Pelancongan di Negeri Sembilan ni nampak biasa, tapi ‘wow’ bila ‘explore’. Banyak betul tarikan ‘power’ yang buat hati berbunga. Di sinilah terletaknya Port Dickson, pantai ikonik yang selalu penuh dengan keluarga hujung minggu, geng konvoi motor, dan pencinta sunset tepi laut. Dari Teluk Kemang yang meriah sehinggalah ke Blue Lagoon yang lebih private, tempat menarik di Negeri Sembilan ini memang tidak kalah dengan ‘vibe’ cuti-cuti Malaysia.
Tambah pula dengan seni bina Minangkabau yang menjadi simbol negeri, memang padu, cantik dan beridentiti. Tetapi jika anda jenis suka teroka spot yang tidak ramai tahu, Negeri Sembilan ada banyak ‘hidden gem’ untuk buat percutian anda lebih ‘rare’.
Ada kampung tradisional yang masih hidup dengan budaya Minang, makanan tempatan seperti masak lemak cili api yang memang padu dan penginapan atas bukit dengan pemandangan hutan semula jadi. Tempat ini bukan sahaja tenang, malah penuh dengan nilai seni dan cita rasa lokal yang susah hendak jumpa di tempat lain.
Nak tahu ‘port’ mana paling best untuk ‘healing’, makan sedap atau ambil gambar cantik bila bercuti di Negeri Sembilan nanti? Teruskan baca, jangan berhenti sampai tengah jalan.
Nanti menyesal, cuti asyik ulang destinasi sama sahaja tiap tahun! Teruskan ‘scroll’. Mana tahu nanti boleh jadi plan cuti anda yang paling ‘win’ tahun 2025 ini.
Pantai Popular & Menarik di Negeri Sembilan
Kalau sebut Negeri Sembilan, confirm Port Dickson yang first terlintas di kepala. Pantai dia bukan calang-calang, ada yang popular macam artis viral, ada juga yang rare macam hidden playlist Spotify. Dari vibe healing atas pasir sampai aktiviti air yang buat baju salin lima kali, semua ada. Pendek kata, kalau anda cari vitamin ‘sea’, sini tempatnya.
Pantai Teluk Kemang – Pantai di Port Dickson Paling Popular
Lokasi: Jalan 3/10, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau nak feeling macam tengah bercuti dekat Phuket tapi bajet tak ngam, sini lah port dia! Bawa khemah sendiri pun boleh, janji jangan lupa tikar dan teh o ais sejuk!
Bila sebut pantai Port Dickson, nama Teluk Kemang mesti automatik muncul dalam fikiran. Bukan tanpa sebab, pantai ini memang antara yang paling meriah.
Dari rombongan sekolah sampailah ke geng motor yang cari angin, semuanya menjadikan lokasi ini sebagai pilihan utama.
Dari pagi hingga ke malam, suasana pantai sentiasa hidup. Pada waktu siang, pelawat boleh mandi-manda, main pasir atau mencuba pelbagai aktiviti laut.
Bila malam menjelma, angin sepoi-sepoi bersama aroma jagung bakar menjadikan suasana di sini cukup tenang. Tempat ini sangat sesuai untuk percutian sehari atau hujung minggu yang santai.
Tarikan Aktiviti Air & Santai Tepi Laut
Bagi yang sukakan cabaran, pelbagai aktiviti air boleh dicuba seperti parasailing, kayak dan banana boat.
Gerai yang menyewakan peralatan ini memang mudah ditemui sepanjang kawasan pantai, dan harga biasanya boleh dirunding bergantung pada musim.
Waktu petang pula, ramai pengunjung akan berehat di bawah khemah sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
Kadang-kadang ada juga persembahan muzik secara langsung atau jualan tepi pantai, menjadikan suasana lebih meriah dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Tempat Makan & Hotel Halal-Friendly
Kalau lapar, jangan risau. Antara pilihan popular ialah Kafe Kampung Kaw yang terkenal dengan kambing bakarnya. Untuk peminat makanan laut, Sri Pantai Ria adalah tempat yang sangat sesuai.
Jika mahukan makanan yang lebih santai, Mient’s Burger menyediakan pelbagai pilihan seperti burger, nasi goreng dan lamb chop.
Bagi yang merancang untuk bermalam, banyak hotel mesra keluarga boleh dipilih berhampiran Teluk Kemang.
Klana Beach Resort misalnya terletak betul-betul di tepi laut dan mempunyai laluan khas ke pantai. TSR Seafront Hotel pula berada sangat dekat dengan pantai, jadi mudah untuk akses aktiviti pantai terus dari bilik.
Cumanya, waktu cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini boleh jadi sangat sesak. Kadang-kadang sukar untuk dapat tempat letak kereta dan tandas awam juga mungkin tidak diselenggara dengan baik.
Pendek kata, pantai ini sesuai untuk semua golongan. Sama ada keluarga dengan anak kecil, pasangan yang ingin bersantai atau kumpulan rakan yang mahu ‘recharge’, semuanya boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan di sini.
Waktu Operasi:
Setiap hari (24 jam) | Sesuai dilawati waktu pagi hingga lewat malam
Blue Lagoon – Pantai Rare Port Dickson Untuk Healing Tenang
Lokasi: Jalan Pantai, Batu 10, Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau rasa hidup makin semak & mental dah serabut, cubalah lepak sini. Serius, suasana dia macam terapi semula jadi. Nak feeling macam tengah buat konten slowmo kat drama Korea pun boleh, janji jangan lupa bawa tikar dengan kamera penuh bateri!
Bila kaki mula jejak pasir pantai Blue Lagoon Port Dickson, memang terasa seperti melangkah ke dunia yang lain. Lokasi ini kurang dikenali berbanding Teluk Kemang, namun keindahannya tidak kurang hebat.
Air laut yang jernih, bayu sepoi-sepoi dan pokok yang merimbun memberikan suasana damai yang sukar digambarkan. Ini adalah tempat istimewa yang menyimpan vibe tenang yang jarang dijumpai.
Jika Teluk Kemang terasa sesak, Blue Lagoon ialah pilihan yang lebih santai. Suasananya sesuai untuk anda yang inginkan healing secara solo, sesi berkelah berdua atau percutian ringan bersama anak-anak.
Airnya yang cetek dan bersih serta pokok rendang di sepanjang pantai menjadikan tempat ini ideal untuk merehatkan minda.
Aktiviti Air & Snorkeling Sambil Nampak Ikan
Snorkeling di sini memang popular kerana kawasan cetek memudahkan pengunjung melihat koral dan ikan kecil.
Ramai yang membawa peralatan sendiri kerana kawasan ini memang sesuai untuk menikmati keindahan bawah laut tanpa perlu menaiki bot.
Apabila air mulai surut, akan muncul kolam-kolam kecil semula jadi di antara batu-batu. Ini adalah tempat yang menarik terutamanya untuk kanak-kanak bermain air.
Bagi pengunjung dewasa, aktiviti seperti berkayak, menaiki banana boat atau sekadar memancing sambil melihat burung dan monyet yang melintas menambahkan keseronokan tersendiri. Alam semula jadi di kawasan ini masih terpelihara dan hidup.
Gerai Makan Ringkas & Condo Tepi Pantai
Bila perut mula berbunyi, terdapat beberapa gerai berdekatan yang menawarkan makanan ringan seperti ais batu campur, jagung bakar dan nasi lemak.
Di sekitar Pantai Cermin pula, terdapat warung-warung yang menyajikan hidangan halal dengan harga berpatutan. Walaupun ringkas, pilihan makanan di sini mencukupi untuk mengisi tenaga selepas bermain air.
Bagi yang ingin bermalam, Tanjung Biru Condominium terletak bersebelahan pantai dan dilengkapi dengan kolam renang serta balkoni menghadap laut.
Villea Port Dickson pula menawarkan kemudahan lengkap termasuk gimnasium dan karaoke. Jika mahukan penginapan bajet tetapi selesa, BW Homes ialah pilihan menarik dengan kawasan BBQ yang sesuai untuk keluarga.
Waktu Operasi:
Setiap hari (24 jam) | Waktu terbaik: pagi atau petang
Harga Tiket:
Percuma | Tandas & bilik persalinan disediakan
Pantai Saujana – Pantai Menarik di PD & Mesra Keluarga
Lokasi: Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau rasa malas nak beratur panjang tunggu parking kat pantai viral, lari je ke Saujana ni. Confirm lebih relaks, siap boleh lepak atas tikar sambil makan keropok lekor sambil tengok anak main pasir!
Rasa nak rehatkan kepala dari kesibukan bandar, tapi masih mahu lokasi yang sesuai untuk tenangkan diri? Pantai menarik di Port Dickson ini memang patut anda cuba.
Dengan suasana damai, angin laut yang menyejukkan dan pasir yang lembut, tempat ini memang buat sesiapa pun rasa tenang. Siapa yang pernah singgah pasti akan kembali.
Pantai Saujana ialah lokasi mesra keluarga. Kawasannya luas dan air laut cetek, menjadikannya selamat untuk kanak-kanak bermain air.
Banyak pokok teduh di tepi pantai, jadi senang nak bentang tikar dan nikmati waktu santai. Suasana di sini memang tenang dan tidak sesak dengan pelawat.
Aktiviti Air & Alam Semula Jadi
Bagi yang minat aktiviti ringan seperti snorkeling, lokasi ini sangat sesuai. Airnya yang tenang membolehkan pengunjung melihat batu karang cetek dan ikan kecil.
Bila air surut, akan kelihatan kolam kecil semula jadi yang sesuai untuk anak-anak bermain air dengan selamat.
Aktiviti seperti banana boat, jet ski dan kayak juga tersedia untuk disewa terus di tepi pantai. Kalau datang waktu pagi, anda boleh dengar bunyi burung berkicauan dan kadang-kadang ada monyet bermain di pokok.
Lokasi ini juga terkenal sebagai spot memancing yang menarik.
Gerai Lokal & Resort Tepi Pantai
Terdapat gerai makanan di tepi pantai yang menawarkan pilihan seperti ais batu campur, jagung bakar, nasi lemak dan kuih-muih.
Kalau ingin makanan yang lebih berat, medan selera dan warung kampung di sekitar Pantai Cermin juga patut dicuba. Semuanya halal dan menyelerakan.
Untuk penginapan, Tanjung Biru Condominium dan Avillion Port Dickson adalah antara pilihan terbaik berdekatan.
Selain itu, BW Homes juga sesuai untuk keluarga kerana menyediakan kemudahan seperti kawasan BBQ dan pemandangan laut yang menenangkan. Penginapan di sini memang sesuai untuk percutian santai dan tenang.
Jadi, untuk anda yang mencari pantai yang kurang sesak tetapi masih lengkap dengan kemudahan dan sesuai untuk aktiviti keluarga, Pantai Saujana adalah pilihan tepat.
Anak-anak seronok bermain, dan anda pula boleh tenangkan fikiran tanpa gangguan.
Selain Pantai Saujana, anda juga boleh singgah ke Pantai Cermin yang terletak hanya beberapa ratus meter dari sini.
Waktu Operasi:
Setiap hari (24 jam) | Waktu terbaik: awal pagi atau petang
Harga Tiket:
Percuma | Caj kecil untuk bilik persalinan atau tandas (+/-RM1)
Pantai Purnama – Port Rare Tepi Laut untuk Healing Hujung Minggu
Lokasi: Jalan Kemang 12, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau pernah stress sebab parkir pantai selalu penuh, dekat Pantai Purnama ni, yang penuh cuma batu karang dan view cantik! Tapi hati-hati, laluannya macam treasure hunt sikit. Siapa jumpa, dia yang untung!
Jom terokai pantai tersembunyi PD yang tak ramai tahu. Tapi sekali sampai, confirm rasa nak datang semula.
Pantai Purnama memang kurang popular berbanding Blue Lagoon atau Teluk Kemang. Tapi suasananya sangat mendamaikan, cukup untuk ‘reset’ kepala.
Letaknya di hujung laluan yang agak sunyi. Port rare ni simpan kejutan istimewa untuk yang rindukan ketenangan sambil layan ombak.
Kalau suka tempat yang tak sesak tapi masih ada aktiviti menarik, lokasi ni memang terbaik. Pantai Purnama bukan sekadar tempat untuk picnic.
Ia juga sesuai untuk BBQ, mandi-manda dan menikmati panorama matahari terbenam. Pendek kata, lengkap untuk short escape hujung minggu.
BBQ & Chill Hujung Minggu
Salah satu aktiviti wajib kalau ke sini ialah pacak khemah, sediakan bara dan ber-BBQ sambil tengok laut. Ruangnya luas dan tenang, sesuai untuk aktiviti keluarga atau pasangan yang nak bersantai.
Selain BBQ, pengunjung juga datang waktu air surut untuk menangkap ketam kecil. Kanak-kanak biasanya seronok bermain pasir dan berlari sepanjang pantai.
Bagi yang nak aktiviti air, warung sekitar ada menyediakan sewaan banana boat. Ringkas tapi cukup menghiburkan.
Sunset & Tanjung Berbatu
Kalau minat bergambar, kawasan berbatu di hujung pantai ni memang cun. Banyak yang datang untuk sesi OOTD atau rakaman gambar pre-wedding.
Bila waktu senja, langit bertukar warna jingga yang cukup romantik. Port ini memang tenang, sesuai untuk mereka yang nak lari dari tempat tumpuan ramai.
Pantai ini sebenarnya antara port tersembunyi yang tak ramai tahu sebab laluannya agak tersorok. Tak banyak papan tanda, jadi ia selalunya dikunjungi oleh ‘kaki jalan’ yang tahu jalan pintas. Tapi bila dah sampai, memang berbaloi.
Nak datang sini memang perlukan sedikit perancangan. Laluan masuk terletak di celah apartment dan agak curam.
Dalam air pula ada banyak batu dan karang. Jadi perlu berhati-hati untuk elak tergelincir. Parkir agak terhad dan tidak sesuai untuk kereta sedan yang rendah. Disarankan datang awal dan pakai selipar yang tahan lasak.
Jika anda sukakan lokasi yang tidak terlalu komersial dan tenang, ini antara pantai terbaik di Port Dickson. Ia sesuai untuk keluarga kecil, pasangan muda atau solo traveller yang perlukan ketenangan.
Namun untuk warga emas, mungkin perlukan sedikit bantuan sebab keadaan fizikal kawasan yang berbukit dan tidak rata.
Ha… sebelum balik, bolehlah singgah ke Teluk Kemang Observatory. Lokasinya hanya beberapa minit dari sini.
Tempat ni sesuai untuk tengok bulan dan matahari terbenam. Kadang-kadang ada juga aktiviti astronomy. Rasa macam travel sambil belajar pun ada!
Waktu Operasi:
Setiap hari (24 jam)
Harga Tiket:
Percuma untuk semua | Kemudahan tandas & bilik mandi: RM0.50 – RM1.00
PD Waterfront – Port Insta-Worthy & Aktiviti Air Paling Happening
Lokasi: Persiaran Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kalau baju putih anda tiba-tiba matching dengan bangunan glasshouse kat sini, itu bukan kebetulan. Itu hint alam semesta supaya anda posing lebih sikit. Lagi satu, jangan tinggal sunblock. Kalau tak, nanti kulit pun naik watermark!
Dah bosan dengan tempat lepak biasa? Apa kata cuba PD Waterfront. Gabungan laut, taman dan suasana urban menjadikan lokasi ini sesuatu yang luar daripada biasa. Sesuai untuk anda yang nak healing ringan sambil cipta konten menarik.
Apa Menarik ?
Tempat ini bukan sekadar kawasan untuk bersantai. Ada taman tema air, fun fair, kafe dalam bangunan kaca, butik trendy dan pelbagai pilihan makanan yang menarik.
