangat kalau anda nak lari sekejap dari kesibukan kota.
Waktu pagi dan petang, pantai ni jadi port lepak santai, jogging, atau main layang-layang sambil layan angin laut.
Kalau anda menginap kat Timur Bay Beach Resort atau Madurah Hotel, buka je pintu bilik terus nampak laut terbentang luas.
Nak honeymoon ke, plan family day ke, dua-dua memang ngam. Bila malam menjelma, terus ke medan ikan bakar yang banyak berderet kat kawasan ni. Tak payah susah-susah ke Tanjung Lumpur pun.
Untuk anda yang minat fotografi, spot kat sini memang ‘win’, dari bot nelayan, batu hitam unik, sampailah langit senja yang romantik.
Pendek kata, kalau anda nak healing tepi pantai sambil kumpul kenangan manis, Berserah dan Batu Hitam ni antara yang terbaik untuk dimasukkan dalam itinerary.
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: Percuma
Pantai Balok – Port Ikan Bakar & Pantai Tenang Untuk Honeymoon
Lokasi: Pantai Balok, Kuantan

Tip: Kalau datang dengan family, jangan lupa bawa permainan pantai – baling frisbee, buat istana pasir atau main bola tak gol-gol. Tapi hati-hati, angin kat sini kadang kuat – silap haribulan, topi terbang dulu sebelum layang-layang. Nak lagi padu, sewa kerusi lipat – sebab duduk atas pasir lama-lama boleh rasa macam buat leg day!
Nak lari sekejap dari kesibukan bandar? Pantai Balok di Kuantan boleh jadi port santai anda yang seterusnya. Terletak antara Pantai Berserah dan Batu Hitam, pantai ni memang terkenal dengan suasana kampung nelayan yang tenang dan pemandangan yang menyegarkan.
Walaupun tak jauh dari pusat bandar Kuantan, vibe kat sini rasa macam jauh dari dunia luar, sesuai sangat untuk anda yang nak ‘detox’ dari stres kerja.
Pantai Balok ni juga jadi tumpuan sebab banyak resort mesra keluarga kat kawasan ni. Antara yang popular ialah Swiss Garden Resort dan De Rhu Beach Resort. Kolam renang dia memang mesra kanak-kanak, jadi budak-budak confirm happy!
Selain tu, kat sini pun sesuai kalau anda nak plan family day, kem sekolah atau aktiviti team building , siap ada tapak camping, dewan, bilik mesyuarat dan kemudahan asas yang lengkap.
Waktu malam, jangan lupa explore port ikan bakar yang banyak sekitar sini, memang fresh dan padu rasanya.
Kalau duduk homestay atau datang camping, anda boleh beli ikan segar dari Pasar Nelayan LKIM dan masak sendiri. Bagi yang nak pengalaman lain dari biasa, boleh cuba tidur dalam kapsul tepi pantai.
Ringkasnya, Pantai Balok ni memang lengkap dari A-Z , sesuai untuk percutian bajet, acara keluarga atau aktiviti santai hujung minggu.
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: Percuma
Pantai Kempadang – Pantai Kampung Dengan Suasana Tradisional
Lokasi: Pantai Kempadang, Kuantan

Tip: Bawa anak main pasir memang seronok… tapi jangan lupa, bila balik nanti kereta auto jadi ‘pantai bergerak’. Solusi? Sapu pasir sebelum naik kereta – kalau tak, minggu depan jumpa kulit udang bawah seat!
Suasana tak terlalu sesak, sesuai untuk anda yang nak relaks sambil nikmati bayu laut.
Pantai Kempadang bukan sekadar tempat nak tengok ombak. Di sini ada macam-macam kemudahan seperti gerai makan, tandas awam, tempat letak kereta luas dan kawasan santai tepi pantai.
Anak-anak mesti teruja sebab ada kereta api mini dan kereta kuda pusing-pusing pantai. Untuk aktiviti berkumpulan, Kempville Beach Resort memang popular dengan tapak perkhemahan, program bina semangat dan family day.
Waktu petang, ramai juga yang setup khemah dan lepak sambil dengar ombak. Suasana malam pun tak kurang menarik.
Kalau anda bawa anak-anak, boleh main pasir atau lari-lari tepi air ombak tenang. Pantai Kempadang ni memang tempat ideal untuk pelancong yang nak gabungkan ketenangan dengan aktiviti santai sekeluarga.
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: Percuma
Aktiviti Bersama Kanak-Kanak di Kuantan yang Best & Mesra Keluarga
Terokai beberapa tempat yang menarik di Kuantan untuk aktiviti kekeluargaan bersama kanak-kanak. Destinasi ini cukup popular di Kuantan & selalu menjadi agenda utama pelancong berkeluarga apabila bercuti di Kuantan, Pahang.
Menara Kuantan 188 – Menara Tertinggi di Pantai Timur
Lokasi: Menara Kuantan 188, Kuantan

Website Google Maps Waze Penginapan
Tip: Gayat? Takpe… jangan tengok bawah dulu. Fokus je ke horizon sambil pura-pura cari awan bentuk love. Kalau lutut dah mula menggigil, duduk kejap – tarik nafas, senyum ke kamera, buat-buat steady walaupun jiwa dah goyang. Pro tip: jangan pakai skirt flowy, takut angin bagi ‘drama Korea’ percuma!
Jika ke Kuantan, rugi sangat kalau tak singgah ke salah satu mercu tanda terbaru & paling ikonik, Menara Kuantan 188.
Menara ni bukan calang-calang, ia merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara KL dengan ketinggian sekitar 188 meter. Dari jauh lagi, menara ni dah boleh nampak tersergam indah di tepi Sungai Kuantan. Tapi yang paling best, anda boleh naik ke atas untuk menikmati panorama indah seluruh Bandar Kuantan dari sudut paling epik!
Dek pemerhatian di sini ada dua, satu yang tertutup berdinding kaca, dan satu lagi skydeck terbuka yang betul-betul buat anda rasa macam terapung di langit.
Dari atas, anda boleh lihat ke arah muara Sungai Kuantan yang tenang bertemu Laut China Selatan. Angin sepoi-sepoi bahasa pun menambah rasa damai, cuma kalau anda gayat, boleh pilih duduk santai kat bahagian kaca dulu. Jangan risau, semuanya selamat dan sesuai juga untuk anak-anak.
Nak tambah thrill? Ada aktiviti Sky Walk & Drop Zone yang menanti mereka yang ‘berani mati’.
Tapi kalau tak cukup berani pun tak apa, naik dan nikmati pemandangan pun dah cukup puas hati. Kalau anda datang ke Kuantan untuk kali pertama atau ke-10 sekalipun, naik Menara Kuantan 188 memang pengalaman yang wajib cuba.
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
Harga Tiket: Dewasa RM11-RM40, Kanak-kanak RM8-RM27 ( bergantung pakej, weekday lebih murah)
Taman Esplanade Kuantan – Port Santai Petang & Permainan Anak
Lokasi: Taman Esplanade Kuantan, Jalan Mahkota

Tip: Bawa bubble gun atau bola tu idea bagus… tapi pastikan stamina pun ready. Budak-budak lari macam ada bateri Duracell – mak ayah baru duduk 2 minit, dah kena bangun kejar semula. Pro tip: bawa tikar + air kotak, sebab yang penat nanti bukan budak… tapi yang tukang pegang beg!
Anda sedang cari tempat santai yang tenang di Kuantan? Dataran Sungai Kuantan memang pilihan menarik untuk bawa keluarga berjalan, jogging waktu pagi atau sekadar lepak santai tepi sungai.
Terletak berhampiran Menara Kuantan 188, dataran ini menjadi lokasi kegemaran ramai kerana pemandangannya yang menghadap muara Sungai Kuantan. Angin sepoi-sepoi dan suasana tenang di sini buatkan anda rasa damai, sesuai sangat untuk hilangkan penat selepas seharian jalan-jalan.
Kemudahan di sekitar dataran ni pun sangat mesra pelawat. Ada taman permainan untuk anak-anak, laluan pejalan kaki yang luas, dan restoran makanan segera untuk isi perut.
Waktu malam, dataran ini bertukar menjadi tempat santai yang lebih meriah dengan lampu hiasan berwarna-warni.
Untuk yang suka fotografi atau sekadar nak nikmati pemandangan bandar dari sudut berbeza, tempat ini memang tak menghampakan.
Waktu Operasi: 6 pagi – 11 malam
Harga Tiket: Percuma
Mini Zoo Teruntum – Zoo Kecil Tapi Seronok Untuk Anak-Anak
Lokasi: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Bawa kipas mini & tisu basah. Bukan untuk anak je, mak ayah pun kadang peluh macam naik Gunung Tahan… padahal baru tengok rusa.
Bercuti ke Kuantan bersama anak-anak kecil? Mini Zoo Teruntum memang lokasi paling sesuai untuk masukkan dalam jadual. Terletak sangat dekat dengan pusat bandar & hanya sekejap dari Pantai Teluk Cempedak, zoo mini ini memang mesra pelawat.
Walaupun bersaiz sederhana, tapi penuh dengan tarikan menarik. Sesuai untuk lawatan singkat sambil isi masa kualiti bersama anak-anak.
Tarikan utama yang buat kanak-kanak teruja semestinya patung dinosour! Ada yang besar macam real, ada juga versi robotik yang boleh bergerak. Memang boleh buat anak-anak tak mahu balik.
Selain dinosour, terdapat pelbagai haiwan eksotik dalam sangkar seperti landak, rusa timur, zebra, binturung, buaya tembaga dan macam-macam lagi. Laluan dalam kawasan pun teduh dan selesa, jadi tak letih sangat walaupun bawa stroller.
Mini Zoo Teruntum bukan sekadar tempat tengok haiwan malah ia juga lokasi untuk ibu ayah santai sambil anak-anak belajar sesuatu yang baru. Kalau datang masa cuti sekolah atau hujung minggu, suasana meriah dengan gelak tawa si kecil. Tiket masuk pun sangat berpatutan, jadi tak perlu risau bab bajet.
Kalau anda cari tempat menarik di Kuantan untuk bawa anak-anak berseronok tanpa perlu jauh dari bandar, Mini Zoo Teruntum memang spot yang berbaloi. Lengkapkan trip dengan makan-makan di sekitar Teluk Cempedak selepas penat berjalan, confirm puas hati!
Waktu Operasi: 9 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
Harga Tiket: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM15
Kuantan River Cruise – Naik Bot Sambil Layan View Sungai
Lokasi: Jeti Shahbandar, Kuantan

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Nak gambar cun + moment romantik? Ambil slot jam 5 petang – lighting dia lembut macam hati bakal mak mentua bila kita datang bawa buah tangan. Bonus: waktu ni senja mula muncul… bolehlah bisik dekat pasangan, “Awak tengok kunang-kunang tu… tapi tetap awak yang paling bercahaya dalam hidup saya.”
Pertama kali bercuti ke Kuantan, aktiviti River Cruise Sungai Kuantan memang patut masuk dalam jadual. Aktiviti santai naik bot menyelusuri Sungai Kuantan ini cukup menarik, boleh pilih nak naik waktu siang atau malam. Dua-dua waktu ni ada keistimewaannya tersendiri.
Siang hari pemandangan hutan bakau memang mendamaikan, manakala waktu malam suasana lebih tenang dengan peluang melihat kunang-kunang berkerlipan di celah pokok bakau.
Bot akan bergerak perlahan sambil membawa pelancong menikmati pemandangan sekitar sungai dan melihat sendiri bagaimana keindahan bandar Kuantan dari sudut mata nelayan.
Salah satu hentian menarik sepanjang laluan ialah platform pejalan kaki di dalam hutan bakau sejauh 600 meter. Di sini boleh melihat unggas liar, suasana hijau semula jadi dan bergambar dalam suasana alam yang nyaman. Kalau ada rezeki, boleh nampak buaya sedang terdampar & berehat di tebing sungai.
Dalam tempoh 1 jam 30 minit pengembaraan anda, banyak momen indah boleh dirakam. Pemandangan sekitar sangat fotogenik, lebih-lebih lagi bila bergambar berlatar belakang papan tanda besar “KUANTAN” yang ikonik.
Gambar-gambar inilah nanti jadi kenangan paling bermakna bila dah balik dari bercuti.
Aktiviti ini sesuai sangat untuk mereka yang nak suasana tenang, dekat dengan alam dan lari sekejap dari hiruk pikuk bandar. Untuk percutian yang lengkap di Kuantan, river cruise ini memang pelengkap sempurna selain jalan-jalan tepi pantai.
Waktu Operasi: 9 pagi – 7 malam (bergantung pada cuaca)
Harga Tiket: Dewasa: RM 18-RM 99,- Kanak²: RM 12-56 (bergantung operator) | Private charter: RM 280-RM580 per trip untuk 1-5 orang ( bergantung pakej )
Gambang Waterpark – Taman Tema Air Paling Popular di Pantai Timur
Lokasi: Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Gelongsor air kat sini bukan calang-calang sebab tinggi dia sampai mak ayah yang berlagak berani pun tiba-tiba tanya, “Eh, anak nak naik dulu tak?” Muka steady, tapi hati zikir non-stop.
Berada kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan, Bukit Gambang Water Park memang pilihan utama untuk bercuti bersama anak-anak. Taman tema air yang paling popular di Pantai Timur ini bukan sahaja luas, tapi penuh dengan pelbagai jenis kolam mandi, dekorasi ceria dan gelongsor air yang mencabar.
Kanak-kanak pasti seronok bermain air di kawasan yang direka khas untuk mereka, manakala ibu bapa pula boleh cabar diri cuba gelongsor air tinggi yang mengujakan.
Selain water park, kawasan sekitar turut menawarkan resort menarik yang hanya beberapa langkah dari pintu masuk taman tema. Jadi tak perlu risau tentang tempat menginap kalau bercuti sekeluarga.
Untuk yang sukakan aktiviti luar, ada juga ATV, meredah hutan, memanah dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang boleh dicuba. Bukit Gambang Water Park bukan saja sesuai untuk percutian keluarga, tapi juga lokasi yang ideal untuk program hari keluarga atau team building syarikat.
Kemudahan yang lengkap serta suasana yang ceria menjadikan tempat ini antara tarikan utama di Pahang untuk berseronok bersama rakan sepejabat mahupun sanak saudara.
Bila bercuti ke Kuantan atau kawasan sekitar, luangkan masa sehari di sini memang berbaloi. Suasana yang menyeronokkan dan fasiliti yang mesra keluarga menjadikan Bukit Gambang Water Park antara destinasi yang wajib singgah.
Waktu Operasi: 11 pagi – 6 petang (Buka setiap hari kecuali tutup Selasa – cuti sekolah buka setiap hari)
Harga Tiket: Dewasa RM36, Kanak²/Warga Emas RM25, Kanak² <90cm Percuma
Taman Gelora Kuantan – Taman Rekreasi Luas & Sesuai untuk Semua
Lokasi: Taman Gelora, Kuantan