Semuanya boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki. Bila malam tiba, lampu-lampu berwarna-warni mencetuskan suasana seperti festival tepi laut.
Jika anda datang semasa berlangsungnya acara-acara utama, boleh nikmati pertunjukan powerboat atau Karnival Pantai Pink yang sememangnya meriah habis.
Kafe dalam glasshouse seperti ZUS dan CHAGEE bukan sekadar tempat minum kopi. Lighting semula jadinya sangat sesuai untuk sesi OOTD.
Sambil minum kopi tangan kiri, tangan kanan boleh scroll TikTok. Suasana dia macam Sunday morning yang tenang dan cantik untuk konten “soft life aesthetic”.
Anda tidak perlu berbelanja besar pun untuk nikmati semuanya. Jalan kaki sambil lihat bot melintas, dengar buskers main lagu dan ambil angin tepi laut pun dah cukup buat mood naik balik. Aktiviti percuma di sini memang banyak, yang penting pandai layan suasana.
Ideal untuk keluarga yang ada anak kecil, pasangan muda dan geng konten TikTok yang mencari lokasi aesthetic tanpa perlu memandu jauh. Tempat ni memang jawapan kepada rasa nak ‘disconnect’ dari hustle harian.
Tapi biasalah, apabila ada acara besar, kawasan ini memang jadi tumpuan ramai. Parking boleh jadi sukar dan ada aktiviti yang hanya berjalan pada waktu tertentu.
Jadi pastikan anda rancang awal dan semak jadual sebelum datang supaya perjalanan lebih smooth.
Nak sambung jalan-jalan lagi ? Teluk Kemang hanya beberapa minit sahaja dari sini. Pelabuhan Lama juga menarik untuk sesi food hunting.
Jika anda suka pemandangan laut dan vibe rare, boleh singgah ke Pulau Arang yang penuh dengan bot dan suasana santai.
Nak bermalam terus? Banyak tempat menginap yang menarik berdekatan. Waterfront Boutique Hotel (view laut dan berdekatan taman tema), Bayfront Hotel (bajet serta lokasi strategik dalam kompleks), Richmond Condotel (gaya condo moden dengan pemandangan cantik dan akses mudah ke kafe-kafe).
Waktu Operasi:
Kawasan luar dibuka 24 jam | Theme Park & Bazaar: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (ikut aktiviti atau acara)
Harga Tiket:
Percuma untuk kawasan umum | Aktiviti seperti taman tema mungkin dikenakan caj
Tarikan Taman Haiwan & Agro Pelancongan di Negeri Sembilan
Jangan terkejut kalau tiba-tiba anda tengok burung unta lari laju macam tengah training Olimpik. Kat Negeri Sembilan ni, aktiviti haiwan & agro pelancongan bukan biasa-biasa. Dari ladang burung unta yang sado sampai ikan hiasan dan kelip-kelip romantik tepi sungai, semua jenis makhluk ada. Nak healing sambil lari elak burung kejar pun boleh, janji jangan pakai selipar jepun longgar!
Jelita Ostrich Farm – Pengalaman Rare Lari Sama Burung Unta Gergasi
Lokasi: Lot 1504, Batu 6 Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Jelita Ostrich Farm ni macam taman Jurassic Park versi jinak. Bezanya, burung unta yang kejar bukan T-Rex. Kalau datang dengan anak-anak, jangan lupa stand by kamera. Moment burung unta ‘cium’ tangan masa bagi makan tu priceless. Tapi kalau tak ready mental, boleh jadi lari keliling ladang sambil jerit, free show untuk semua.
Kadang-kadang kita tak perlu masuk zoo besar pun untuk beri anak pengalaman luar biasa. Jelita Ostrich Farm ialah ladang haiwan unik yang beri peluang kepada anda untuk tengok sendiri saiz burung unta sebenar.
Burung ini besar, tinggi dan gayanya penuh gaya. Jika anda mahukan pengalaman ‘hands-on’ dengan bajet mesra poket, inilah tempat yang sesuai.
Apa Menarik ?
Ladang ini bukan sekadar untuk melihat burung unta dari jauh. Pengunjung boleh beri makan burung unta, belajar fakta menarik tentang haiwan eksotik dan ambil gambar dari jarak dekat.
Terdapat juga petting zoo dengan kambing, kuda mini, rusa, ayam belanda dan itik comel. Setiap sudut tempat ini sesuai untuk anak kecil dan ibu bapa yang mahukan aktiviti santai tetapi penuh informasi.
Jika anda gemar aktiviti yang mencabar, boleh cuba menunggang burung unta. Jangan risau, ada kakitangan yang akan membantu serta beri penerangan.
Ramai yang terkejut kerana sangka burung unta bergerak perlahan, tapi sebenarnya lajunya mengalahkan kereta mainan kawalan jauh. Bagi makan pun sudah cukup menyeronokkan.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di mural burung unta yang berwarna-warni dan singgah di kedai cenderamata.
Banyak barangan menarik seperti keychain, telur unta hiasan dan minyak ostrich yang boleh dijadikan kenangan atau buah tangan.
Tiket masuk untuk dewasa hanya RM8 manakala kanak-kanak RM6. Sangat berbaloi untuk aktiviti yang penuh pengalaman macam ini. Tempat ini sangat sesuai jika anda merancang lawatan santai bersama keluarga.
Kalau anda ialah ibu bapa dengan anak kecil, guru yang mencari lokasi lawatan sambil belajar, atau pencinta haiwan eksotik, tempat ini memang patut dimasukkan dalam senarai. Aktiviti di sini tidak terlalu lasak dan sangat mesra untuk kanak-kanak.
Tapi satu perkara penting untuk diingatkan, kawasan parkir agak terhad dan cuaca boleh menjadi sangat panas terutama pada waktu tengah hari. Datang awal pagi sangat disyorkan supaya anda boleh menikmati lawatan dengan lebih selesa.
Lengkapkan trip cuti-cuti anda dengan singgah ke lokasi berdekatan yang menarik. Anda boleh ke Royal Gallery Tuanku Ja’afar untuk aktiviti berunsur sejarah, bersantai di Taman Tasik Seremban, atau singgah di Centipede Temple untuk menikmati pemandangan dari atas bukit.
Sekiranya anda merancang untuk bermalam atau inginkan percutian pendek, antara tempat best yang boleh dipertimbangkan ialah Royale Chulan (lokasi strategik dan kemudahan lengkap), Klana Resort (sesuai untuk keluarga dan suasana tenang), dan One Heritage Hotel (gaya moden dan klasik). Semua ini ialah penginapan nearby yang sangat berbaloi.
Waktu Operasi:
Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)
Harga Tiket:
Dewasa: RM8 | Kanak-kanak: RM6 | Aktiviti tunggangan & feeding: Caj berasingan
PD Ostrich Show Farm – Ladang Serba Ada, Bukan Setakat Burung Unta
Lokasi: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, Port Dickson, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Jangan pandang rendah pada burung unta. Saiz badan dia boleh kalahkan abang-abang gym, tapi perangai dia macam selebriti TikTok, suka perhatian dan suka makan. Kalau anda berdiri sebelah kandang sambil pegang sayur, siaplah! Confirm burung tu lari serbu macam peminat jumpa artis. Serius, satu ladang gelak.
Anda tengah cari ladang haiwan interaktif yang bukan setakat tengok dari jauh? Di PD Ostrich Show Farm, anda bukan saja boleh tengok burung unta depan mata, tapi juga boleh pegang, peluk, beri makan dan selfie secara langsung.
Tempat ini memang pilihan menarik kalau anda nak gabungkan hiburan, pembelajaran dan masa berkualiti bersama anak-anak.
Apa Menarik ?
Antara tarikan utama yang membuatkan ramai datang semula ialah sesi memberi makan burung unta yang jinak dan aktiviti menunggang khas untuk kanak-kanak.
Ada taman dinosaur dengan replika bersaiz besar serta petting zoo yang penuh dengan kambing, rusa, arnab dan itik comel. Untuk yang sukakan cabaran, boleh cuba naik ATV, panahan atau naik kereta kuda keliling kawasan ladang.
Jika anak anda jenis aktif dan suka aktiviti luar, tempat ini memang sesuai. Bahagian taman dinosaur dan haiwan-haiwan yang jinak sentiasa jadi pilihan utama kanak-kanak.
Ibu bapa pula pasti akan suka suasana ladang yang terbuka dan menyegarkan, sangat ideal untuk hilangkan tekanan.
Selain melihat dan bermain dengan haiwan, pengunjung juga boleh cuba berdiri di atas telur burung unta untuk melihat betapa kuatnya cangkerangnya. Terdapat kafeteria untuk rehat dan surau yang lengkap.
Jika datang pada waktu malam hujung minggu, jangan lepaskan peluang sertai Night Safari yang dihiasi lampu warna-warni bersama patung haiwan bersaiz besar. Memang pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak!
Tiket asas untuk dewasa hanya RM15 dan kanak-kanak RM10. Banyak aktiviti menarik yang sudah termasuk dalam harga ini, menjadikan ia pilihan yang mesra bajet untuk seisi keluarga. Aktiviti tambahan seperti ATV atau panahan boleh dicuba dengan bayaran tambahan yang berpatutan.
Kalau anda mempunyai anak kecil, atau sedang merancang lawatan sekolah, atau sekadar mencari tempat santai bersama haiwan, PD Ostrich Show Farm ialah pilihan yang sangat sesuai. Semua aktiviti di sini mesra kanak-kanak dan kawasan juga banyak kawasan bernaung.
Namun begitu, keadaan ladang boleh menjadi licin jika hujan. Suhu juga cenderung panas pada waktu tengah hari. Sebaiknya datang lebih awal dan bawa payung untuk keselesaan sepanjang lawatan.
Tak puas bermain dengan haiwan? Jom sambung lawatan ke Pantai Teluk Kemang yang hanya beberapa minit dari sini.
Untuk yang minat sejarah, boleh ke Muzium Tentera. Jika ingin nikmati suasana tenang dan pemandangan menarik, Blue Lagoon juga sangat berbaloi untuk disinggahi. Semua ini juga merupakan tempat makan nearby yang sesuai untuk lengkapkan perjalanan anda.
Bagi yang nak bermalam, pilihan hotel best memang banyak. Antaranya Lexis Hibiscus (villa atas air dengan kolam renang peribadi), Thistle Port Dickson (resort tepi pantai dengan kemudahan lengkap), dan D’Wharf Hotel (lokasi bandar yang strategik serta dekat dengan restoran). Semuanya mudah diakses dan sesuai untuk pelbagai jenis percutian.
Waktu Operasi:
Setiap hari (9.30 pagi – 6.00 petang)
Harga Tiket:
Warganegara: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10 | Bukan Warganegara: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson – Akuarium Mini & Penyu Comel
Lokasi: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, Port Dickson, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kalau anda plan mandi laut di Teluk Kemang, jangan terus balik! Singgah sebentar ke Pusat Ikan Hiasan ni. Masuk percuma, dapat tengok ikan buntal, horseshoe crab, dan anak penyu comel. Anak pun suka, mak pun lega. 40 minit pun cukup puas hati!
Percutian anda belum lengkap jika tidak singgah ke tempat rare seperti Pusat Ikan Hiasan Port Dickson. Ini antara lokasi yang sesuai untuk lawatan sambil belajar di Negeri Sembilan, bukan sekadar percuma, malah penuh ilmu dan kecomelan hidupan laut. Terletak berhampiran Teluk Kemang, tempat ini ideal untuk singgah selepas aktiviti pantai atau trip santai bersama keluarga.
Jika anda sukakan tempat yang santai tetapi bermanfaat, ini adalah lokasi terbaik. Di sini terdapat akuarium mini, penyu, coral, dan juga spesis eksotik yang jarang dilihat. Anda boleh belajar sambil bergambar dengan ikan buntal dan anak penyu. Memang satu pengalaman yang unik.
Akuarium Mini & Spesies Eksotik
Antara tarikan utama di sini ialah akuarium yang menempatkan lebih 50 spesis ikan hiasan, coral yang berwarna-warni serta hidupan eksotik seperti moray eel, ikan batu dan horseshoe crab. Walaupun saiz tempat ini tidak besar, tetapi cukup untuk beri pengalaman marin sebenar yang memikat hati.
Terdapat juga papan info interaktif yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Tempat ini sangat sesuai untuk bergambar kerana pencahayaan yang baik. Akuariumnya juga dijaga rapi dan bersih, menjadikan lawatan lebih menyenangkan.
Penyu & Pendidikan Laut
Satu lagi tarikan yang mengujakan ialah inkubator penyu. Di sini anda boleh melihat anak penyu berenang sambil belajar tentang kitaran hidupnya. Anak-anak pasti teruja melihat penyu comel berenang dengan perlahan.
Tempat ini juga sesuai untuk rombongan sekolah. Terdapat banyak bahan visual dan info mesra pelajar yang memudahkan pemahaman. Ia seolah-olah sebuah mini muzium marin yang ringkas dan mudah diakses.
Tip awal, rancang lawatan di luar waktu rehat solat Jumaat kerana tempat ini akan ditutup seketika. Saiz pusat ini kecil sahaja dan lawatan sekitar 30 hingga 40 minit sudah memadai. Jangan sesekali menyentuh haiwan dalam akuarium walaupun kelihatan jinak dan comel.
Sangat ideal untuk keluarga bersama anak kecil, pelajar sekolah rendah, atau sesiapa yang sukakan lokasi simple tetapi memberi impak yang bermakna. Tidak perlu lama di sini, namun tetap terasa berbaloi. Sesuai juga dijadikan persinggahan selepas mandi laut atau berkelah di pantai.
Habis lawat ikan dan penyu, teruskan perjalanan ke Teluk Kemang Beach, ia merupakan tempat menarik nearby yang terkenal untuk aktiviti berkelah. Jika anda lapar, boleh cuba makan di Kafe Kampung Kaw atau Mient’s Burger yang terletak berhampiran. Trip sehari pun dah cukup puas hati!
Waktu Operasi:
Isnin-Khamis (9:00 pagi hingga 4:30 petang) | Jumaat rehat solat (12:15 tengah hari hingga 2:45 petang) | Sabtu & Ahad (10:00 pagi hingga 4:00 petang)
Harga Tiket:
Masuk adalah Percuma untuk semua pengunjung
Ladang Alam Warisan – Agro Sunnah Tradisional Seri Menanti
Lokasi: Jalan Kampung Tengah, Seri Menanti, Negeri Sembilan

Tip: Antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang buat jiwa rasa tenang tapi tetap power, bayangkan panah, berkuda dan sapa rusa sekali dalam satu lokasi. Macam trip ‘warrior kampung’ versi Instagram-able!
Ladang Alam Warisan memang lokasi agro tourism budaya yang ideal untuk anda yang mahu pengalaman tradisional dalam suasana desa. Terletak di Seri Menanti, ia padat dengan aktiviti sunnah seperti memanah dan berkuda, disamping elemen pendidikan flora dan fauna. Gabungan unik yang susah jumpa di tempat lain.
Tempat ini lengkap dengan aktiviti seperti memanah tradisional, horseback archery, zoo mini serta kenderaan agro yang bawa anda mengelilingi kawasan ladang. Sesuai untuk mereka yang nak tenang sambil belajar sesuatu yang baru.
Memanah Tradisional & Horseback Archery
Aktiviti memanah di sini bukan sekadar suka-suka. Ia satu seni dan latihan disiplin. Anda boleh pilih antara sesi santai atau program penuh mengikut minat dan bajet.
Horseback archery pula satu-satunya di Malaysia yang diiktiraf WHAF. Boleh cuba sendiri pengalaman menunggang kuda sambil memanah dalam suasana kampung yang damai.