Tip: Jogging konon, tapi balik tangan penuh nasi dagang & cendol. Datang pagi-pagi bukan untuk bakar kalori je, tapi juga misi sarapan level padu!
Taman Gelora antara lokasi riadah santai yang jadi kegemaran ramai penduduk tempatan dan pelancong bila bercuti ke Kuantan. Terletak bersebelahan pantai dan kuala Sungai Kuantan, taman ini menawarkan suasana nyaman dengan angin laut sepoi-sepoi dan pokok-pokok tinggi yang menyejukkan mata.
Walaupun berada dalam kawasan bandar, suasananya tetap terasa tenang dan mendamaikan, memang sesuai untuk sesi ‘healing’ hujung minggu.
Kemudahan di sini pun lengkap. Ada trek jogging, bangku untuk bersantai, taman permainan kanak-kanak dan juga masjid. Lokasinya yang dekat dengan Teluk Cempedak menjadikan Taman Gelora antara tempat lepak paling strategik kalau bercuti di Kuantan.
Tambah menarik, kawasan ni dikelilingi port makan yang best seperti Medan Tanjung Selera dan Mustafa Cendol, boleh jogging & terus sambung sarapan nasi kerabu, nasi dagang atau laksam panas-panas.
Ramai juga suka berpiknik di bawah rimbunan pokok sambil pekena cendol atau makanan bungkus dari gerai sekitar.
Waktu petang pula, suasananya makin meriah dengan pengunjung setempat yang datang beriadah atau bersantai layan matahari terbenam. Untuk yang suka aktiviti ringan tapi puas hati, Taman Gelora memang salah satu spot terbaik yang boleh dimasukkan dalam itinerary.
Waktu Operasi: 6 pagi – 10 malam
Harga Tiket: Percuma
Air Terjun Sungai Pandan – Tempat Mandi Manda Alam Semula Jadi
Lokasi: Sungai Pandan, Kuantan

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Jangan kedekut baju salin – budak-budak kalau dah jumpa air, balik bukan basah je… kadang siap rendam kasut sekali. Mak ayah pun tak selamat kalau jadi mangsa percikan ‘tanpa amaran’!
Air Terjun Sungai Pandan antara lokasi mandi manda yang paling popular dan senang diakses kalau bercuti ke Kuantan.
Terletak sekitar 25 km dari pusat bandar, tempat ni memang jadi pilihan warga tempatan setiap hujung minggu. Suasana sekelilingnya masih alami, dengan bunyi deruan air yang menyegarkan dan kawasan tadahan air yang luas serta tak terlalu berbatu, sesuai sangat untuk anak-anak bermain air dengan selamat.
Jalan nak masuk ke kawasan air terjun ni boleh diakses dengan kereta biasa walaupun agak berbatu sedikit. Tapi bila sampai, memang rasa berbaloi.
Kemudahan pun lengkap, ada tandas, bilik persalinan, surau, tapak untuk berkhemah dan ruang santai. Ramai yang datang untuk berpiknik, sambut hari jadi atau buat hari keluarga sebab suasananya santai dan tempatnya lapang.
Kalau suka aktiviti outdoor, sini juga antara spot terbaik untuk berkhemah. Dikelilingi pokok-pokok menghijau dan udara segar, malam di sini memang tenang dan nyaman.
Untuk yang nak rasa pengalaman mandi air terjun yang best tapi tak nak pergi jauh ke pedalaman, Air Terjun Sungai Pandan ni memang pilihan tepat.
Tempat ni selalu jadi port lepak utama penduduk Kuantan sebab lokasinya yang strategik dan suasana yang ‘hidup’. Boleh masuk dalam senarai wajib singgah kalau datang bercuti ke Kuantan bersama keluarga atau geng.
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (setiap hari)
Harga Tiket: Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2, Kereta RM 2, Motor Rm 1, Lori/Bas: RM 10
Mercu Tanda & Tempat Ikonik di Kuantan Yang Wajib Singgah
5 tarikan di Kuantan, Pahang yang boleh dikunjungi untuk melihat kesan sejarah, warisan budaya & kesenian setempat. Jika anda seorang pelancong yang berkarakter suka menyelami unsur-unsur kesenian & kebudayaan orang setempat, inilah tempat-tempat menarik di Kuantan yang ideal untuk diterokai.
Masjid Sultan Ahmad 1 ( Kuantan) – Masjid Negeri yang Ikonik & Fotogenik
Lokasi: Bandar Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Nak gambar kubah yang padu? Bawa telefoto lens & datang waktu pagi – lighting dia lembut, bayang tak ganggu. Tapi awas… jangan sampai terlalu fokus framing, nanti azan berkumandang pun tak perasan – terus rasa bersalah macam selfie dalam masjid masa tadarus.
Masjid Sultan Ahmad 1 yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan ini memang cukup ikonik dan menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan, tapi juga pelancong. Dengan reka bentuk seni bina yang mengambil inspirasi dari Asia Tengah dan Turki, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tapi juga mercu tanda menarik untuk dilawati.
Struktur kubah dan menara yang gah membuatkan sesiapa saja yang lalu di tengah bandar pasti akan berpaling untuk melihat keindahannya.
Masjid ini sangat mesra pengunjung. Kemudahan seperti tempat letak kereta luas, ruang solat yang selesa dan kipas besar seperti helikopter memang memanjakan sesiapa sahaja yang singgah, terutama bagi yang sedang bermusafir.
Lokasi strategiknya bersebelahan padang MPK juga menjadikan kawasan sekitarnya meriah terutama waktu malam, dengan gerai-gerai jualan dan suasana santai orang ramai melepak sambil menikmati makanan.
Masjid ini juga aktif dengan aktiviti keagamaan. Selalu jadi lokasi penceramah terkenal tanah air menyampaikan kuliah selepas Maghrib.
Suasana tenang dan suasana ilmu menjadikan tempat ini sangat istimewa untuk mendekatkan diri kepada agama, sambil menyerap aura spiritual dalam suasana yang mendamaikan.
Pada bulan Ramadan, kawasan sekitar masjid berubah wajah jadi medan berbuka puasa paling meriah di Kuantan.
Padang sebelah masjid penuh dengan keluarga dan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa bersama-sama. Ada juga bazar Ramadan besar yang menjual pelbagai jenis makanan. Satu pengalaman yang cukup bermakna dan patut dirasai sendiri.
Kuantan Art Street – Lorong Mural Cantik untuk OOTD & Fotografi
Lokasi: Jalan Besar, Kuantan

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau datang satu geng tapi semua nak solo shoot kat mural sama, bersabarlah macam bilal tunggu jemaah Subuh. Sorang posing, yang lain jadi cameraman, pastu rotate 6 kali lagi. Elok habis semua turn, matahari pun dah naik – lighting asal pun dah berubah jadi “glare mode”!
Deretan bangunan lama di Jalan Besar Kuantan kini berubah wajah menjadi lokasi seni jalanan yang cukup mengagumkan.
Sepanjang 200 meter, dinding-dinding bangunan dihiasi dengan koleksi mural berwarna-warni hasil sentuhan kreatif 13 orang anak seni dari Pahang. Projek seni ini siap sepenuhnya pada Februari 2021 dan hasil lukisannya masih kekal terang, jelas dan cantik untuk dinikmati oleh pelancong yang datang.
Setiap mural membawa cerita. Ada yang menggambarkan kisah rakyat, budaya masyarakat Pahang, dan juga identiti warisan negeri.
Unsur tradisi seperti wau, tenunan, serta kehidupan kampung diselitkan dalam gaya seni moden yang membuatkan setiap lukisan unik dan ‘Instagrammable’. Lokasinya pula sangat strategik. Dekat dengan Menara Kuantan 188 dan beberapa tempat makan menarik lain di bandar Kuantan.
Ramai pelancong yang datang ke sini untuk bergambar dan merakam kenangan. Siang hari, suasananya terang dan sesuai untuk tangkap gambar OOTD, manakala pada waktu malam pula, pencahayaan jalan memberi efek tersendiri pada mural-mural yang ada.
Hasil seni ini memang sesuai untuk semua, dari kanak-kanak hingga dewasa, yang ingin nikmati percutian santai dengan elemen tempatan.
Jalan-jalan di sini sambil menikmati karya seni terbuka memang seronok. Boleh berjalan kaki perlahan-lahan, bergambar dan hayati mesej yang cuba disampaikan oleh para pelukis mural.
Satu pengalaman unik yang ringkas, tapi cukup memori buat mereka yang datang bercuti ke Kuantan.
Waktu Operasi: 24 jam (tempat terbuka)
Harga Tiket: Percuma
Muzium Seni Pahang — Tempat Kenali Warisan Seni Tempatan
Lokasi: Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang

Tip: Sebelum excited nak tengok lukisan & replika Kaabah, pastikan muzium buka – jangan dah datang siap baju batik, pintu tutup sebab “penyelenggaraan sementara”. Nanti dari nak tengok seni, terus jadi seni lukisan kecewa!
Terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuantan, muzium seni ini mungkin bersaiz kecil, tapi isinya cukup padat dengan nilai seni dan budaya tempatan.
Ia menampilkan pelbagai hasil karya lukisan tempatan yang membawa jiwa dan cerita tersendiri. Bagi yang suka dengan seni visual dan lukisan, tempat ini memang sesuai untuk dilawati bila bercuti ke Kuantan.
Selain karya seni moden, muzium ini turut mempamerkan koleksi menarik berkaitan budaya masyarakat Pantai Timur, khususnya negeri Pahang.
Ada sudut khas tentang kehidupan orang asli, alat muzik tradisional, dan juga fabrik tenunan Diraja Pahang yang sangat halus buatannya. Elemen warisan ini memang susah nak jumpa di tempat lain, dan menjadikan lawatan ke sini lebih bermakna.
Satu lagi tarikan unik adalah replika Kaabah beserta gambar-gambar sejarah Kaabah dari zaman dahulu. Sesuai untuk yang ingin tahu lebih mendalam tentang sejarah Islam, dan boleh jadi pengalaman pembelajaran untuk anak-anak juga.
Ruang muzium yang tenang dan tersusun menjadikan lawatan ke sini sangat santai dan selesa. Bagi pelancong yang sukakan destinasi santai dan ada nilai ilmu, muzium ini memang sesuai dimasukkan dalam itinerari.
Masa lawatan tak ambil masa lama, tapi ilmu dan pengalaman yang dibawa pulang memang berbaloi. Satu lagi tempat menarik di Kuantan yang underrated tapi cukup berharga.
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (Isnin – Sabtu)
Harga Tiket: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM2
Masjid Tanjung Api – Masjid Unik Tepi Laut dengan View Cantik
Lokasi: Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Tip: Kalau singgah solat waktu Maghrib, jangan pelik kalau nampak pakcik-pakcik lepas salam terus ambil phone. Bukan nak call cucu… tapi nak selfie dengan langit pink belakang masjid. Sekali tengok gambar, terus caption: “Solat on time, view pun divine.”
Masjid ini mungkin kecil saiznya, tapi nilai sejarah dan seninya cukup besar. Terletak betul-betul di tepi pantai berdekatan muara Sungai Kuantan, masjid kayu ini mempunyai ciri-ciri senibina Melayu tradisional yang semakin jarang dilihat hari ini.
Dibina sekitar tahun 1985, reka bentuknya menitikberatkan suasana iklim Pantai Timur dan gaya hidup masyarakat Melayu setempat.
Bagi yang minat senibina tempatan, lawatan ke sini ibarat satu pengalaman visual dan rohani dalam satu masa. Susun atur ruang, bumbung bertingkat, dan struktur kayu yang asli mencerminkan identiti masjid-masjid lama zaman dahulu.
Ia bukan sekadar tempat solat, tapi juga warisan budaya yang elok untuk dihargai, lebih-lebih lagi bagi generasi muda. Lokasinya yang menghadap muka kuala memang cantik. Waktu petang, suasana menjadi lebih tenang dengan bayu laut yang bertiup dan cahaya matahari terbenam di kaki langit.
Ramai pengunjung dari Taman Gelora yang singgah untuk solat Asar atau Maghrib sambil menikmati pemandangan indah ini. Sama ada datang untuk menunaikan solat atau sekadar bersantai melihat senibina dan alam, masjid ini wajar jadi salah satu hentian singkat yang berbaloi dalam percutian anda ke Kuantan.
Suasana damai, pemandangan cantik, dan nilai warisan, kombinasi lengkap untuk satu momen yang tenang dan bermakna.
Kompleks DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah – Tapak Bersejarah & Diraja
Lokasi:-25200 Kuantan, Pahang

Tip: Kalau masuk galeri dalam bangunan ni, jangan lupa tutup flash kamera. Nanti baru snap sekali… POP! satu bilik pandang. Kawan kata nak buat konten “vintage aesthetic”, tapi vibe terus tukar jadi “jejak misteri artefak silau”
Bangunan ini bukan sekadar perpustakaan tetapi ia adalah saksi bisu sejarah bandar Kuantan yang telah berdiri megah sejak tahun 1915.
Dengan usia melebihi 100 tahun, bangunan klasik ini kekal menjadi salah satu mercu tanda warisan paling ikonik di tengah-tengah bandar. Reka bentuk seni bina lama dengan sentuhan kolonial menjadikannya lokasi yang cukup unik, dan sukar nak jumpa bangunan sebegini yang masih utuh di negeri Pahang.
Menariknya, di bahagian luar bangunan ini ada satu titik tengah yang jadi rujukan garis pusat bagi keseluruhan bandar Kuantan. Dalam erti kata lain, inilah “pusat sebenar” bandar yang ramai tak tahu.
Selain itu, bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat sumber terbuka untuk orang ramai belajar tentang sejarah dan budaya negeri Pahang secara lebih mendalam. Di dalamnya, ada pelbagai bahan bacaan dan artifak bersejarah, termasuk koleksi buku lama, seni budaya orang Pahang, serta artifak klasik yang sukar ditemui di tempat lain.
Suasana dalam bangunan ini pun sangat damai dan terasa aura klasiknya, sesuai untuk pengunjung yang nak belajar atau sekadar menghayati suasana tenang bersejarah. Kalau anda suka tempat yang ada ‘jiwa’ dan nilai nostalgia, tempat ini wajib masuk dalam senarai.
Sambil tengok seni bina, anda boleh timba ilmu budaya dan warisan tempatan yang sangat berharga, semuanya dalam suasana santai di tengah bandar Kuantan.
Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)
Harga Tiket: Percuma
Aktiviti Outdoor di Kuantan untuk Hiking, Camping & Nature Lovers
Jika anda pelancong yang berjiwa lasak & lebih gemarkan aktiviti menarik di Kuantan yang bersifat ‘outdoor’, cubalah terokai beberapa destinasi ini. Ada tempat yang sesuai untuk keluarga & ada yang hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja.
Hutan Lipur Bukit Pelindung – Trek Hiking Ringan Dengan View Laut
Lokasi:Jalan Tengku Muhamad, 25250 Kuantan, Pahang