Zoo Mini, Flora & Kenderaan Agro
Jika datang bersama anak-anak, zoo mini memang port yang sesuai. Mereka boleh beri makan haiwan seperti rusa dan kambing secara dekat serta selamat.
Anda juga boleh menaiki kenderaan agro sambil mengenali jenis tumbuhan tempatan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berinformasi untuk semua peringkat umur.
Cumanya, beberapa aktiviti seperti memanah berkuda atau melawat zoo mini mungkin ditangguhkan jika cuaca tidak mengizinkan. Jalan ke lokasi ini juga agak sempit dan berdebu, jadi sila pandu dengan berhati-hati.
Kalau anda jenis sukakan suasana alam, datang bersama keluarga besar, pelajar atau team pejabat, tempat ini memang sesuai. Ruangnya selesa dan aktiviti disusun untuk pelbagai lapisan umur.
Untuk lengkapkan lawatan, boleh singgah ke Istana Seri Menanti atau luangkan masa santai di Ulu Bendul yang tidak jauh dari sini. Dua-dua tempat menarik nearby ini memang patut anda explore sebelum balik.
Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad (9.00 pagi hingga 6.00 petang). Tutup pada hari Isnin kecuali untuk program khas.
Harga Tiket:
Dewasa: RM3 | Kanak-kanak: RM2 | Kumpulan ≥15 orang: RM5 seorang.
Kelip-Kelip Sungai Timun – Cruise Malam Rare Di Negeri Sembilan
Lokasi: Pangkalan Nelayan Sungai Timun, Linggi, Rembau, Negeri Sembilan

Tip: Tahu tak, buaya pun suka tengok kelip-kelip? Di Sungai Timun, kalau bernasib baik, anda boleh nampak dua-dua, satu glowing di pokok, satu lagi tengok anda dari tepi air. Tapi jangan risau, buaya kat sini pemalu.
Antara tempat menarik di Negeri Sembilan sekitar Rembau untuk aktiviti malam best ialah di Sungai Timun. Terletak di kawasan Linggi, lokasi ini terkenal dengan pengalaman river cruise pada waktu malam sambil menyaksikan kelip-kelip yang berkelip sakan.
Pakej yang ditawarkan agak menarik, termasuk aktiviti menanam pokok bakau, cruise senja dan pertunjukan cahaya semula jadi daripada makhluk kecil yang menawan ini.
Aktiviti bermula dengan sesi menanam pokok bakau atau bersantai sambil tunggu senja. Selepas itu, pengunjung akan menaiki bot dari jeti nelayan.
Sepanjang menyusuri sungai, suasana terasa sangat damai dengan hutan bakau yang mengelilingi serta peluang melihat buaya atau udang galah melompat. Udara malam yang segar dan bunyi alam semula jadi menjadikan pengalaman ini cukup menenangkan.
River Cruise Senja & Malam
Jika anda memulakan cruise ketika senja, pemandangan sepanjang Sungai Timun cukup memukau. Pokok bakau yang rimbun, bunyi cengkerik dan kehadiran fauna sungai menambahkan rasa eksotik sepanjang perjalanan.
Sekali-sekala, kelibat buaya air masin turut muncul.
Apabila malam benar-benar tiba, pokok-pokok di tepi sungai mula bercahaya. Ribuan kelip-kelip menghiasi hutan bakau, mencipta suasana seolah-olah berada dalam taman lampu semula jadi.
Ia kelihatan seperti pokok-pokok dihias dengan lampu LED kecil yang hidup sendiri. Memang magikal dan menenangkan.
Aktiviti Tanam Pokok Bakau
Sama ada sebelum atau selepas river cruise, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menanam anak pokok bakau. Ia sesuai untuk keluarga, rombongan sekolah mahupun program korporat.
Selain memberi pengalaman baru, aktiviti ini juga menyemai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.
Meskipun nampak mudah, aktiviti ini memberi impak besar. Ia memberi rasa kepuasan apabila dapat menyumbang sesuatu kepada alam dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Satu perkara penting untuk diambil kira, lawatan ke Sungai Timun bergantung pada faktor pasang surut air dan cuaca.
Bot juga terhad, jadi tempahan awal amat digalakkan. Jangan tunggu saat akhir kerana anda mungkin terlepas peluang jika cuaca tidak mengizinkan atau bot sudah penuh.
Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga, pasangan yang mencari kelainan atau pencinta alam semula jadi. Kalau anda sukakan aktiviti tenang di malam hari dan inginkan lokasi yang kurang sesak, ini memang tempat yang tepat.
Waktu Operasi:
Setiap hari (bergantung pada tempahan) | River cruise malam biasanya selepas Maghrib hingga 10 malam
Harga Tiket:
Pakej Dewasa: RM90 | Kanak-kanak (6-11 tahun): RM70 | Bawah 4 tahun: Percuma | Aktiviti: Tanam bakau, river cruise dan kelip-kelip
Tempat Bersejarah, Warisan & Muzium Menarik di Negeri Sembilan
Kalau anda rasa muzium tu tempat simpan barang lama yang berhabuk, meh sini nak betulkan mindset. Negeri Sembilan punya muzium bukan setakat pamer sejarah, tapi macam masuk Netflix versi budaya, ada istana kayu tak pakai paku, terowong komunis yang misteri, dan adat pepatih yang lebih kompleks dari formula matematik. Lepas keluar nanti, auto rasa bijak tahap ‘cikgu Sejarah gred A+’!
Muzium Negeri Sembilan – Warisan Budaya Minangkabau
Lokasi: Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Kalau nak feeling macam balik zaman Tok Nenek kita tapi dalam versi chill dengan aircond, Muzium Negeri Sembilan ni memang port paling legit. Boleh main congkak dalam rumah tradisional sambil selfie tepi tangga ukir kayu Minang.
Cuba bayangkan kalau rumah kampung boleh bercakap. Mesti banyak kisah menarik tentang sejarah, adat, dan kenangan lama yang akan dikongsi. Muzium Negeri Sembilan bukan sekadar ruang pameran berisi artifak lama. Dengan binaan Minangkabau yang unik, suasana di sini buatkan anda rasa macam berada dalam dunia warisan budaya yang masih hidup dan bernafas.
Tempat ini seperti kapsul masa Negeri Sembilan. Dari rumah tradisional berbumbung gonjong hingga ke galeri sejarah, semuanya bercerita tentang adat Perpatih dan identiti Minangkabau. Jika anda seorang yang suka belajar sesuatu yang bermakna semasa melancong, tempat ini sangat berbaloi untuk dilawati.
Rumah Tradisi & Istana Ampang Tinggi
Tarikan utama yang mencuri perhatian ialah rumah tradisional Minangkabau dengan seni ukiran kayu yang cantik dan struktur binaan yang asli. Istana Ampang Tinggi pula dipindahkan khas ke kawasan muzium untuk dijadikan contoh seni bina lama yang masih kukuh dan cantik. Reka bentuknya lengkap dengan tangga kayu dan siling tinggi yang klasik.
Selain keindahan seni bina, rumah ini dahulu digunakan untuk acara rasmi dan upacara adat. Bila melangkah masuk, suasananya terasa klasik seperti dalam filem hitam putih, cuma kali ini ada pencahayaan moden yang sangat cantik untuk bergambar.
Galeri Sejarah & Permainan Tradisional
Di galeri utama, pelawat boleh melihat koleksi kostum lama, alat muzik tradisional, dan senjata bersejarah. Setiap pameran disusun kemas dan interaktif, jadi tak membosankan. Banyak juga informasi tentang gaya hidup masyarakat terdahulu yang mudah difahami oleh semua peringkat umur.
Yang menarik, terdapat ruang untuk bermain congkak dan permainan Melayu lama yang boleh dicuba secara percuma. Ini buatkan lawatan ke muzium jadi lebih menyeronokkan, terutama bagi keluarga yang bawa anak-anak kecil. Aktiviti interaktif macam ni memang menghidupkan suasana muzium dengan cara yang lebih engaging.
Satu je nak ingatkan, muzium ni ada waktu rehat tengah hari dan kadangkala ada bahagian tertentu yang ditutup untuk penyelenggaraan. Jadi, elok rancang kunjungan sama ada waktu pagi atau selepas waktu rehat.
Jadi, tempat ini memang sesuai untuk pelajar, keluarga yang nak pendedahan budaya, pencinta sejarah atau sesiapa sahaja yang suka lokasi tenang dan berinformasi. Tidak sesak dan suasana pun selesa untuk pelancongan ringan yang padat dengan nilai.
Ha… sebelum balik, jangan lupa singgah Masjid Negeri Seremban yang terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari muzium. Antara aktiviti best yang boleh disambung ialah makan tengah hari di Melewar Kitchen atau jalan-jalan santai di Dataran Seremban. Barulah lengkap satu trip heritage Negeri Sembilan!
Waktu Operasi:
Selasa-Khamis, Ahad & Sabtu (9:00 pagi – 5:00 petang) | Jumaat (2:45 petang – 5:00 petang) | Isnin: Tutup
Harga Tiket:
Dewasa: RM6-10 | Kanak-kanak: Percuma
Muzium Diraja Seri Menanti – Istana Kayu Tanpa Paku
Lokasi: Jalan Istana Lama, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tip: Jangan jadi macam saya, drive jauh-jauh, sampai Seri Menanti tapi tak semak dulu sama ada muzium buka ke tak. Elok je tayar parking, tapi pintu berkunci sebab tengah penyelenggaraan. Mujur view dia tetap padu, jadi masih sempat feeling royal walaupun dari luar pagar!
Kalau anda tengah cari muzium menarik di Negeri Sembilan yang betul-betul rare dan penuh aura sejarah, Muzium Diraja Seri Menanti memang kena masuk dalam bucket list.
Dari kejauhan lagi sudah kelihatan istana kayu tradisional ini berdiri gagah, menjulang tinggi dengan seni bina Minangkabau klasik. Jika anda ingin merasai suasana zaman kesultanan Melayu, inilah tempatnya.
Bangunan ini bukan sekadar istana biasa. Ia merupakan istana rasmi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Besar satu ketika dahulu. Yang paling unik, binaan empat tingkat ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Semua sambungan dibuat menggunakan teknik pertukangan tradisional dengan kayu chengal dan belian, disokong oleh 99 batang tiang dan berdiri setinggi 67 kaki. Bagi penggemar sejarah atau seni bina tradisional, ini adalah sebuah lokasi yang sangat mengagumkan.
Istana Kayu Tradisional
Reka bentuk bangunan ini mengekalkan elemen Minangkabau dengan bumbung gonjong dan ukiran yang penuh perincian.
Tangga kayunya pula dibina tinggi dan curam, sebagai simbol kuasa dan kedudukan raja. Daripada sudut estetika hingga kepada strukturnya, semuanya mempunyai nilai dan cerita tersendiri.
Istana ini dahulu digunakan untuk acara rasmi seperti istiadat angkat sumpah, adat bersiram dan penerimaan tetamu diraja.
Apabila berada di dalamnya, anda akan dapat merasai suasana diraja yang autentik, gabungan kuasa, adat dan aura klasik masa silam.
Regalia Diraja & Batu Kasur
Di galeri pameran dalam istana, terdapat pelbagai regalia seperti pakaian rasmi raja, senjata, perabot asli serta ukiran kayu yang halus. Setiap satu pameran membawa simbolik dan cerita yang menarik untuk difahami oleh pelawat dari pelbagai lapisan usia.
Antara yang paling menarik ialah replika Batu Kasur dan Batu Bertikam, yang pernah digunakan sebagai alat uji raja sebelum ditabalkan.
Tradisi ini menunjukkan bahawa proses pemilihan raja zaman dahulu bukan sekadar formaliti, tetapi melibatkan adat dan cabaran fizikal yang unik.
Jadi, lokasi ini amat sesuai untuk peminat sejarah, penggemar fotografi serta sesiapa yang ingin melawat tempat klasik yang cantik dan penuh nilai warisan. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang suka lokasi berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.
Alang-alang melancong ke kawasan Seri Menanti, apa kata singgah sebentar di Masjid Diraja Tuanku Munawir atau teruskan ke Hutan Lipur Ulu Bendul yang tidak jauh dari sini.
Gabungan lawatan muzium dan lokasi sekitarnya boleh mencipta pengalaman bercuti di Negeri Sembilan yang santai dan bermakna.
Waktu Operasi:
Setiap hari (9:00 pagi – 5:00 petang) | Tutup untuk penyelenggaraan (semak dulu sebelum datang)
Harga Tiket:
Percuma
Muzium Lukut – Sejarah Timah & Kota Atas Bukit
Lokasi: Jalan Besar, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau datang waktu pagi, view dari tapak kota memang wow. Angin sejuk, boleh baring atas wakaf sambil minum kopi pekat. Boleh juga picnic simple dengan famili, vibe dia lain macam chill!
Kalau bercuti ke Port Dickson dan sedang mencari aktiviti menarik di Port Dickson yang bukan hanya melibatkan pantai, Muzium Lukut ini memang lokasi yang sangat sesuai.
Terletak di atas bukit Lukut, lokasinya cukup strategik untuk mereka yang suka sejarah, suasana tenang dan pemandangan yang menarik.
Gabungan muzium dan tapak kota lama ini sangat menarik untuk mereka yang suka sejarah. Bangunan muzium dua tingkat ini dahulunya merupakan pejabat daerah, kini menempatkan empat galeri yang menyusun informasi sejarah dengan cara yang menarik dan visual yang mudah difahami.
Galeri Sejarah & Galeri Nassau
Dalam Galeri Sejarah, pengunjung boleh mengenali kisah Lukut ketika zaman perlombongan bijih timah, termasuk peranan Raja Jumaat yang pernah mentadbir kawasan ini.
Galeri Nassau pula mempamerkan artifak yang ditemui dari kapal Belanda VOC yang karam, sesuatu yang jarang dilihat di muzium lain.
Seterusnya, di galeri Negeri Beradat dan Teknologi Tradisional, terdapat paparan budaya Negeri Sembilan.
Cara penyampaian dalam galeri ini sangat mesra pelawat, tidak membosankan dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.
Kota & Rekreasi Tapak Bersejarah
Sedikit pendakian membawa anda ke tapak kota lama yang dikelilingi taman, wakaf kayu dan ruang bersantai.
Lokasi ini bukan sahaja memberi peluang untuk belajar sejarah, malah juga tempat yang sesuai untuk berehat sambil menikmati angin bukit.
Dari atas kota, anda boleh lihat pemandangan Port Dickson yang cukup memukau. Tempat ini sangat sesuai untuk bawa anak-anak berkelah atau lepak bersama rakan-rakan sambil bergambar dengan latar belakang yang cantik.
Cuma perlu diingat, muzium ini bersaiz kecil dan jika anda ingin ke tapak kota, perlu mendaki sedikit. Waktu kunjungan juga perlu disemak terlebih dahulu terutamanya jika datang pada musim perayaan.
Sangat ideal untuk pelajar, keluarga yang membawa anak kecil atau sesiapa sahaja yang mahukan kandungan sejarah bergambar cantik. Banyak juga spot menarik untuk ambil gambar dalam suasana klasik.
Tak puas rasanya bercuti ke Port Dickson kalau tak singgah ke tempat bersejarah seperti ini. Selepas lawat Muzium Lukut, anda boleh teruskan perjalanan ke Pantai Port Dickson. Kombinasi lawatan bersejarah dan rehat santai seperti ini memang sempurna untuk lengkapkan percutian anda di Negeri Sembilan.