Tip: Jangan tertipu dengan vibe tenang sebab mula-mula jer rasa macam jalan-jalan cari sarapan, tapi lepas 15 minit mendaki, mula kira berapa pokok lagi nak sampai.
Bukit Pelindung antara lokasi riadah outdoor paling mudah nak capai jika bercuti ke Kuantan, terutama kalau menginap di sekitar Teluk Chempedak.
Laluan menuju ke puncak bukit ini mesra keluarga dan tak terlalu mencabar. Jadi, sesuai sangat untuk anak-anak kecil atau warga emas yang suka aktiviti ringan. Jalan berturap disediakan hingga ke atas, jadi tak wajib redah hutan kalau tak nak masuk laluan denai.
Persekitaran Bukit Pelindung cukup mendamaikan dengan barisan pokok tinggi yang meneduhkan sepanjang jalan.
Suasana sejuk dan segar dari udara pagi serta bunyi burung dalam hutan menjadikan pengalaman mendaki lebih santai dan menyegarkan. Ia bagaikan satu terapi minda walaupun lokasinya hanya beberapa minit dari pusat bandar.
Ramai pengunjung suka datang waktu pagi untuk jogging atau bersenam ringan sebelum sambung jalan-jalan ke Teluk Chempedak. Kalau datang waktu petang pun menarik juga sebab bayu laut mula terasa dan matahari mula jatuh perlahan-lahan di kaki langit.
Tambahan pula, lokasi Bukit Pelindung ni dekat sangat dengan resort popular seperti Hyatt Regency Kuantan, jadi boleh jalan kaki atau naik sebentar saja dengan kereta. Satu pilihan menarik untuk pelancong yang nak aktiviti santai, dekat dengan alam, tapi tak terlalu ekstrem.
Kalau ke Kuantan dan cari tempat nak keluarkan peluh tanpa perlu masuk hutan betul-betul, Bukit Pelindung memang jawapannya.
Tapak Perkhemahan Pantai Sepat – Port Camping Tepi Pantai
Lokasi: Pantai Sepat, 26060 Kuantan, Pahang

Tip: Kalau masak maggi guna dapur camping, standby pelindung angin – sebab angin pantai ni jenis emosi, sekali tiup habis api padam, periuk bergoyang, mood pun swing. Akhirnya, makan maggi separuh masak sambil pura-pura itu “style camping Jepun”!
Pantai Sepat ialah port camping tepi pantai yang memang ‘rare’ dan masih terpelihara keasliannya. Terletak hanya lebih kurang 19 km dari pusat bandar Kuantan menghala ke Pekan, lokasi ni cukup strategik kalau nak lari dari kesibukan kota.
Permukaan pantainya landai, pasirnya bersih dan luas terbentang, memang selesa untuk pacak khemah dan lepak santai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Paling syok kalau berkhemah di sini, pagi-pagi lagi dah boleh layan matahari terbit dari celah horizon Laut China Selatan, terus dari pintu khemah. Suasana tenang dengan angin pantai sepoi-sepoi buatkan mood camping di Pantai Sepat ni rasa macam dalam drama TV.
Kadang-kadang nampak juga nelayan turun ke laut, bagi suasana kampung yang menyamankan. Bila cuaca mengizinkan dan ombak tak kuat, pantai ni memang selamat untuk mandi manda. Tapi kalau sekadar nak main air tepi pantai pun dah cukup menggembirakan anak-anak.
Malam pula, langit terbuka luas, sesuai sangat untuk baring tengok bintang. Bawa tikar, kopi panas dan borak sampai larut malam sambil cerap langit, memang kenangan yang susah nak lupa.
Tak perlu keluar jauh atau masuk hutan tebal untuk dapatkan pengalaman camping yang best. Pantai Sepat adalah pilihan terbaik untuk yang nak camping dengan vibe pantai dan suasana santai, tapi masih dekat dengan bandar Kuantan.
Waktu Operasi: 6 pagi – 6 petang
Harga Tiket: Percuma
Bukit Galing – Lokasi Hiking Ringan Untuk Beginner
Lokasi:25300 Kuantan, Pahang

Tip: Kasut grip tu wajib – sebab kalau silap langkah waktu tanah lembap, bukan setakat tergelincir… boleh jadi slow-mo scene ala filem aksi. Mula-mula nak selfie dengan daun, last-last selfie sambil pegang lutut.
Bukit Galing ialah destinasi mendaki yang semakin digemari oleh pencinta alam di Kuantan. Dengan ketinggian sekitar 296 meter dan jarak perjalanan sejauh 2.3 km untuk sampai ke puncak, trek ini memang sesuai untuk yang suka cabaran ringan tapi masih nak rasa pengalaman mendaki yang ‘feel-nya’ real.
Walaupun tak terlalu tinggi, trek ni tetap mencabar dan memerlukan stamina yang baik, terutama pada bahagian berbukit dan bertangga semulajadi.
Sepanjang laluan mendaki, pendaki akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna tempatan. Ada juga air terjun kecil yang boleh dijadikan tempat persinggahan seketika untuk berehat dan ambil angin sejuk hutan. Suasana redup dan hijau sepanjang trek memang membuatkan perjalanan ke puncak lebih menyenangkan walaupun berpeluh sakan.
Setibanya di puncak Bukit Galing, semua penat lelah rasa berbaloi. Pemandangan Bandar Kuantan terbentang luas di depan mata dan pada hari cerah, Laut China Selatan pun jelas kelihatan dari kejauhan.
Memang port terbaik untuk ambil gambar ‘hiking moment’ dan buat kenangan manis dalam galeri telefon. Bukit Galing bukan sekadar tempat hiking, tapi juga lokasi untuk reconnect dengan alam.
Bagi yang duduk di bandar dan nak lari sekejap dari rutin harian, mendaki Bukit Galing boleh jadi terapi semulajadi yang segar dan menyihatkan.
Waktu Operasi: 6 pagi – 7 malam
Harga Tiket: Percuma
Gua Charas – Gua Batu Kapur Dengan Unsur Spiritual & Alam
Lokasi: Jln Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang

Tip: Kalau datang lewat petang, bawak headlamp sendiri sebab dalam gua ni, kalau lampu malap sikit je, bayang dinding mula nampak macam makhluk purba. Kamera boleh rakam gambar lawa, tapi hati kena kuat. Jangan terjerit kalau nampak stalagmit bayang bentuk gajah terbang!
Gua Charas merupakan antara khazanah alam semulajadi paling menarik di Kuantan yang wajib singgah kalau suka destinasi unik dan penuh sejarah. Terletak sekitar 35 km dari pusat bandar, gua ini cukup istimewa kerana menyimpan formasi stalagtit dan stalagmit yang terbentuk secara semulajadi sejak jutaan tahun.
Strukturnya sangat mengagumkan, terutama bila cahaya semulajadi tembus dari lubang atas gua pada waktu tengah hari. Suasana dalam gua jadi magis dan sesuai sangat untuk bergambar atau sekadar menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
Walaupun Gua Charas dijadikan tempat ibadat untuk penganut Hindu dan Buddha, pelancong dari pelbagai latar belakang masih boleh berkunjung dengan bebas.
Laluan ke dalam gua mudah untuk diakses kerana ada kemudahan tangga konkrit yang memudahkan pergerakan. Tak perlu panjat atau merangkak macam gua-gua lasak di kawasan pedalaman. Kawasannya juga terjaga rapi dan tak rasa sunyi atau menyeramkan walaupun berada dalam gua.
Di sekitar kawasan Gua Charas, ada beberapa gua lain yang turut menarik untuk diteroka seperti Gua Puteri Bersikat, Gua 3 Beradik dan beberapa lagi yang turut menyimpan keunikan tersendiri. Gabungan elemen spiritual, geologi dan keindahan alam menjadikan kawasan ini salah satu lokasi yang rare untuk pelancong nikmati aktiviti luar dari kebiasaan.
Untuk yang suka dunia arkeologi, geografi atau suka cabaran meneroka gua, tempat ini sangat sesuai.
Walaupun hanya berjalan-jalan, pengalaman yang ditawarkan cukup berbeza dan akan buat sesiapa pun rasa kagum dengan kekayaan alam Kuantan yang jarang diperkatakan.
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang
Harga Tiket: RM2 seorang
Kaki Bukit Campsite – Port Camping Baru & Instagrammable
Lokasi: Pantai Teluk Tongkang, 25050 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Geng ofis semangat pacak khemah 4 jam, siap buka tutorial YouTube… sekali baru nak lekat pancang, hammer tak bawak. Akhirnya hentak guna belakang senduk BBQ sampai khemah pun senget, tapi hati redha sebab teamwork katanya!
Kalau nak lari dari kesibukan bandar tapi tak nak memandu jauh, kawasan camping di Teluk Tongkang memang pilihan tepat. Terletak dekat kaki Bukit Pelindung dan tepi pantai, lokasi ni ibarat pakej 2-dalam-1, ada suasana pantai dan bukit serentak.
Kawasan yang luas dan lapang buatkan aktiviti berkhemah jadi lebih selesa, sesuai sangat kalau nak buat family day atau gathering bersama rakan sepejabat. Antara aktiviti yang biasa orang buat kat sini termasuk pacak khemah tepi pantai, BBQ sambil layan angin laut dan tidur dalam hammock bawah langit terbuka.
Suasana damai dengan bunyi ombak memang menenangkan. Bila pagi menjelma, boleh terus panjat Bukit Pelindung atau jogging santai sambil nikmati udara segar dari rimbunan pokok sekeliling.
Bagi yang suka cabaran, boleh juga sewa ATV dan main beramai-ramai sambil redah denai hutan berdekatan. Budak-budak pun suka tempat ni sebab ada ruang besar untuk bebas berlari dan main.
Nak sambut birthday party kat sini pun boleh, bawa makanan siap-siap dan nikmati suasana outdoor yang rare. Lokasinya yang dekat dengan bandar Kuantan menjadikan tempat ni mudah diakses walaupun cuma nak lepak hujung minggu.
Sambil-sambil bercuti, boleh eratkan hubungan keluarga dan kawan-kawan dalam suasana yang santai tapi penuh aktiviti seronok.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari (ikut slot)
Harga: RM50 -RM80 semalam ikut pakej khemah
Kempville Beach Resort – Camp & Chalet Mesra Alam Tepi Pantai
Lokasi: Kampung Kempadang, 25150 Kuantan, Pahang