Waktu Operasi:
Setiap hari (9:00 pagi – 5:00 petang) | Tutup 1 Syawal & 10 Zulhijjah
Harga Tiket:
Percuma
Muzium Adat Jelebu – Adat Pepatih Dalam Muzium 4 Tingkat
Lokasi: Jalan Dato’ Ombi, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tip: Tahu tak, masa lawatan tempoh hari, terlupa cuci kaki ikut adat tradisional sebelum masuk. Nasib baik petugas tegur dengan lembut. Rupa-rupanya itu simbolik sebelum masuk rumah adat. Jadi, jangan lupa basuh kaki ya!
Ayuh mulakan perjalanan jika anda bercuti ke Negeri Sembilan dan ingin merasai sendiri budaya tradisional yang kaya. Muzium Adat Jelebu sememangnya destinasi wajib singgah.
Bangunannya mempunyai empat tingkat yang penuh dengan galeri memaparkan pelbagai adat masyarakat Malaysia secara visual dan interaktif. Bukan sekadar melihat, malah anda boleh alami dan pelajari.
Tingkat pertama menampilkan Galeri Kitaran Hidup yang memfokus kepada adat kelahiran, perkahwinan dan kematian.
Turut dipamerkan adalah adat perubatan serta muzik tradisional. Segala persembahan disusun dengan mesra pengunjung dan sesuai untuk keluarga serta pelajar yang ingin belajar dalam suasana santai.
Galeri Kitaran Hidup & Tradisi Melayu
Dalam galeri ini, pengunjung akan melihat sendiri bagaimana upacara tradisional dijalankan, bermula dari kelahiran sehingga ke kematian.
Turut dipaparkan ialah maklumat tentang rawatan tradisional dan alat muzik zaman dahulu. Menarik dan penuh pengajaran.
Galeri Adat Perpatih & Simbolik
Seterusnya, galeri ini mengetengahkan Batu Batikam dan Batu Baling yang menjadi simbolik penting dalam Adat Perpatih.
Selain itu, terdapat juga koleksi pakaian tradisional dan regalia yang menggambarkan adat Minangkabau di Negeri Sembilan dengan sangat jelas.
Tip awal, muzium ini agak besar dengan empat tingkat pameran. Jika anda ingin melawat setiap galeri, pastikan tenaga mencukupi.
Lebih baik sekiranya anda membuat tempahan lawatan berpandu untuk memahami dengan lebih mendalam setiap bahagian.
Senang cerita, tempat ini memang sesuai untuk pencinta budaya, pelajar yang sedang buat kajian, atau sesiapa sahaja yang mencari lokasi menarik untuk bergambar.
Paparan visual klasik serta nilai warisan di sini sangat menarik untuk dikongsi di media sosial.
Nak tambah seri percutian di Jelebu, anda boleh teruskan ke Jeram Toi atau singgah warung kampung berdekatan untuk menikmati kopi panas dan kuih tradisional.
Gabungan alam semula jadi dan budaya ini menjadikan percutian anda lebih lengkap dan bermakna.
Waktu Operasi:
Setiap hari (9:00 pagi – 5:00 petang) | Tutup Aidilfitri & Aidiladha
Harga Tiket:
Percuma
Galeri Diraja Tuanku Ja’afar – Warisan Diraja, Koleksi Rare!
Lokasi: Jalan Taman Bunga, Seremban, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kalau datang sini hari Isnin, memang boleh la selfie dengan pintu pagar je. Nak elak FOMO, check dulu jadual & datang hari buka. Paling best, plan sekali dengan trip makan cendol, baru feel!
Bila bercakap tentang tempat menarik di Negeri Sembilan sekitar Seremban untuk lawatan pada cuti sekolah, Galeri Diraja Tuanku Ja’afar ini memang bukan biasa-biasa.
Dari luar nampak macam muzium formal, tapi sebenarnya menyimpan sejuta kisah menarik yang tidak ramai tahu.
Tempat ini bukan sekadar cantik dan tenang, malah penuh dengan info berguna tentang sejarah negeri serta kehidupan Tuanku Ja’afar yang pernah memerintah selama lebih 40 tahun.
Bangunan galeri ini cukup elegan, dikelilingi taman hijau dan suasana nyaman yang menyenangkan mata. Di dalamnya terdapat sembilan ruang pameran yang menyusun kisah hidup baginda secara berperingkat.
Gambar-gambar lama semasa era penjajahan, pakaian diraja, hingga koleksi peribadi semuanya tersusun rapi. Siap ada lukisan hasil tangan Tuanku sendiri. Memang tak sangka, seorang raja pun ada jiwa seni yang halus!
Eksibit Hidup Tuanku Ja’afar
Pameran utama di galeri ini menyorot perjalanan hidup Tuanku, bermula dari zaman pengajian di luar negara hingga menjadi diplomat dan akhirnya diangkat sebagai Yang di-Pertuan Besar.
Bahagian ini dipenuhi visual menarik seperti gambar vintaj, surat rasmi serta pelbagai anugerah yang diterima baginda sepanjang hayatnya.
Jika anda sukakan tempat yang sarat dengan nilai sentimental, ruangan koleksi peribadi di sini wajib dilawati. Terdapat peralatan sukan seperti raket kriket dan golf, buku nota tulisan tangan, serta barangan kenangan dari lawatan rasmi ke luar negara.
Malah, kereta rasmi baginda model Rolls Royce juga turut dipamerkan dalam keadaan terjaga rapi. Memang jarang boleh tengok benda eksklusif begini secara dekat.
Lokasi Strategik + Aktiviti Santai
Lokasi galeri ini sangat strategik, tidak jauh dari pusat bandar. Selepas melawat, anda boleh terus berjalan kaki ke Taman Tasik Seremban atau Masjid Negeri.
Kombinasi budaya dan ketenangan menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti santai berunsurkan sejarah dan rohani.
Kawasan luar galeri juga tidak kurang menariknya. Terdapat tangga batu klasik, tiang berukir serta taman yang terjaga rapi. Ramai pengunjung datang bukan sahaja untuk belajar sejarah, tetapi juga untuk bergambar.
Spot OOTD dan fotografi perkahwinan memang banyak di sini. Waktu pagi dan petang pula, pencahayaan semula jadi memang cantik sangat.
Sangat ideal untuk lawatan keluarga, rombongan sekolah, atau individu yang memang minat dengan sejarah diraja.
Tempat ini juga mesra OKU, dan yang bawa anak kecil boleh senyum lebar sebab kanak-kanak bawah enam tahun masuk secara percuma. Berbaloi untuk semua lapisan umur!
Lengkapkan lawatan anda dengan singgah ke tempat menarik di Seremban yang berdekatan seperti Haji Shariff’s Cendol. Kedai legend Seremban ini hanya beberapa minit dari galeri.
Bayangkan habis lawat sejarah, terus layan cendol sejuk dengan pulut dan kacang. Trip sehari anda di Seremban memang kombo yang padu antara ilmu dan kenikmatan tekak!
Waktu Operasi:
Selasa – Ahad (10:00 pagi – 5:00 petang) | Isnin: TUTUP
Harga Tiket:
Dewasa: RM10 | Pelajar/OKU: RM5 | Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
Teratak ZA’BA – Menjejak Ilmu & Sejarah di Batu Kikir
Lokasi: Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan

Tip: Banyak lawatan sambil belajar pada cuti sekolah, jadi tidak fokus pameran sebab budak asyik tanya “apa benda ni?”. Disyorkan datang awal pagi sebelum tempat dipenuhi pelajar sekolah!
Kalau anda tengah mencari lokasi lawatan sambil belajar pada cuti sekolah, Teratak ZA’BA memang patut dimasukkan dalam senarai.
Terletak di Batu Kikir, rumah ini milik tokoh bahasa Melayu terkemuka, Za’ba. Suasana kampung, nilai sejarah dan pameran pendidikan menjadikan tempat ini cukup istimewa untuk seisi keluarga.
Galeri pameran menempatkan barang peribadi Za’ba seperti kaca mata, mesin taip, gramofon dan dokumen lama.
Walaupun susun aturnya ringkas, ia cukup memberi gambaran jelas tentang sumbangan besar beliau dalam dunia linguistik dan pendidikan.
Rumah Tradisional & Senibina Minangkabau
Bangunan ini masih kekal dengan struktur asal kayu chengal dan gaya bumbung Minangkabau.
Setiap sudut binaan menyerlahkan kehalusan seni bina Melayu klasik, lengkap dengan tiang-tiang kukuh dan hiasan kayu bermotifkan warisan tradisional.
Taman & Suasana Sekeliling
Taman di sekeliling teratak ini sesuai untuk duduk santai sambil baca info bergambar di infografik yang tersedia.
Kawasan terbuka ini memang sesuai untuk lawatan keluarga yang inginkan suasana rehat dan pendidikan serentak.
Apa-apa pun, sila ambil perhatian bahawa muzium ini agak kecil dan lawatan mungkin selesai dalam tempoh yang singkat.
Selain itu, info tempat makan dan ruang parkir kurang jelas. Elok semak maklumat terlebih dahulu untuk elak kekeliruan.
Jadi, tempat ini sangat sesuai untuk pencinta ilmu, pelajar dan keluarga yang ingin kenal lebih dekat sejarah bahasa Melayu serta perjuangan Za’ba. Ruang bergambar juga cantik dan klasik, sesuai untuk kenangan menarik di media sosial anda.
Jadikan penutup percutian anda dengan lawatan ke Air Terjun Serting Ulu atau bersantai di Jempol Lake Garden.
Kalau datang berdua, tempat ini juga sesuai untuk yang sedang berbulan madu yang suka tenang dan sejarah. Bonus: boleh singgah makan sedap di warung kampung sekitar!
Waktu Operasi:
10:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari
Harga Tiket:
Percuma
Muzium Tentera Darat Port Dickson – Terowong Komunis & Galeri Sejarah
Lokasi: Kem, Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kalau rasa terowong komunis ni biasa-biasa je, silap besar. Masuk dengan niat nak bergambar, tapi keluar macam baru lepas latihan ketenteraan. Peluh satu badan dan rasa macam tengah berlakon filem perang. Bawa tisu dan air mineral, ya!
Kalau ajak geng kaki sejarah, terutama yang minat warisan tentera, Muzium Tentera Darat Port Dickson adalah tempat menarik di PD yang wajib dimasukkan dalam senarai. Tempat ini bukan sekadar muzium biasa.
Di sini, anda akan dibawa seolah-olah masuk ke dunia masa lampau penuh info dan pameran berskala besar. Lokasinya pula sangat strategik, berdekatan dengan pantai dan pelbagai tarikan lain di sekitar Port Dickson.
Muzium ini menempatkan sembilan galeri utama yang menyingkap sejarah dari era Kesultanan Melayu hingga ke zaman tentera moden. Tarikan luar bangunannya juga memukau.
Terdapat pesawat, helikopter, kereta kebal dan pelbagai peralatan perang sebenar yang boleh dilihat dari dekat. Kalau anda suka tempat yang interaktif dan penuh visual, memang puas hati datang sini.
Terowong Komunis Bawah Tanah
Antara tarikan paling ikonik di sini ialah Terowong Komunis. Terletak di bawah tanah, dengan suasana gelap dan rekaan menyerupai suasana asal, pengalaman ini membolehkan anda merasai suasana zaman perang gerila.
Dihiasi dengan katil besi, radio lama, bendera dan props ketenteraan, ia menjadikan pengalaman ini sangat immersive. Suasana dalam terowong dilengkapkan dengan efek bunyi dan pencahayaan dramatik.
Ini bukan sekadar tengok, tapi anda akan benar-benar rasa seperti berada dalam set penggambaran filem perang. Antara spot paling menarik untuk mereka yang suka tempat berbeza dari biasa.
Galeri Sejarah & Pameran Luar
Dalam muzium utama pula, galeri-galeri disusun mengikut era seperti Belanda, British, Jepun dan era moden. Di dalamnya terdapat diorama, senjata, pakaian tentera dan pelbagai maklumat yang mudah difahami. Ia sangat sesuai untuk pelawat dewasa mahupun pelajar sekolah.
Di bahagian luar, terdapat pelbagai peralatan besar seperti helikopter, meriam, trak dan jet tempur yang boleh dilihat dengan dekat. Port ini sangat sesuai untuk bergambar atau hasilkan video TikTok bertema sejarah. Pendek kata, ini tempat rare yang wajib dilawati jika anda berada di Port Dickson.
Satu je nak ingatkan, kalau datang masa cuti umum atau musim sekolah, tempat ni memang ramai orang. Parkir pun boleh jadi susah. Beberapa kemudahan seperti tandas atau pameran tertentu juga mungkin sedikit uzur, tapi keseluruhannya tetap menarik dan berbaloi untuk dikunjungi.
Sangat ideal untuk keluarga, pelajar, penggemar sejarah ketenteraan, atau sesiapa yang inginkan pengalaman cuti yang bermakna. Kalau datang seorang pun, masih sesuai untuk tenangkan fikiran sambil menambah ilmu baru.
Kata orang, menyelam sambil minum air. Jadi sebelum balik, apa kata anda singgah ke Kota Lukut yang hanya 6 kilometer dari sini. Sebuah lagi tapak bersejarah yang sangat sesuai untuk cuti hujung minggu anda. Tambah ilmu dan tambah kenangan dalam satu trip!
Waktu Operasi:
Rabu hingga Ahad (10:00 pagi hingga 5:00 petang) | Isnin dan Selasa: Tutup
Harga Tiket:
Dewasa: RM2 | Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM1 | Bawah 6 tahun: Percuma | Warga Asing Dewasa: RM5 | Warga Emas & OKU: RM1
Replika Istana Raja Melewar – Warisan Diraja & Budaya Adat Rembau
Lokasi: Kampung Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan

Tip: Datang sini bukan sekadar tengok kayu dan dinding, tau. Kalau makcik bawang tengok ukiran istana ni, confirm puji “cantik padu, kemas kerja tukang dia.” Tapi serius, vibe tempat ni memang lain macam. Bawa tripod, pakai baju kurung cotton, posing macam raja sehari. Auto masuk mood zaman dulu-dulu.
Sempurnakan trip cuti cuti anda ke Negeri Sembilan dengan singgah ke Replika Istana Raja Melewar. Ini salah satu muzium bersejarah Rembau yang underrated tetapi sarat dengan nilai seni dan warisan.
Terletak di Kampung Astana Raja, lokasi ini memang tenang, tradisional dan dikelilingi alam hijau yang mendamaikan.
Bangunan replika istana ini akan buat anda rasa seperti melangkah masuk ke zaman raja-raja Minangkabau. Reka bentuk kayu tradisional lengkap dengan bumbung melengkung serta ukiran yang teliti.
Jika anda penggemar seni bina klasik atau ingin dedahkan anak kepada sejarah tempatan, tempat ini memang sesuai untuk dikunjungi.
Ruang Istana & Barangan Tradisional
Bahagian dalam istana menampilkan ruang singgah rasmi yang dihias dengan perabot kayu jati dan lukisan potret Raja Melewar.
Tangga dan lantai kayu yang berkilat bukan sekadar hiasan, malah hasil seni tukang lama yang masih relevan dan mengagumkan.
Di galeri sebelah pula, anda akan temui koleksi barangan klasik seperti lesung kaki, congkak, serta alatan pertanian lama.
Walaupun info label agak ringkas, ia cukup untuk membawa anda menyelami kenangan zaman dahulu. Beberapa barang juga boleh disentuh, menjadikan lawatan ini lebih interaktif terutama untuk anak-anak.
Galeri Budaya & Cerita Perpatih
Untuk anda yang ingin faham lebih mendalam tentang sistem Undang Luak dan peranan Raja Melewar dalam sejarah Negeri Sembilan, galeri budaya di sini sangat membantu.
Terdapat maklumat tentang peta kawasan luak, adat perpatih dan asal-usul pentadbiran tradisional.
Paparan visual dan maklumat yang disusun dalam bentuk galeri mini menjadikan tempat ini sesuai untuk lawatan ringkas tetapi bermakna.
Sangat ideal sebagai persinggahan sebelum anda meneruskan perjalanan ke destinasi lain di sekitar negeri ini.
Nak datang sini memang perlukan sedikit usaha. Jalan masuk agak kecil dan papan tanda pun tidak banyak.
Tapi jika anda suka tempat yang damai dan tradisional, tempat ini sangat sesuai. Ruang muzium juga tidak terlalu besar, jadi anda tidak perlukan masa lama untuk pusing semua kawasan.
Tempat ni sangat ideal untuk pelajar sejarah, pencinta budaya tempatan atau keluarga kecil yang mahu keluar dari kesibukan tempat tumpuan ramai. Jika anda sukakan destinasi yang penuh elemen nostalgia dan nilai warisan, lokasi ini pasti beri pengalaman yang berbeza.
Habis lawat istana, jangan terus balik. Teruskan aktiviti menarik dengan singgah ke Kubur Raja Melewar yang terletak berdekatan. Ia sambungan naratif sejarah yang melengkapkan lawatan anda, sesuai untuk trip yang pendek tetapi bermakna.
Waktu Operasi:
Setiap hari (10:00 pagi hingga 6:00 petang) | Rehat Jumaat: 12:00 tengah hari hingga 2:45 petang
Harga Tiket:
Percuma
Taman Tema & Tempat Menarik di Negeri Sembilan Untuk Riang Ria Keluarga
Kalau anak-anak dah start buat muka bosan masa cuti, inilah masa nak bawak mereka ke taman tema dan galeri family-friendly paling havoc di Negeri Sembilan. Dari mandi air panas sambil jerit “sejuk!” di Wet World Pedas, sampailah ke rumah terbalik yang buat kepala rasa macam ‘loading 404 error’, confirm satu family gelak guling. Nak OOTD dalam galeri ilusi pun ada, siap boleh tipu kawan kata tengah floating dalam dunia avatar. Janji satu jer, jangan lupa bateri phone kena full!
SnowLim Wonderland – Taman Salji Indoor Seremban Paling Ajaib
Lokasi: Jalan Haruan 2, Pusat Komersil Oakland, Seremban, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kalau tak mampu ke Switzerland, SnowLim pun cukup. Jaket dah sedia, tapi kalau nak tahan sejuk lebih lama, jangan lupa bawa sarung tangan sendiri. Telinga pun jangan dibiarkan beku ya!
Apabila kaki melangkah masuk ke SnowLim Wonderland, terus terasa macam teleport ke negara empat musim.
Suasana sejuk beku dan rekaan dalaman bersalji menjadikan tempat ini salah satu aktiviti menarik di Seremban bersama kanak-kanak yang wajib dicuba.
Taman salji ini bukan sekadar tempat lawatan, malah lokasi penuh aksi untuk keluarga cipta memori sejuk yang luar biasa.
Aktiviti Salji Penuh Aksi Dalam Suhu Ekstrem
SnowLim menawarkan pengalaman interaktif yang sukar nak jumpa di tempat lain. Antara tarikan utama ialah gelongsor ais dan snow tubing yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Suhu sekitar -15 Celsius menjadikan pengalaman ini terasa seperti berada di luar negara.
Lebih menarik lagi, terdapat merry-go-round dalam suasana salji dan snowball fight yang boleh disertai seisi keluarga.
Ruang permainan dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni. Ini menjadikan pengalaman di sini lebih magical dan fotogenik. Kalau suka bergambar, memang puas hati.
Ukiran Ais & Frozen Cafe Yang Instaworthy
Bukan setakat aktiviti lasak, pengunjung juga boleh nikmati seni ais yang memukau. Ada galeri ais yang mempamerkan ukiran haiwan kutub dan rekaan istana bersalji.
Selepas itu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Frozen Cafe bagi merasai pengalaman makan atas meja dan kerusi yang diperbuat daripada ais sebenar.
Tempat ini sangat sesuai untuk keluarga dan juga rombongan sekolah. Jaket sejuk disediakan secara percuma, tetapi sangat disarankan untuk membawa sarung tangan, stokin tebal dan topi sendiri.
Bagi yang berani mencuba sesuatu yang lain, boleh cuba ice curling atau bowling gaya kutub yang rare.
Walaupun tempat ini menyeronokkan, suhu yang sangat sejuk dan kod pakaian wajib mungkin membuatkan sesetengah pengunjung rasa kurang selesa.
Anak kecil yang ada masalah pernafasan juga perlu dipantau. Rancang waktu lawatan sebaiknya untuk pengalaman yang lebih selesa dan menyeronokkan.
Jika anda sedang mencari tempat menarik indoor di Seremban yang menyeronokkan, selesa dan luar biasa, tempat ini memang sesuai.
Sama ada pasangan muda, keluarga besar atau guru yang merancang lawatan pelajar, SnowLim boleh jadi destinasi bonding yang menarik. Tidak kira musim, salji tetap turun di sini.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat (11.00 pagi hingga 8.00 malam) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (11.00 pagi hingga 9.00 malam)
Harga Tiket:
Dewasa: RM60 | Kanak-kanak: RM50
Wet World Pedas – Taman Tema Air Ada Hot Spring
Lokasi: Lot 603, Jalan Tampin, Pedas, Negeri Sembilan

Tip: First timer datang sini biasanya pelik kenapa taman tema air buka lepas Zohor. Jawapannya, tempat ini ada dua vibe berbeza. Siang hari suasana biasa saja, tetapi bila malam menjelma, terasa macam waterpark versi romantik sambil tengok bulan!
Anda pernah rasa pengalaman di taman tema air yang buka petang hingga ke tengah malam? Wet World Pedas Adventure Park memang lain macam jadualnya.
Keistimewaannya bukan hanya pada gelongsor air, tetapi juga adanya kolam air panas semula jadi yang rare. Tambahan pula, taman tema ini mesra bajet dan sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.
Kalau cuaca panas pun tak risau kerana air panas semula jadi ini memang sedap untuk badan, rasa macam spa outdoor!
Apa Menarik ?
Gabungan aktiviti air dan darat menjadikan tempat ini sangat unik. Ada gelongsor air pelbagai saiz, taman main air interaktif untuk kanak-kanak serta trampoline yang pasti menceriakan anak-anak.
Hot Springs Pedas ialah tarikan utama yang wajib cuba. Kolam air panas semula jadi ini telah lama wujud, kemudian dinaik taraf sebagai spot santai yang memberi rasa lega dan relaxing tahap zen!
Selain itu, ada juga aktiviti darat seperti wall climbing dan ‘bouncing clouds’. Semuanya sesuai untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Zon khas juga tersedia untuk anak kecil supaya ibu bapa boleh bersantai tanpa risau.
Harga tiket pula sangat berpatutan. Dengan hanya sekitar RM15 hingga RM25, anda boleh nikmati hari yang penuh aktiviti menyeronokkan, dan semestinya sangat berbaloi dengan vibe ala staycation!
Jadi, jika anda sedang mencari destinasi percutian yang fun dan sesuai untuk semua ahli keluarga, tempat ini memang spot healing terbaik.
Kalau nak tahu, waktu paling sesuai untuk datang ialah pada hari bekerja. Suasana lebih tenang, barisan lebih pendek dan semua permainan boleh dicuba tanpa menunggu lama. Tapi pastikan datang selepas jam 3 petang sebab itu waktu taman mula beroperasi.
Bila dah habis main air dan perut mula minta diisi, singgah ke tempat makan berdekatan. Ada Warung Pedas Hotpot dengan pilihan steamboat tempatan, Kedai Makan Ramai untuk hidangan nasi lemak, dan gerai burger serta waffle bagi yang nak snek ringan.
Nak tempat menginap yang dekat juga senang dicari. Contohnya, Wet World Resort Air Panas Pedas (ada kolam air panas dan sesuai untuk healing trip), Hotel Seri Menanti (gaya klasik dengan lokasi strategik), dan Homestay Kampung Pedas (suasana kampung yang tenang dan asli). Pilih ikut selera dan bajet, semua ada!
Waktu Operasi:
Setiap hari (3.00 petang – 12.00 tengah malam) | Tutup Rabu kecuali cuti umum/sekolah
Harga Tiket:
Dewasa: RM15 | Kanak-kanak: RM25 | OKU/Warga Emas: RM15 | Bawah 2 tahun: Percuma
Wild West Cowboy PD – Taman Tema Indoor Mesra Keluarga
Lokasi: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau anak tengah ‘menggelupur’ nak main tapi hujan pula turun, bawa masuk saja ke sini. Daripada basah kuyup di pantai, lebih baik berpeluh sebab ketawa dalam 5D cinema sambil pakai spek gempak!
Tak perlu cari jauh-jauh, sebab taman tema di Port Dickson yang mesra keluarga ini terletak dalam bangunan! Wild West Cowboy Theme Park ini memang menarik.
Dengan suasana koboi ala Texas, tempat ini indoor dan sangat sesuai untuk lawatan waktu hujan, musim panas, atau hari anak-anak tengah aktif luar biasa.
Di sini terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Dari 5D dan 7D motion cinema dengan kesan khas hinggalah ke escape game penuh cabaran.
Jika datang bersama keluarga atau kumpulan, memang boleh penuhkan masa dengan ketawa, jeritan seronok dan sesi bergambar dalam suasana berhawa dingin.
Cinema & Arcade Dalam Bangunan
Salah satu tarikan paling menarik ialah 5D dan 7D cinema. Anda boleh pilih tayangan bertema zombie, animasi atau aksi.
Kerusi akan bergerak dan digabungkan dengan angin, cahaya serta bunyi yang menjadikan pengalaman ini sangat imersif.
Bagi anak-anak yang lebih suka aktiviti santai, mereka boleh mencuba permainan arked dan carousel yang berwarna-warni.
Ruang ini memang sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun atau yang tidak gemar permainan mencabar.
Escape Room & Laser Tag
Escape room di sini sangat menarik dengan tema mummy, rumah berhantu dan galaksi. Jalan cerita yang digunakan cukup kreatif, dan ramai pelawat berkongsi bahawa pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan.
Bagi remaja atau ibu bapa yang ingin mencuba aktiviti lebih aktif, permainan laser tag adalah pilihan ideal.
Ia berlangsung dalam ruang tertutup yang selamat, sesuai untuk sesi bonding bersama keluarga dan memberi peluang anak-anak merasa seperti ejen rahsia.
Tak semua orang tahu bahawa tempat ini hanya beroperasi pada hujung minggu atau cuti sekolah. Untuk hari biasa, pelawat perlu membuat tempahan awal.
Selain itu, ada kalanya beberapa permainan tidak beroperasi. Jadi, adalah lebih baik jika anda menyemak terlebih dahulu sebelum datang.
Sesuai dikunjungi oleh keluarga dengan anak-anak kecil, pasangan muda serta remaja yang inginkan hiburan indoor. Jika datang bersama rombongan, pengalaman di sini pasti menyeronokkan dan berbaloi.
Dah puas bermain di taman tema, anda boleh singgah ke Alive 3D Art Gallery yang terletak hanya beberapa langkah dari sini.
Lokasi ini juga sangat mesra keluarga dan menampilkan pelbagai lukisan ilusi optik yang menarik, sangat sesuai untuk melengkapkan percutian anda dengan gambar kenangan yang unik dan menyeronokkan.
Waktu Operasi:
Hujung minggu & cuti umum: 10:00 pagi – 7:00 malam | Selasa-Jumaat: tempahan awal sahaja
Harga Tiket:
Dewasa: RM44 (RM48 walk-in) | Kanak-kanak/Senior: RM40 (RM52 walk-in) | Bawah 90cm: Percuma
Rumah Terbalik Port Dickson – Port Unik Tangkap Gambar ‘Mind-Blown’
Lokasi: No 15, Jalan Kemang 13, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Nak rasa dunia terbalik tanpa perlu pegang dinding? Masuk saja Rumah Terbalik PD ini, terus terasa macam hidup anda baru saja dibolak-balik oleh graviti. Lagi kelakar kalau kepala tengah pening sebab tak sempat sarapan!
Dah penat bergambar biasa di pantai dan kafe? Rumah Terbalik Port Dickson ini memang patut masuk dalam wishlist anda.
Galeri gambar 3D yang ada di sini memang luar biasa. Rumah ini lengkap dengan perabot, semuanya dipasang terbalik, dari dapur hingga ke bilik air.
Apa Menarik ?
Rumah ini bukan sekadar hiasan. Ia adalah galeri interaktif dengan bilik 3D dan lukisan optical illusion yang membuatkan gambar anda kelihatan terapung, terbalik atau seolah-olah masuk ke dunia lain. Staf juga membantu anda untuk bergambar dari sudut terbaik supaya hasilnya memuaskan.
Tempat ini dilengkapi penghawa dingin, sesuai untuk semua peringkat umur. Sama ada datang dengan pasangan, kawan atau keluarga kecil, tempat ini sangat menyeronokkan.
Anda juga tidak perlu risau tentang cuaca kerana segalanya dilakukan dalam bangunan tertutup.
Sangat sesuai jika anda jenis suka ambil gambar menarik untuk dikongsi di media sosial. Tempat ini ringkas tetapi penuh dengan pengalaman menarik.
Sesuai juga dijadikan destinasi singgah sementara menunggu masa check-in hotel.
Kalau nak datang sini, anda kena tahu satu perkara. Ruang galeri ini agak kecil. Jika datang pada waktu puncak, pengunjung perlu menunggu giliran untuk bergambar.
Andai kata anda belum puas bergambar, boleh teruskan ke Pantai Teluk Kemang atau Muzium Tentera PD. Dua-dua tempat menarik di Port Dickson yang popupar ini memang sangat berdekatan, jadi lebih berbaloi untuk dilawati sekali gus. Atau singgah ke restoran Seri Mesra Ikan Bakar kalau sudah tiba waktu makan.
Nak booking penginapan? Pilih antara Lexis Hibiscus (tepi pantai, kolam persendirian), Thistle Resort (resort bajet dengan pelbagai aktiviti keluarga) atau Pacific Regency (lokasi strategik tengah bandar, dekat dengan restoran). Semua ini merupakan tempat menginap yang mudah diakses dan sesuai dengan pelbagai bajet.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10:00 pagi – 8:00 malam
Harga Tiket:
MyKad: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15 | Warga emas RM15
Tanpa MyKad: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM20 | Warga emas RM20
Alive 3D Art Gallery – Port Bergambar OOTD Dalam Dunia Ilusi
Lokasi: Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau anda jenis suka bergambar sakan depan kamera tapi tak tahu nak pergi mana, masuk galeri ni memang rasa macam jadi pelakon filem aksi, monster atau alien dalam dunia 3D. Tak perlu risau malu, sebab semua orang yang datang sini pun memang niat nak posing puas-puas!
Sempurnakan trip cuti cuti anda dengan singgah ke Alive 3D Art Gallery yang merupakan antara tempat menarik di Port Dickson yang selalu viral untuk acara OOTD sekeluarga.
Bukan sekadar tempat lepak bergambar, tapi galeri ilusi moden ini memang penuh dengan vibe kelakar dan kreatif. Lokasinya pula sangat mudah diakses, terletak dalam kawasan Dataran Segar yang memang strategik.
Tempat ini dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu Trick Art, Glow in the Dark dan Optical Illusion. Setiap sudut direka untuk hasilkan gambar luar biasa dan lain daripada biasa. Kalau anda datang dengan keluarga atau geng sahabat, memang wajib bawa power bank dan memori tambahan!