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau nak gambar cun-cun untuk upload caption “healing + bonding”, tunggu golden hour sebab lighting memang padu. Tapi ingat, pastikan ambil gambar sebelum masuk obstacle track… sebab lepas tu muka semua confirm berpeluh, rambut serabai, dan baju dah macam baru keluar rancangan “Survivor Kuantan”!
Resort ini memang jadi pilihan ramai untuk aktiviti berkumpulan seperti team building, kem motivasi pelajar dan juga percutian keluarga yang nak lari dari kebisingan bandar.
Lokasinya dekat dengan pantai dan penuh dengan suasana hijau tenang, sangat sesuai untuk recharge semangat dan bina semula kekuatan dalaman.
Untuk yang bawa anak-anak, tempat ni sangat bagus sebagai pengalaman ‘back to nature’ yang penuh aktiviti bermanfaat. Antara aktiviti paling popular dekat sini termasuk merentas titian gantung merentasi tasik, berkayak, memancing dan pelbagai permainan outdoor.
Ada juga obstacle track yang menyerupai gaya ‘Ninja Warrior’, sangat sesuai untuk uji ketahanan fizikal dan semangat berpasukan, terutamanya kalau datang bersama kumpulan pelajar atau staf pejabat.
Untuk yang suka aktiviti lebih mencabar, boleh cuba climbing wall yang tersedia atau rancang sukaneka untuk kanak-kanak.
Semua aktiviti ni bukan sekadar hiburan, tapi juga bantu kuatkan ikatan kekeluargaan dan kemahiran sosial anak-anak. Dekat sini juga ada pilihan penginapan sama ada nak menginap dalam chalet atau berkhemah.
Dengan persekitaran yang mendamaikan, resort ni memang sesuai sangat untuk sesi refleksi diri dan pemulihan semangat. Bukan setakat aktiviti fizikal, tapi juga peluang untuk sambung hubungan sesama manusia dalam suasana santai tanpa gangguan gajet dan teknologi.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari
Harga: RM100-RM200 semalam ikut jenis penginapan
Resort & Chalet Menarik di Kuantan untuk Honeymoon & Percutian Keluarga
Jika pertama kali melancong ke Kuantan atau Negeri Pahang, semestinya kita nak cuba makanan sedap yang menjadi tradisi & popular di kalangan orang setempat. Tak perlu ke Temerloh untuk rasai menu tradisional Pahang seperti masak patin tempoyak atau sambal hitam kerana banyak restoran atau tempat makan best di Kuantan yang boleh ada datang untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di sini.
Timurbay Seafront Residence – Staycation Modern Tepi Pantai
Lokasi: Jln Kuantan – Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau honeymoon ke sini, pilih bilik menghadap laut & bawa tripod. Sambil² setup timer camera cakap “Timer boleh tangkap gambar… tapi takkan dapat tangkap feeling masa awak genggam tangan tadi.” Auto mood berbulan madu terus mencanak.
Resort ni memang jadi pilihan ramai yang nak bercuti di Kuantan sambil layan angin pantai.
Terletak di kawasan Pantai Berserah / Pantai Batu Hitam, suasana kat sini lebih tenang dan santai berbanding kawasan tengah bandar. Nak ke Bandar Kuantan pun tak jauh, lebih kurang 13km je, cukup dekat untuk singgah makan atau beli barang, tapi cukup jauh untuk rasa ‘escapism’ dari kesibukan kota.
Antara tarikan utama resort ni ialah kolam renang infiniti yang menghadap pantai.
Bayangkan berenang sambil tengok laut terbentang luas, memang feeling honeymoon terus. Banyak tempat makan sedap berdekatan, terutamanya makanan laut. Malam-malam, boleh jalan kaki je ke medan ikan bakar yang penuh dengan pilihan seperti kerang, sotong, udang, semua segar dari laut.
Resort ni sesuai untuk pelbagai tujuan. Nak datang berdua honeymoon boleh, nak bawa family pun best, siap boleh plan family day atau meeting kerja.
Kalau tengah cari tempat staycation yang lengkap dengan pantai, kolam, makanan best, dan tak crowded sangat, resort ni memang berbaloi untuk dipertimbangkan.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari
Harga: RM150-RM250 semalam (ikut jenis unit & host)
Mangala Resort & Spa – Resort Eksklusif Dikelilingi Alam Hijau
Lokasi: 26300 Gambang, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Nak feel eksklusif + jimat bajet? Book masa off-peak sebab boleh dapat harga promo & kawasan pun tenang. Bonus kalau datang dengan pasangan, boleh bisik “Tempat ni sunyi… tapi hati saya bising sebab penuh dengan awak.”
Resort ni antara pilihan mewah yang berbaloi kalau nak bercuti di Kuantan dalam suasana eksklusif dan jauh dari hiruk-pikuk bandar.
Terletak kira-kira 33km dari pusat bandar, resort ni dikelilingi landskap hijau yang mendamaikan. Rasa macam masuk ke dunia lain sebaik saja melangkah masuk ke kawasan resort.
Suasana sangat tenang dan sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon, atau sesiapa yang nak lari dari kesibukan rutin harian. Lokasi resort ni juga strategik sebab dekat dengan beberapa tarikan popular di Kuantan.
Hanya 13km ke Gambang Waterpark dan sekitar 19km ke Air Terjun Pandan, dua tempat menarik untuk berkelah dan luangkan masa bersama keluarga. Lagi best, resort ni cuma 5km dari Exit Gambang di Lebuhraya Pantai Timur, jadi memang senang sangat nak akses.
Banyak pilihan villa eksklusif disediakan di sini, lengkap dengan kemudahan yang selesa dan pemandangan menghijau. Sesuai sangat untuk pasangan yang nak sambut hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan atau percutian romantik.
Kalau datang berkumpulan pun tak jadi masalah, sebab resort ni juga sesuai untuk program syarikat, family day, atau mesyuarat organisasi.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari
Harga: RM600-RM1200 semalam ikut jenis villa
Swiss Garden Beach Resort – Resort Mewah Mesra Keluarga
Lokasi: Mukim Balok Beach Beserah 26100, Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau datang ramai, request connecting room sebab senang nak pantau budak-budak yang kejap-kejap hilang cari kolam.
Resort ni memang antara resort tepi pantai yang dah lama bertapak di Kuantan dan masih jadi pilihan sampai sekarang, terutamanya untuk pelancong yang datang dengan keluarga.
Terletak di Pantai Berserah, suasana resort ni tenang dan mesra kanak-kanak, lagi-lagi sebab ada kolam renang khas untuk si kecil. Ibu ayah pun boleh rileks sambil anak-anak main air puas-puas.
Pantai Berserah ni memang terkenal sebagai perkampungan nelayan, jadi kalau menginap kat sini, senang sangat nak cari port makan malam seafood.
Sekitar resort ni ada banyak medan ikan bakar yang popular. Nak jalan-jalan ke pusat bandar pun tak jauh, lebih kurang 14km je dari sini.
Kemudahan kat resort ni cukup lengkap, sesuai kalau nak anjurkan program syarikat, meeting atau hari keluarga.
Suasana resort santai dan selesa, memang sesuai sangat kalau nak lari sekejap dari rutin harian dan nikmati masa berkualiti dengan yang tersayang.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari
Harga: RM250-RM450 semalam ikut jenis bilik
Hyaat Regency Resort Kuantan – Resort Ikonik Tepi Teluk Cempedak
Lokasi: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau anak suka Zoo Teruntum, standby mental sebab lepas check-in je dia dah plan “hari ni kolam, esok tengok dino!”. Mak ayah belum unpack beg, dah kena plan lawatan sekolah!
Terletak betul-betul di tepi Teluk Cempedak, resort ini jadi pilihan ramai yang nak bercuti santai sambil menikmati suasana pantai yang tenang di Kuantan.
Dengan lokasi strategik hanya beberapa minit dari pusat bandar, penginapan ini memang sesuai untuk pelancong yang nak gabungkan rehat dan akses mudah ke pelbagai tarikan utama. Kolam renang di sini juga memang best, ada pilihan untuk dewasa dan kanak-kanak, jadi seisi keluarga boleh berseronok.
Bagi yang datang dengan anak-anak, banyak tempat menarik berdekatan yang boleh diteroka. Zoo Teruntum cuma 1.3km dari resort, manakala Bukit Pelindung yang popular untuk aktiviti mendaki santai hanya 4km jauhnya.
Tak perlu risau bab shopping sebab mall-mall terkenal seperti East Coast Mall dan Berjaya Megamall pun dekat sangat.
Nak makan ikan bakar segar? Tanjung Lumpur yang terkenal dengan port seafood pun hanya 7km dari sini. Resort ini juga sesuai dijadikan lokasi honeymoon bagi pasangan yang nak suasana romantik dekat pantai.
Selain tu, tempat ni sering dipilih untuk program syarikat dan family day sebab fasiliti lengkap dan view cantik. Memang pilihan ideal untuk sesiapa yang nak bercuti di resort tepi pantai Kuantan yang bukan sahaja selesa, tapi juga dekat dengan macam-macam tempat menarik.
Waktu Operasi: Check-in 3 petang, Check-out 12 tengah hari
Harga: RM400-RM700 semalam ikut musim dan jenis bilik
Tempat Menarik di Kuantan untuk ‘Jalan Jalan Cari Makan’
Jika pertama kali melancong ke Kuantan atau Negeri Pahang, semestinya kita nak cuba makanan sedap yang menjadi tradisi & popular di kalangan orang setempat. Tak perlu ke Temerloh untuk rasai menu tradisional Pahang seperti masak patin tempoyak atau sambal hitam kerana banyak restoran atau tempat makan best di Kuantan yang boleh ada datang untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di sini.
Restoran Mabiq 2 – Masakan Melayu Asli & Gulai Tempoyak Padu
Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Website Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau order patin pais, pastikan makan terus sebab kalau toleh lama sangat tengok lauk meja sebelah, balik-balik tinggal daun pisang je. Pais tu dah selamat lesap… masuk perut member! Pishang !
Kalau berkunjung ke Kuantan, rugi besar kalau tak singgah makan tengah hari di restoran femes yang satu ni. Terkenal dengan menu berasaskan ikan patin dan lauk kampung, tempat ni jadi tumpuan wajib baik pelancong luar mahupun orang tempatan.
Antara menu paling padu yang selalu jadi rebutan termasuklah ikan patin masak tempoyak, patin pais bakar, daging salai kicap dan sambal tempoyak bilis. Semuanya rasa pekat, pedas berlemak dan memang buat teringat sampai ke malam.
Lokasinya pula sangat strategik, terletak di Tanjung Lumpur dan berdekatan dengan Swiss-Belhotel Kuantan.
Lepas makan kenyang, boleh terus santai petang di Pantai Kempadang atau Pantai Sepat. Bila malam tiba, sambung pula sesi makan dengan ikan bakar yang banyak dijual sekitar kawasan ni. Kalau perut dah puas hati, boleh rehat dan tidur sakan di hotel berdekatan.
Pendek kata, ini antara port makan best di Kuantan yang lengkap dari pagi sampai malam.
Gabungan makanan kampung yang menyelerakan, suasana santai kampung nelayan, dan lokasi berdekatan dengan pantai menjadikan tempat ni bukan sekadar restoran, tapi pengalaman wajib cuba bila bercuti ke Pahang.
Waktu Operasi: 11 pagi – 4 petang (Isnin – Sabtu)
Restoran Jaman Tory Resepi – Menu Tradisi Orang Pahang
Lokasi: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Order air asam boi homemade sekali. Bila minum lepas suap tempoyak pedas-pedas, rasa macam tekak pun bagi thumbs up. Nak lagi feel? Makan sambil senyum walau berpeluh… sebab nikmat tu tak tipu!
Salah satu tempat makan yang wajib dicuba bila ke Kuantan ialah kedai makan ni yang cukup terkenal dengan hidangan ikan patin dalam pelbagai gaya.
Menu paling popular mestilah patin bakar tempoyak, patin masak tempoyak, patin steam dan patin bercili. Memang padu habis, ditambah pula dengan kerai goreng rangup yang susah nak jumpa di tempat lain.
Kalau datang dengan keluarga, tak perlu risau sebab ada juga menu western, daging salai, sizzling dan masakan panas yang boleh dipilih ikut selera masing-masing.
Suasana dalam kedai sangat selesa. Ruang makan luas, berhawa dingin dan dihias dengan dekorasi moden yang menenangkan. Sesuai sangat untuk makan tengah hari, makan petang atau makan malam bersama keluarga.
Selain rasa makanan yang sedap dan suasana yang tenang, servis pun cekap dan mesra pelanggan.
Pendek kata, kalau nak jalan-jalan cari makan sambil nikmati juadah asli Pahang dalam suasana selesa, inilah salah satu lokasi terbaik untuk singgah.
Waktu Operasi: 11 pagi – 10 malam
Ana Ikan Bakar Petai – Seafood Popular & Port Makan Ramai-Ramai
Lokasi: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Jangan pakai baju mahal kalau datang sini sebab ikan sambal petai ni jenis pemurah, kuah confirm menitis ikut angin pantai.
Antara port makan malam yang wajib singgah bila ke Kuantan ialah restoran seafood ni yang terletak di Tanjung Lumpur.
Lokasinya strategik betul-betul dekat tepi pantai, suasana pun santai dengan angin sepoi-sepoi laut. Memang sesuai kalau nak makan malam sambil tenangkan fikiran.
Menu utama yang jadi rebutan ramai ialah ikan bakar sambal petai, memang padu dan penuh rasa. Selain tu ada juga butter prawn, kerang bakar, celup tepung dan aneka masakan laut yang segar-segar belaka.
Tempat ni juga sesuai dijadikan alternatif kalau restoran Ana Ikan Bakar Petai terlalu sesak dengan orang.
Kedainya dekat je, dalam deretan medan selera yang sama. Jadi tak perlu risau kalau sampai lambat, tetap boleh layan ikan bakar dalam suasana yang sama best.
Lepas makan kenyang, boleh jalan kaki je ke hotel berdekatan macam Swiss-Belhotel Kuantan.
Kalau menginap di situ, memang senang sangat nak repeat datang makan malam sini. Pendek kata, tempat ni antara lokasi makan malam terbaik di Kuantan untuk yang suka seafood, pantai dan suasana santai.
Waktu Operasi: 5 petang – 12 malam (Setiap Hari)
Joe Mee Calong & Keropok Beserah – Menu Rare & Original Beserah
Lokasi: Jalan Kuantan-Kemaman, 26100, Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip:Kalau nak elak kecewa tengok orang lain hirup mee calong last bowl, datang sebelum brunch crowd tiba. Biasanya lepas pukul 10 pagi, meja penuh & yang lambat cuma dapat bau kuah je!
Kalau anda tengah cari port makan pagi yang rare dan memang feveret orang Kuantan, kena cuba mee calong Berserah ni.
Mee calong ni bukan calang-calang. Asal usulnya pun memang dari kampung ni. Dihidang dalam kuah panas dengan bebola ikan yang fresh, mee ni confirm boleh buat orang luar jatuh cinta dengan rasa dia yang simple tapi padu.
Selain mee calong, sini juga ada keropok lekor panas-panas yang rangup di luar, lembut kat dalam. Kalau rasa nak heavy sikit, boleh order mee goreng atau nasi kukus. Kedai ni buka dari pagi sampai petang, jadi memang sesuai singgah lepas berjogging atau naik Bukit Pelindung sebelah pagi.
Lokasi kedai ni pun best, dekat dengan beberapa spot menarik macam Pantai Batu Hitam dan Bukit Pelindung. Lepas penat beraktiviti, layan semangkuk mee calong panas sambil layan angin kampung memang nikmat.
Tak hairan lah ramai orang luar sanggup drive jauh semata-mata nak rasa sendiri menu ‘rare’ yang susah nak jumpa kat tempat lain. Kalau dah sampai Kuantan, rugi kalau tak cuba mee calong kat sini. Satu pengalaman makan yang penuh dengan rasa tradisi orang Pantai Timur.
Waktu Operasi: 8 pagi – 3 petang (Tutup Jumaat)
Warung Bukit Bay Route – Warung Tepi Bukit Dengan View Padu
Lokasi: Taman Permai, 25200 Kuantan, Pahang

Facebook Google Maps Waze Penginapan
Tip: Kalau nak merasa kuih tradisi yang cepat habis macam seri muka dan kuih bakar, datang sebelum jam 9 pagi. Lepas tu tinggal tapak kuih je. Maklumlah orang Kuantan sarapan serius, bukan main-main!
Bagi yang mencari tempat sarapan pagi yang penuh dengan citarasa tempatan, kedai makan ni memang patut masuk dalam senarai.
Terkenal di Kuantan dengan menu sarapan orang Pantai Timur, anda boleh nikmati Laksa Pahang, nasi dagang, laksam, nasi kunyit dan nasi kerabu yang segar dimasak setiap hari. Suasana pagi dengan aroma gulai dan sambal tumis cukup menggoda selera.
Pilihan kuih muih pun banyak dan tradisional, dari kuih bakar sampai ke seri muka, semuanya klasik dan susah nak jumpa di bandar besar.
Menu lengkap untuk sesiapa yang rindu masakan kampung atau nak cuba sarapan gaya orang Pahang. Kedai ni juga luas dan selesa, sesuai untuk datang dengan keluarga atau rakan-rakan.
Terletak di kawasan berbukit yang tenang, suasana di sini memang mendamaikan.
Parking pun mudah dan banyak, jadi anda boleh santai tanpa stress pagi-pagi. Tempat ni memang pilihan terbaik untuk mulakan hari dengan perut kenyang dan hati senang.
Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (Tutup Isnin)