Gambar 3D Interaktif & Bilik Ilusi
Dalam ruang pameran 3D, terdapat lebih daripada 50 mural kreatif dengan pelbagai tema termasuk dunia fantasi, aksi ganas dan ilusi kartun. Anda boleh posing seperti sedang dikejar T-Rex, duduk atas motosikal terbang atau berdiri atas jambatan gantung yang nampak seolah-olah betul-betul ada jurang di bawah.
Masuk pula ke bilik ilusi, suasananya memang buat mata keliru dan mulut gelak. Ada bilik kepala terapung, kerusi bersaiz gergasi dan ruang terbalik yang buat anda rasa macam sedang berjalan di siling. Kanak-kanak pasti teruja dan orang dewasa pun boleh jadi budak semula sekejap!
Glow in The Dark & Tarikan Sekeliling
Zon Glow in the Dark memang berbeza daripada biasa. Dipenuhi dengan lukisan neon dan cahaya UV yang menyala dalam gelap, ia mencipta suasana unik dan sangat sesuai untuk rakaman video estetik atau gambar gaya konten media sosial. Efek cahayanya memang nampak rare dalam kamera.
Satu lagi kelebihan lokasi ini ialah ia terletak sangat hampir dengan Wild West Cowboy Theme Park. Jadi anda boleh gabungkan kedua-dua destinasi dalam satu trip. Di sekitar kawasan ini juga terdapat banyak pilihan tempat makan halal dan tempat letak kereta yang lebih mudah jika datang awal pagi.
Tapi biasalah, bila masuk musim cuti sekolah atau hujung minggu, tempat ini memang jadi tumpuan ramai. Kawasan letak kereta agak terhad, pencahayaan di sesetengah sudut mungkin kurang sesuai untuk kamera biasa, dan kadangkala perlu beratur lama untuk ambil gambar di spot popular.
Ideal untuk keluarga bersama anak-anak kecil, pasangan yang gemar ambil gambar romantik, atau geng kawan yang cari tempat santai untuk hilangkan stres hujung minggu. Memandangkan tempat ini indoor, anda tak perlu risau hujan atau cuaca panas.
Habis bergambar sakan dalam galeri, jangan terus gerak balik. Jom explore tempat makan menarik berdekatan seperti Mios Kitchen yang popular dengan menu barat dan fusion, atau Nasi Kukus MyMama untuk rasa lauk pedas yang berapi. Nak menginap? D’Wharf Hotel ada kolam infiniti, Avillion ada villa atas air, manakala Lexis Hibiscus pula ada kolam renang peribadi dalam setiap bilik!
Waktu Operasi:
Setiap hari (10.00 pagi – 7.00 malam)
Harga Tiket:
Dewasa: RM20 (MyKad) | RM25 (Pelancong asing) | Kanak-kanak: RM15 (MyKid) | RM20 (Pelancong asing) | Warga emas & OKU: RM15
Lorong Seni Seremban – Galeri Mural Jalanan Lengkap Untuk Fotografi
Lokasi: 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Nak kalau selfie kena padankan baju dengan mural? Bawa selendang atau t‑shirt colourful. Warning: puru tepi tu jangan sampai jumpa ‘insta-zilla’ yang tiba‑tiba muncul masuk frame!
Terletak di tengah bandar Seremban, tempat ini merupakan salah satu tempat menarik di Seremban untuk fotografi outdoor dengan subjek mural 3D yang kreatif.
Lorong seni ini mempamerkan lebih 40 mural bertemakan budaya, sejarah dan kreativiti tempatan. Ia lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti street photography dan sesi OOTD santai bersama keluarga atau rakan-rakan.
Lorong ini sepanjang kira-kira 250 meter dan penuh dengan warna-warni. Setiap lukisan mempunyai vibe tersendiri.
Artis tempatan mengambil inspirasi daripada cerita tempatan, menjadikan setiap sudut di lorong ini unik dan berbeza.
Tarikan Utama & Aktiviti
Pengunjung boleh berjalan santai sambil merakam gambar-gambar kreatif. Dari lukisan klasik hingga ilustrasi moden, setiap bahagian menawarkan peluang bergambar yang berbeza.
Sesuai untuk anda yang gemar bermain dengan sudut dan komposisi.
Menariknya, sesekali pengunjung juga boleh bertemu pelukis tempatan yang hadir di lokasi. Mereka boleh berkongsi cerita di sebalik karya seni yang terpapar, menjadikan lawatan ini lebih interaktif dan bermakna.
Kombinasi Cafe & Street Art
Selesai sesi fotografi, anda boleh singgah ke Coffeholic Cafe atau Bunga & Gula Cafe, kedua-duanya hanya beberapa minit berjalan kaki. Sesuai untuk berehat, minum kopi dan sambung sesi bergambar dalam suasana santai.
Kafe-kafe ini menawarkan suasana yang estetik, sesuai untuk sambung sesi OOTD atau hanya menikmati vibe urban yang tenang. Lokasi ini sangat ideal untuk pelan hujung minggu yang relaks tetapi penuh isi.
Tetapi, perlu diberi perhatian bahawa lorong ini agak sempit dan kadang-kadang mural tertutup oleh kenderaan yang diparkir. Keadaan juga boleh menjadi sesak terutama waktu puncak, jadi sebaiknya datang pada waktu pagi atau lewat petang.
Pendek kata, tempat ini sangat sesuai untuk pencinta seni jalanan, peminat fotografi atau sesiapa yang mahu merasai pengalaman urban yang unik di tengah bandar tanpa perlu ke lokasi sesak.
Takkan nak balik terus lepas bergambar kan? Lengkapkan lawatan anda dengan singgah ke Galeri Diraja Tuanku Ja’afar atau berehat di Taman Tasik Seremban yang terletak berdekatan. Dua-dua lokasi ini juga best untuk dijadikan spot instagrammable sebelum pulang.
Waktu Operasi:
Buka 24 jam setiap hari
Harga Tiket:
Masuk adalah percuma untuk semua pengunjung
Tempat Hiking & Rekriasi Mesra Keluarga di Negeri Sembilan
Cuba bayangkan anda jalan-jalan dalam hutan sambil dengar bunyi unggas dan burung berkicau macam sound effect YouTube. Trek-trek hiking di Negeri Sembilan ni bukan semua jenis hardcore sampai lutut berbunyi, tapi cukup ngam untuk family outing sambil bakar kalori roti canai. Dari pokok gergasi sampai view laut padu, siap ada port birdwatching untuk feeling-feeling National Geographic sikit.
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan – Nature Walk Rare Tepi Laut
Lokasi: Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Jangan terkejut kalau burung kat sini tengok balik bila kita pandang. Bukan sebab lawa, tapi sebab dia pun pelik manusia sanggup hiking time panas demi view! Bawa glove, bawa air, bawa semangat.
Jika ini pertama kali anda dengar tentang tempat menarik di Port Dickson yang ada hutan, pantai, rumah api dan pemandangan sunset yang memang luar biasa, maka Hutan Rekreasi Tanjung Tuan wajib ada dalam senarai.
Port Dickson bukan sekadar lokasi pantai semata-mata. Hutan ini memang unik kerana satu-satunya hutan rekreasi tepi laut di Malaysia.
Hutan ini menyimpan pelbagai tarikan menarik. Antaranya trek mendaki yang sesuai untuk semua tahap, pantai tersembunyi yang hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki, dan rumah api tinggalan sejarah.
Gabungan elemen alam semula jadi dan sejarah menjadikan tempat ini pilihan tepat untuk sesi healing yang sebenar.
Trek Bukit Batu Putih
Naik ke puncak Bukit Batu Putih adalah antara aktiviti wajib bila datang ke sini. Trek ini tidak terlalu mencabar tetapi cukup untuk buat lutut bergoyang.
Sampai sahaja di atas, pemandangan Selat Melaka dari batu putih memang mengagumkan. Suasana tenang dengan bunyi ombak dan tiupan angin menambah rasa damai.
Waktu petang sangat sesuai untuk ke puncak kerana cuaca lebih redup dan anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam.
Namun, perlu berhati-hati kerana batu tajam dan laluan menjadi licin selepas hujan. Disarankan memakai sarung tangan serta kasut yang mempunyai cengkaman baik.
Pantai & Rumah Api Cape Rachado
Selepas mendaki, anda boleh berehat di Monkey Bay, iaitu pantai tersembunyi yang memberikan suasana seperti pantai peribadi.
Ramai pelawat yang datang membawa tikar dan berkelah di tepi air. Jika air surut, tempat ini sesuai untuk aktiviti santai seperti berendam atau sekadar menikmati suasana.
Rumah Api Cape Rachado pula terletak di atas tebing dan memberi sentuhan klasik kepada lokasi ini. Walaupun pelawat tidak dibenarkan masuk, kawasan sekitarnya tetap menarik.
Terdapat juga info sejarah mengenai pertempuran laut yang berlaku antara Belanda dan Portugis pada tahun 1606 di kawasan ini.
Satu je nak ingatkan, laluan ke sesetengah kawasan agak curam dan terdapat pagar yang rosak. Tambahan pula, tiada pengangkutan awam yang sampai ke sini.
Jadi, lebih baik memandu sendiri dan datang bersama rakan atau keluarga untuk keselamatan.
Sangat sesuai untuk pencinta alam semula jadi, pasangan yang mencari lokasi tenang atau pengembara solo yang ingin menjauh dari kesibukan bandar.
Jika anda gemar nature walk dan bird watching, tempat ini pasti memberi pengalaman yang bermakna.
Alang-alang bercuti di PD, anda boleh pertimbangkan untuk bermalam di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort.
Lokasinya sangat dekat dan menawarkan pemandangan sunset yang memukau serta restoran halal untuk kemudahan pelawat. Banyak lagi aktiviti menarik boleh diterokai di sekitar kawasan ini sebelum pulang.
Waktu Operasi:
Setiap hari (7.00 pagi – 6.00 petang) | Sabtu-Ahad (hingga 7.00 petang)
Harga Tiket:
Dewasa: RM1 | Kanak-Kanak: Percuma
Taman Alam Liar Negeri Kenaboi – Syurga Hutan Tropika Dan Air Terjun Menawan
Lokasi: Jalan Kampong Ulu Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan

Tip: Apabila anda terharu sebab tiba-tiba jumpa rama-rama Rajah Brooke dan bunyi air menenangkan, itu bukan kebetulan. Ini memang ‘nature therapy’ tulen! Bawa pakaian cepat kering dan kasut grip supaya anda siap sedia untuk kejutan air terjun.
Apabila anda terfikir “nak escapeke hutan tebal” tetapi malas nak drive jauh, Taman Alam Liar Negeri Kenaboi adalah pilihan yang tepat. Pintu masuknya memberikan vibe eco-adventure dengan pokok tinggi, udara segar dan jejak semula jadi yang sangat sesuai untuk kaki natura.
Apa Menarik?
Trekking di hutan tropika sambil lalu sungai jernih adalah pengalaman yang menyegarkan. Anda akan jumpa flora unik seperti orkid liar dan rama-rama Rajah Brooke, memang cantik untuk sesiapa yang hobi fotografi nature.
Lata Kijang yang setinggi 80 meter memang memukau. Seterusnya, jeram Berungut pula sesuai untuk anda yang suka cabaran air deras dan trek lasak. Kedua-dua tempat ini sangat padu untuk rasa wilderness sebenar.
Wildlife spotting pun syok, selain burung enggang, kawasan ini memang popular dengan fauna hutan asli. Suara unggas pagi dan panorama hijau memberikan kesan meditatif yang terbaik untuk reset minda.
Masuk cuma RM5 sahaja, murah gila untuk pengalaman seharian. Kalau nak pakej lengkap, HQ taman sediakan campsite, dorm dan chalet, lengkap dengan surau dan tandas, menjadikan trip lebih selesa dan convenient.
Jika anda plan bawa family atau kawan-kawan yang suka chill dan enjoy nature, tempat ini memang ngam. Trail tidak terlalu ekstrim, jadi sesuai untuk semua peringkat umur yang sukakan aktiviti luar santai.
Namun begitu, jangan pandang ringan. Laluan berbatu dan jambatan kayu ada bahagian licin selepas hujan. Jadi, sediakan kasut yang sesuai dan pastikan anda rancang laluan betul-betul.
Mahu bermalam? Pilihan hotel nearby seperti Homestay Desa Kuala Klawang (suasana kampung dan dekat dengan taman), Jelebu Resort Bajet (bajet dan kemudahan asas), serta Tapak Khemah Taman Negeri (outdoor vibes dan bajet-friendly).
Waktu Operasi:
8:00 pagi hingga 6:00 petang, daftar permit di pondok ranger sebelum masuk.
Harga Tiket:
Permit: RM5/pax | Campsite/dorm/chalet tersedia di HQ
Hutan Lipur Pasir Panjang – Trek Santai & View Laut Tenang
Lokasi: Taman Kota Indah, Pasir Panjang, Negeri Sembilan

Tip: Ada satu rahsia ramai tak tahu. Kalau nak elak stress dan cari port tenang tanpa bersaing dengan manusia satu Malaysia, Hutan Lipur Pasir Panjang memang jawapannya. Tak perlu hiking tahap gunung atau bajet besar. Cuma bawa tikar, bekalan, dan stokin spare. Mana tahu ada monyet datang menyakat bekal!
Antara tempat menarik berdekatan PD untuk picnic yang masih belum ramai ‘claim’ sebagai port wajib ialah Hutan Lipur Pasir Panjang.
Vibe tenang di sini memang cukup terasa. Sesuai sangat kalau nak recharge minda dan emosi sambil menikmati trek hutan semula jadi serta view laut yang mendamaikan.
Apa Menarik ?
Laluan trekking yang dikelilingi pokok-pokok menghijau sambil angin laut meniup sepoi-sepoi memang cukup memukau. Sampai sahaja di jeti kayu, pemandangan Selat Melaka terbentang luas depan mata. Kalau datang waktu petang, lighting dia memang insta-worthy!
Trek semula jadi di sini sangat sesuai untuk walking ringan. Pengunjung boleh merasai pengalaman berjalan atas akar-akar pokok dan terserempak dengan haiwan liar seperti tupai dan burung.
Sampai sahaja di hujung trek, suasana tenang di jeti menjanjikan moment healing yang susah nak dapat di tempat lain.
Datang dengan tikar dan bekalan makanan sendiri, anda boleh duduk santai sambil layan angin laut. Sesekali boleh nampak burung liar terbang rendah atau biawak bersantai.
Aktiviti simple macam ni memang sesuai sangat untuk sesi “disconnect” dari hustle harian.
Masuk adalah percuma. Parking pun tak dikenakan bayaran. Bawa bekalan sendiri dan boleh habiskan masa beberapa jam dengan aktiviti healing, makan-makan serta ambil gambar. Confirm puas hati tanpa perlu belanja besar.
Jadi, tempat ini memang sesuai untuk anda yang inginkan suasana tenang dan tak crowded. Sesuai juga untuk family bonding atau solo trip yang penuh refleksi. Ramai pengunjung repeat sebab vibe dia macam jawapan kepada burnout hidup.
Bagaimanapun, trek di sini boleh menjadi agak licin kalau cuaca tak menentu. Jadi pastikan datang waktu cuaca cerah. Kemudahan seperti tandas dan surau agak terhad. Rancang awal supaya mood trip tak spoil sebab perkara kecil.
Bila dah habis sesi chill dan tangkap gambar cun kat jeti, jangan terus balik. Ada banyak tarikan nearby yang boleh singgah, antaranya Teluk Kemang dan Ostrich Farm. Dua-dua ni confirm buat pengalaman bercuti anda di Negeri Sembilan lebih berbaloi.
Bagi anda yang nak bermalam, banyak tempat best berdekatan yang boleh dipilih. Lexis Hibiscus (kolam private atas laut), Avillion PD (resort family-friendly + vibe macam Bali), Pasir Panjang Inn (lokasi strategik dan bajet friendly). Semua ini sesuai untuk staycation santai atau weekend getaway.
Waktu Operasi:
Tiada waktu rasmi. Buka sepanjang siang (cadangan waktu lawatan: 7.00 pagi hingga 6.00 petang)
Harga Tiket:
Percuma untuk semua. Tiada tiket diperlukan.
Bukit Melati Nilai – Trek Hiking Mesra Keluarga & View Cantik
Lokasi: Jalan BBN 11/4, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Tip: Pernah terbayang naik bukit tapi ada gerai jual jus kelapa lepas turun? Kat Bukit Melati, angan-angan tu jadi realiti. Siap boleh pilih, nak lepak bawah pokok ke atau posing atas signboard Eagle Hill.
Rasa seolah-olah berada dalam dunia alam semula jadi versi mini yang sedang tenang di tengah bandar. Bukit Melati merupakan salah satu lokasi hiking mesra keluarga Nilai yang tidak memerlukan stamina tahap luar biasa.
Laluan pendakiannya mudah, ada pemandangan bandar dari atas dan sangat sesuai untuk anda yang nak peluh-peluh manja waktu pagi hujung minggu.
Laluan pendakian di sini ada pelbagai. Ada yang landai untuk pemula, dan ada juga yang sedikit mencabar untuk anda yang nak uji lutut. Lokasi ini dikunjungi oleh semua peringkat umur.
Dari remaja, pelajar kolej hinggalah ke warga emas yang masih aktif. Suasana redup, bunyi unggas dan pemandangan menghijau yang menenangkan minda menjadikan ia lokasi yang sangat ideal untuk reconnect dengan alam.
Trail Bertali & Checkpoint Pelbagai
Salah satu tarikan menarik ialah laluan bertali. Selepas hujan, jalan boleh menjadi sedikit berlumpur. Tetapi masih selamat jika anda memakai kasut hiking yang sesuai.
Tali-tali ini sangat membantu semasa mendaki atau menurun bukit, terasa seperti anda sedang beraksi dalam misi ala ninja kampung.
Antara checkpoint yang popular ialah Eagle Hill dan Monkey Hill. Terdapat papan tanda serta kawasan yang cantik untuk bergambar, terutama waktu pagi ketika kabus masih menyelimuti puncak.
Suasana ini memberikan rasa yang sangat menyegarkan.
Suasana Segar & Peniaga Lokal
Selesai mendaki, anda boleh terus singgah ke gerai kecil di kaki bukit. Di sini ada yang menjual jus kelapa, buah potong dan air sejuk.
Memang menyegarkan selepas penat mendaki. Ramai pengunjung gemar melepak sebentar di kawasan ini kerana suasananya yang redup dan selesa.
Waktu pagi, kawasan ini lebih nyaman dan mendamaikan. Ramai yang datang seawal mungkin bukan sahaja untuk mengelakkan panas tetapi juga untuk merasai ketenangan pagi yang jarang ditemui di bandar.
Cumanya, ketika musim hujan, laluan boleh menjadi licin. Sesetengah kawasan mungkin ada pacat. Jadi, datanglah awal pagi, pakai kasut yang tapaknya mencengkam dan bawa semburan serangga sebagai persediaan.
Selain itu, waktu hujung minggu biasanya agak sesak. Jadi parking juga mungkin terhad.
So, tempat ini memang sesuai untuk anda yang baru mula berjinak dengan aktiviti mendaki, keluarga yang mahu cari aktiviti sihat atau warga emas yang masih cergas.
Malah ia juga lokasi yang bagus untuk mendidik anak-anak menghargai alam semula jadi.
Untuk lengkapkan percutian, anda boleh terus singgah ke Bandar Baru Nilai selepas mendaki. Di situ terdapat banyak kafe dan kedai makan halal yang menarik.
Sambil rehat, bolehlah isi perut dan nikmati suasana tenang sebelum bergerak pulang. Pendek kata, ini trip pendek yang padat dan sangat berbaloi.
Waktu Operasi:
Buka 24 jam setiap hari | Percuma masuk
Harga Tiket:
Tiada bayaran masuk | Parking & gerai makan tersedia di kaki bukit
PD Forest Sg Menyala – Port Eco Adventure Dengan Pokok Gergasi
Lokasi: N8, Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Jangan pandang rendah pada laluan 2km. Silap-silap, lepas habis trekking anda terpaksa senyum pahit sambil selawat sebab teringat tak bawa air. Pro tip: bawak air, spray nyamuk dan semangat patriotik untuk lawan pacat!
Bagi yang tercari-cari mana tempat menarik di Negeri Sembilan untuk aktiviti jungle trekking mesra keluarga adalah PD Forest Sg Menyala. Kawasan hutan simpan ini bukan sekadar lokasi untuk aktiviti trekking sahaja.
Ia juga sarat dengan elemen pendidikan alam sekitar, suasana yang menenangkan dan pokok gergasi yang menjadikan pengunjung rasa seperti berada dalam dunia lain.
PD Forest sebenarnya adalah gabungan antara laluan trekking dan pusat ekopelancongan pendidikan.
Anda boleh menjelajah laluan sejauh 2 kilometer sambil menikmati pelbagai spesis tumbuhan, menaiki dan menuruni boardwalk kayu, singgah ke galeri flora dan fauna serta melihat jam matahari unik di Dataran Astronomi.
Pengalaman ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Trek Hutan Bertali & Pokok Jelutong Gergasi
Laluan utama sepanjang 2 kilometer ini menyediakan pelbagai cabaran kecil yang mengujakan. Terdapat tali yang membantu untuk mendaki di kawasan berbukit serta trek tanah lembap yang memerlukan langkah lebih berhati-hati.
Laluan ini diselenggara dengan baik dan sesuai untuk pemula mahupun pengunjung berpengalaman sederhana.
Antara tarikan utama yang menjadi tumpuan ialah Pokok Jelutong yang dipercayai paling tinggi di Negeri Sembilan.
Dengan ketinggian mencecah 45 meter, berdiri di bawahnya membuatkan sesiapa sahaja terasa kecil. Lokasi ini sangat ideal untuk merakam gambar bertemakan hutan sebenar.
Pusat Edu-Ekologi & Galeri Orang Asli
PD Forest bukan hanya tentang laluan dalam hutan. Di sini juga terdapat galeri ekologi, replika rumah Orang Asli dan jam matahari yang menyerupai balai cerap kecil.
Ia sangat sesuai untuk lawatan pelajar sekolah, program guru, atau aktiviti team bonding korporat.
Bagi yang ingin merasai suasana hutan lebih lama, terdapat penginapan dorm jenis eco-stay bermula dari RM15 seorang.
Bilik dilengkapi hawa dingin dan sangat sesuai untuk kumpulan yang ingin menjalankan program ‘jungle survival’ atau kem pendidikan alam.
Satu aspek yang mungkin patut diberi perhatian ialah beberapa laluan tidak mempunyai penanda arah yang mencukupi. Sesetengah pelawat pernah tersesat kerana tidak menggunakan GPS.
Selain itu, jejaring labah-labah yang banyak serta kehadiran pacat selepas hujan boleh sedikit mengganggu. Pastikan anda bersedia dengan kelengkapan asas dan semburan serangga.
Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan alam semula jadi, pencinta ekopelancongan, guru yang mencari lokasi lawatan, serta keluarga yang aktif.
Malah, anak-anak juga dapat belajar tentang kepelbagaian biodiversiti secara langsung melalui pengalaman sendiri.
Alang-alang sudah sampai Port Dickson, anda boleh teruskan percutian dengan singgah ke Pantai Teluk Kemang atau Muzium Tentera Darat. Gabungan hutan dan pantai ini memang jarang ditemui.
Inilah salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang wajib singgah jika anda mahukan pengalaman yang unik dan menyeluruh semasa bercuti di sini.
Waktu Operasi:
Setiap hari (8:00 pagi – 6:00 petang)
Harga Tiket:
Masuk percuma | Permit trekking: RM5/orang (bayar di pejabat PD Forest)
Bukit Batu Putih – Port Hiking Ringkas + View Laut Power
Lokasi: Tanjung Tuan Forest Reserve, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Jangan gelak… ada orang datang sini pakai selipar hotel. Ingatkan hiking ni sekadar jalan-jalan cari bunga. Akhirnya batu kuarza kat atas buat dia panjat macam Spider-Man bajet. Jadi, kalau anda ke sini, sila pakai kasut yang grip dia tahap dewa supaya selamat dan boleh posing atas puncak dengan confident!
Lokasinya hanya di Tanjung Tuan Forest Reserve, Bukit Batu Putih ialah port hiking ringkas yang makin trending sekarang. Laluannya tidak terlalu mencabar, namun pemandangan yang ditawarkan sangat mengagumkan.
Gabungan batu putih, angin laut, dan pantai tersembunyi menjadikan tempat ini port rare yang wajib masuk wishlist sesiapa yang suka nature vibes.
Apa Menarik ?
Perjalanan ke puncak hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Sepanjang laluan, suasana hutan tropika yang redup dan berangin memang calming habis.
Sampai di puncak, anda akan disambut dengan panorama Selat Melaka yang terbentang luas. Batu kuarza putih di sini sering jadi spot OOTD, lighting semula jadi yang masuk dari celah daun memang perfect untuk gambar insta-worthy.
Aktiviti utama sudah semestinya hiking. Laluan sudah tersedia dan bertanda jelas, sesuai untuk pendaki baru. Lima minit terakhir memerlukan sedikit pendakian atas batu, tetapi tetap selamat.
Sampai sahaja di atas, view laut terbuka akan buat anda lupa segala penat. Ini antara spot healing yang memang scream “main character energy”.
Selepas itu, anda boleh teruskan dengan laluan ke pantai kecil yang tersembunyi di bawah bukit. Lokasi ini sangat sesuai untuk lepak sambil mendengar bunyi ombak.
Selain itu, sepanjang trek, ada banyak pokok unik dan burung liar yang membuatkan nature walk terasa lebih hidup. Confirm buat IG story non-stop!
Tiket masuk cuma RM1 sahaja. Parking mudah, tidak perlukan pemandu arah. Aktiviti ini memang mesra bajet tetapi nilai healing dia memang tahap maksimum. Bawa air, pakaian selesa dan kasut sesuai, dan anda sudah bersedia untuk trip yang ringkas tapi memorable.
Sangat ideal untuk anda yang mencari short trip dengan vibe adventure. Tak kisah datang solo, bersama keluarga kecil atau geng hujung minggu, tempat ini memang sesuai. Anda boleh layan trek perlahan-lahan dan nikmati udara segar tanpa rushing.
Kalau nak tahu, laluan ke puncak yang terakhir agak curam. Jika turun hujan, keadaan boleh jadi licin. Oleh itu, disarankan datang waktu cuaca cerah. Tandas hanya tersedia di pintu masuk, jadi pastikan semua urusan ‘penting’ diselesaikan awal-awal ya!
Alang-alang melancong ke Port Dickson, lepas sesi hiking anda boleh terus sambung ke Monkey Bay atau Blue Lagoon. Kedua-dua lokasi ini berdekatan, sesuai untuk tambah itinerary santai dalam satu hari.
Nak cuti tanpa rushing? Banyak penginapan nearby yang menarik. Lexis Hibiscus (villa atas air dan kolam peribadi), Avillion PD (resort tepi pantai dan ambience ala Bali), Puteri Beach Resort (bajet dan strategik serta ada kolam besar). Semua pilihan ini confirm buat anda rasa nak repeat trip lagi.
Waktu Operasi:
Setiap hari (7.00 pagi – 6.00 petang)
Harga Tiket:
Dewasa: RM1 | Kanak-kanak: Percuma
Aktiviti Outdoor Mencabar & Tempat Hiking Tahap Tinggi
Ini bukan hiking biasa-biasa yang pakai Crocs boleh selamba jalan. Port outdoor & mendaki tahap tinggi kat Negeri Sembilan ni memang khas untuk yang suka peluh, adrenaline dan selfie penuh debu. Ada yang boleh naik ATV sambil jerit macam naik roller coaster kampung, ada juga gunung yang bila dah sampai puncak terus rasa nak buka stall air kelapa.
ATV Kg Jkin Extreme Park – Port Lasak Bergambar OOTD
Lokasi: Jalan Bukit Putus Lama, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Kalau rasa hidup makin ‘flat’, mungkin bukan tayar kereta yang rosak tapi jiwa kurang adrenaline. Masuk je ATV Kg Jkin, terus rasa macam watak utama filem aksi. Siap ada zipline, buaian ekstrem, dan spot gambar yang boleh buat IG story penuh satu minggu!
ATV Kg Jkin Extreme Park ini memang tempat percutian menarik untuk anda yang sedang mencari pengalaman ATV ekstrem yang betul-betul unik.
Terletak di Seremban, lokasi ini ibarat gabungan port aktiviti lasak, suasana semula jadi dan spot OOTD yang memang cantik. Gabungan sempurna untuk hari yang penuh aksi dan gaya.
Tempat ini menawarkan trek ATV berbukit, zipline sepanjang 120 meter, buaian ekstrem yang terletak di tebing, serta pemandangan semula jadi yang menyegarkan.
Jika anda bukan penggemar aktiviti lasak, jangan risau. Anda masih boleh menikmati kawasan sekeliling yang estetik dan banyak spot gambar menarik ala Pinterest.
Ride ATV & Laluan Berbukit
Trek ATV di sini sepanjang 2.8 kilometer dan merentasi laluan berbatu, bukit serta kawasan belukar. Walaupun anda baru pertama kali cuba, masih boleh enjoy sebab treknya cukup mencabar tetapi tidak terlalu ekstrem.
ATV yang disediakan jenis automatik, jadi anda tidak perlu risau tentang tukar gear dan sebagainya. Cuma kawal steering dan brek.
Sebelum memulakan perjalanan, anda akan diberikan taklimat keselamatan serta sesi uji pandu ringkas untuk lebih yakin.
Zipline & Buaian Gayat
Zipline di sini tidak terlalu panjang tetapi cukup untuk buat jantung berdegup laju. Di penghujung, terdapat sedikit hentakan yang buat pengalaman jadi lebih menyeronokkan.
Buaian ekstrem pula terletak betul-betul di atas tebing. Bila berayun, anda akan disajikan dengan pemandangan yang memukau.
Jika anda gayat, mungkin lebih sesuai ambil gambar sahaja dari bawah kerana ketinggian buaian agak mencabar.
Satu perkara penting untuk anda tahu ialah semua aktiviti di sini bergantung kepada cuaca. Jika hujan, zipline dan buaian mungkin akan ditutup atas faktor keselamatan. Trek ATV juga akan menjadi lebih licin dan memerlukan kawalan lebih berhati-hati.
Untuk anda yang suka aktiviti fizikal ringan tetapi tetap mahu gambar cantik, tempat ini sangat sesuai. Ia juga ideal untuk pasangan yang mahukan pengalaman dating luar biasa atau kumpulan pejabat yang ingin aktiviti teambuilding dengan kelainan.
Jadikan penutup trip anda lebih sempurna dengan singgah ke Kg Jkin Resort yang terletak bersebelahan. Atau teruskan eksplorasi ke Bukit Angsi. Kedua-dua tempat menarik berdekatan ini boleh jadi pelengkap kepada percutian anda di Negeri Sembilan dengan penuh pengalaman dan memori.
Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad (8.30 pagi hingga 6.00 petang)
Harga Tiket:
ATV: dari RM60 | Zipline & Buaian: RM30 hingga RM40 | Paintball: +/-RM50 | Parking: Percuma
X Park Port Dickson – Port Rare Aktiviti Sukan Lasak
Lokasi: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Pasir Panjang, Negeri Sembilan

Tip: Kalau nak feel adrenaline sambil bau laut dan pasir, datang X Park hari biasa. Tak sesak, tak stress, boleh repeat go-kart macam bos! Baju? Pakai yang tak sayang, especially kalau plan redah ATV.
Tidak dinafikan, X Park Port Dickson merupakan antara tempat menarik di Negeri Sembilan untuk aktiviti sukan lasak yang bukan biasa-biasa.
Terletak berhampiran pantai, lokasi ini penuh dengan elemen mencabar yang mampu membuatkan jantung berdegup laju. Bukan sekadar tempat lepak, tapi port sebenar untuk yang sukakan cabaran.
Tempat ini gabungkan pelbagai aktiviti dalam satu lokasi seperti go-kart, ATV, memanah dan paintball.
Kawasannya luas dan sesuai untuk semua peringkat umur termasuk keluarga yang aktif, kumpulan remaja serta team building syarikat. Lokasinya juga mudah dicapai dan tidak tersorok.
Go-Kart Outdoor & Combo Pakej
Go-kart di sini berada di litar terbuka yang luas dan seronok untuk diuji. Mereka turut menawarkan pakej combo seperti go-kart, memanah dan paintball dengan harga sekitar RM80 hingga RM100 seorang.
Sangat berbaloi terutamanya untuk yang baru nak cuba atau nak ulang pengalaman lama di litar.
Jika anda datang pada hari bekerja, peluang untuk berlumba tanpa perlu tunggu lama sangat tinggi. Ada beberapa ulasan mengatakan kelajuan go-kart sedikit perlahan pada waktu tertentu.
ATV Jungle Trail & Paintball
Bagi pengunjung yang gemarkan cabaran off-road, aktiviti ATV di sini pasti memuaskan. Laluannya melalui kawasan hutan dengan selekoh tajam dan jalan berbukit, memberikan pengalaman sebenar penunggangan lasak.
Untuk paintball pula, terdapat kawasan khas dengan perlindungan yang sesuai, lengkap dengan peralatan keselamatan.
Aktiviti memanah pula lebih santai. Ia sesuai dilakukan selepas sesi lasak untuk rileks sambil menguji ketepatan dan fokus. Aktiviti ini turut digemari oleh pelbagai peringkat umur, termasuk golongan remaja.
Walaupun aktiviti di sini menyeronokkan, tetap ada cabaran yang perlu dihadapi. Laluan ATV boleh menjadi agak berdebu dan licin.
Sebaiknya pakai pakaian yang sesuai dan bersedia untuk kotor sedikit. Kadangkala, go-kart juga mungkin tidak mencapai kelajuan optimum bergantung kepada jumlah pengunjung dan waktu lawatan.
Ideal untuk keluarga aktif, pasangan yang sukakan kelainan serta kumpulan rakan yang ingin melepaskan tekanan.
Malah, aktiviti-aktiviti di sini turut sesuai untuk pelajar sekolah asalkan mereka cukup tinggi dan menepati syarat keselamatan yang ditetapkan.
Gabungkan aktiviti di X Park dengan lawatan ke beberapa tempat menarik di Port Dickson yang berdekatan seperti Pantai Teluk Kemang atau Muzium Lukut.
Selepas seharian berpeluh dan seronok dengan aktiviti lasak, bolehlah tenangkan diri sambil nikmati ikan bakar segar di restoran popular berhampiran. Kombinasi ini memang cun untuk trip cuti yang padat dan puas hati.
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat (10:00 pagi – 6:00 petang) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (10:00 pagi – 7:00 petang) | Tutup hari Selasa
Harga Tiket:
Pakej Kombo (Go-kart + Archery + Paintball): +/- RM80-100/pax | Aktiviti single harga berbeza ikut masa & slot
Hutan Lipur Gunung Datuk – Pendakian View Paling Win Di Rembau
Lokasi: Jalan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Tip: Masa pertama kali naik sini, saya excited bawa dua botol air dan seplastik kuih. Sampai separuh jalan, kuih semua penyek, air tinggal suku dan nafas dah berbunyi macam cerek nak mendidih. Moral dia? Packing biar smart, bukan semangat je yang tinggi.
Anda tengah cari tempat hiking senang tapi view dia macam poskad hidup? Hutan Lipur Gunung Datuk dekat Rembau patut masuk wishlist anda. Pendakian tidak terlalu panjang, namun ganjaran dari atas memang berbaloi. Ini tempat hiking senang dengan view lawa yang memang level chef’s kiss.
Apa Menarik ?
Laluan hiking di sini adalah gabungan tanah lembut, akar pokok dan batu besar. Ada beberapa spot curam yang disediakan tali serta tangga besi untuk bantu pendaki.
Anda akan lalu kawasan hutan tropika yang tenang, dengan bunyi unggas dan udara segar. Trek ini juga selalu digunakan sebagai latihan sebelum mendaki gunung yang lebih mencabar.
Apabila tiba di checkpoint terakhir, anda akan mendaki tangga besi tinggi yang kukuh. Dari puncak batu granit, panorama 360 darjah menanti, dari Negeri Sembilan hingga ke Melaka. Jika cuaca cerah, anda boleh nampak terus ke Selat Melaka. View di sini memang layak jadi port OOTD viral.
Ramai pendaki memilih untuk berkhemah satu malam di kawasan lapang sebelum puncak. Suasana malam sejuk dan tenang, dengan langit bertaburan bintang.
Bagi penggemar fotografi alam, tempat ini bagaikan set filem Netflix. Pagi-pagi pula boleh rakam golden sunrise sambil layan kopi panas. Vibe dia memang healing is real.
Dengan hanya RM5 sebagai tiket masuk, anda sudah boleh mendaki, berkhemah dan nikmati alam sepenuhnya. Bawa bekal sendiri, bentang tikar dan picnic sambil nikmati suasana nature vibes yang calming habis.
Kalau anda masih baru dalam aktiviti hiking, atau geng sekolah dan family remaja yang mahu aktiviti outdoor santai, trek ini memang sesuai. Walaupun mencabar sedikit, dengan persediaan yang betul semuanya boleh ditawan.
Nak pesan, laluan agak curam dan berbatu. Jadi pastikan anda pakai kasut hiking yang ada cengkaman bagus. Di puncak kadang-kadang ada lebah, jadi elakkan pakaian warna terang atau wangi-wangian. Parkir juga terhad terutamanya hujung minggu. Jadi, datang awal pagi lebih tenang.
Kalau rasa belum puas berpeluh, teruskan short getaway anda ke Gua Batu Maloi untuk vibe adventurous. Boleh juga singgah pekan Rembau untuk layan nasi lemak daun pisang atau lemang panas dengan kuah lemak cili api. Lepas hiking, reward perut wajib padu.
Kalau nak bermalam, ada beberapa hotel best berdekatan. Kampung Bongek Homestay (vibe kampung dan dekat dengan permulaan trail), Richmond Condotel (gaya condo moden dengan pemandangan cantik), dan tapak khemah di kaki bukit (nature vibe yang bajet friendly serta pengalaman tidur bawah bintang).
Waktu Operasi:
Setiap hari (7:30 pagi hingga 6:00 petang)
Harga Tiket:
Warganegara: RM5 | Pelancong asing: RM20 | Pendaftaran dibuka mulai 7:30 pagi
Gunung Angsi – Hiking Santai Tapi Boleh Bakar Peluh
Lokasi: Jalan Bukit Putus, Seremban/Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tip: Bayangkan anda sedang naik tangga besi di hutan, terasa macam challenge TikTok tapi dengan peluh yang sebenar! Jangan lupa bawa air dan snack. Kalau tidak, tenaga boleh drop sebelum sempat sampai ke puncak.
Anda tengah cari gunung hiking popular yang tidak terlalu tinggi tetapi tetap mencabar? Gunung Angsi memang pilihan yang sesuai. Trek ini fleksibel, ada dua laluan utama. Satu lebih curam dan pendek, satu lagi lebih landai tetapi lebih panjang. Pemandangan dari puncak memang berbaloi dengan peluh yang keluar.
Apa Menarik ?
Trek Bukit Putus curam dan singkat, manakala laluan Ulu Bendul lebih panjang serta lebih santai. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui sungai kecil, tangga besi dan banyak tempat teduh bawah kanopi hutan. Suasana sekeliling cukup fresh, memang sesuai untuk quick escape dari suasana serabut bandar.
Dalam trek ni ada juga sungai kecil untuk dilintasi, memberikan rasa adventure yang simple. Jika anda nak lebih mencabar, cuba laluan pusingan penuh dari satu trail ke trail lain. Jaraknya boleh mencecah sehingga 14 kilometer, confirm uji stamina tetapi puas hati.
Setibanya di puncak pada ketinggian 825 meter, anda dapat lihat panorama 360 darjah. Hutan, bukit dan kadang-kadang Selat Melaka pun boleh nampak kalau cuaca baik. Port ini selalu jadi lokasi wajib bergambar sebab lighting semula jadi dia memang padu!
Dengan bayaran cuma RM5, anda boleh hiking, lepak dan kalau nak, picnic pun boleh. Bawa bekal dan bentang tikar di kawasan lapang, rasa macam outdoor picnic vibes versi budget friendly.
Sesuai sangat untuk anda yang baru mula hiking, team building outdoor atau keluarga muda yang suka aktiviti nature. Laluan ini mencabar sedikit, tetapi dengan persiapan yang betul, memang boleh enjoy habis!
Apa-apa pun, pls take note. Ada bahagian laluan yang curam dan licin, jadi kasut yang ada grip sangat penting. Tempat letak kereta pula agak terhad, jadi rancanglah supaya datang awal pagi terutama hujung minggu.
Tak lengkap rasanya kalau dah sampai sini tapi tak explore tempat sekeliling. Lepas hiking, anda boleh berlibur ke Taman Rekreasi Ulu Bendul untuk layan air terjun, atau singgah ke Kuala Pilah untuk rasa nasi lemak kampung dengan ulam-ulam segar. Memang perfect way to wrap up the day!
Nak bermalam? Banyak pilihan hotel nearby seperti Kampung Bongek Homestay (vibe kampung dan dekat dengan trail), Seremban Resort Bajet (mesra keluarga serta lokasi strategik), dan tapak khemah Ulu Bendul (suasana bawah bintang serta sangat jimat poket).
Waktu Operasi:
Bukit Putus: 7:30 pagi hingga 11:00 pagi (daftar awal diperlukan) | Ulu Bendul: 7-8 pagi hingga petang
Harga Tiket:
RM5 setiap orang | Tandas di Ulu Bendul 0.30 sen | Daftar di pondok ranger
Gunung Telapak Buruk – Hiking Panjang & Sejarah WWII
Lokasi: Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tip: Bayangkan sedang hiking lebih 10 km sambil belek GPS, tiba‑tiba ternampak bangkai pesawat WWII. Rasa macam mengejar hantu sejarah! Pastikan bawa headset dan sound efek spooky kalau nak vibes lengkap.
Lokasinya bertempat di Kuala Klawang, Gunung Telapak Buruk memang popular sebagai lokasi hiking gunung panjang yang mencabar di Negeri Sembilan.
Laluan sejauh 13 km ini bukan sekadar uji stamina tetapi juga beri peluang untuk anda belajar sejarah melalui tapak bangkai pesawat lama. Ini gabungan aktiviti lasak dan pengalaman edutainment yang rare!
Apa Menarik ?
Trek bermula dari laluan hutan tebal dengan naik turun berbatu dan ada lintasan anak sungai. Panjang trek lebih kurang 13 km dan boleh makan masa antara 9 hingga 11 jam. Kalau anda jenis chill hiking, ini memang layan dengan playlist yang sesuai dan route yang well planned.
Menariknya, sekitar satu jam selepas pendakian, anda akan jumpa tapak bangkai pesawat RAF B24 dari zaman Perang Dunia Kedua.
Lokasi ni sangat menarik, bukan hanya untuk peminat hiking tetapi juga untuk pencinta sejarah yang suka outdoor adventure berisi.
Sampai sahaja ke puncak setinggi 1,193 meter, anda akan nampak panorama 360 darjah meliputi Jelebu dan Gunung Berembun. Ada juga menara telekomunikasi yang biasanya jadi spot wajib untuk ambil gambar berlatar belakangkan alam semula jadi. Memang epic vibes!
Masuk adalah percuma, jadi anda cuma perlu bawa bekalan makanan, air secukupnya dan mungkin tikar kalau nak lepak picnic ringkas di kawasan pondok rehat. Yang penting, sediakan diri dan gear secukupnya.
Kalau anda kaki hiking berpengalaman, minat aktiviti lasak dan suka elemen sejarah dalam perjalanan, trek ni memang sesuai. Sesuai juga untuk team kecil atau solo trip yang suka challenge yang ‘menten’ panjang.
Tak semua trek panjang ni mesra newbie. Jadi, pastikan kasut hiking anda cukup grip dan fizikal anda ready. Kemudahan seperti tandas atau air agak terhad, jadi rancang masa dan daftar awal pagi di pondok ranger sebelum mula.
Alang-alang melancong ke kawasan ni, anda boleh sambung jalan-jalan ke tempat menarik nearby seperti Gunung Berembun, Gua Batu Maloi dan Jeram Toi. Port nature yang boleh jadi penutup best sebelum balik ke dunia realiti.
Kalau nak bermalam, boleh try Kampung Kuala Klawang Homestay (suasana desa + dekat dengan trail), Jelebu Resort Bajet (bajet mesra + lokasi strategik) atau tapak perkhemahan Ulu Bendul (suasana malam outdoor + bajet friendly). Pilih ikut ‘vibe’ trip anda!
Waktu Operasi:
Pendakian bebas setiap hari, daftar di pondok ranger sebelum mula.
Harga Tiket:
Percuma | Tiada bayaran dikenakan
Jeram & Air Terjun Menarik di Negeri Sembilan
Kalau anda jenis suka mandi sungai sampai jari kecut macam kismis, Negeri Sembilan ni syurga anda. Dari jeram hutan yang boleh buat tidur lena 2 hari, sampai air terjun yang sejuk dia macam baru keluar peti ais, semua ada. Nak team building sambil jatuh tergolek dalam tubing pun boleh. Serius, lepas try port ni, confirm anda akan respect semula kuasa air semulajadi.
Hutan Lipur Jeram Tengkek – Waterfall & Jungle Chill
Lokasi: Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan

Tip: Rasa nak chill tepi jeram sambil dengar air mengalir? Bawa tikar atau alas kemudian lepak di pondok. Mulut mungkin cakap “relax gila” tapi jangan lupa pastikan semua barang selamat dan kering. Ini moment #relaksAbis!
Rasa nak escape sekejap dari kesibukan bandar, tapi tak nak travel jauh? Jeram Tengkek adalah lokasi ngam untuk waterfall therapy bersama keluarga atau kawan. Aliran airnya jernih, bunyi sungai pula menenangkan jiwa. You know, that calm vibe!
Apa Menarik?
Kawasan mandi-manda yang bersambung dengan sanctuary hutan tropika ini memang menenangkan. Boardwalk kayu dan jambatan kecil membawa anda ke beberapa spot menarik untuk mandi. Lokasi ini memang sesuai untuk sesi fotografi nature atau family time. Tripadvisor beri rating 4.0 daripada 5, jelas menunjukkan populariti dan kepuasan pengunjung.
Tapak perkhemahan turut tersedia lengkap dengan pondok, surau, tandas serta kawasan parking. Jadi, tak perlu bawa gear besar kalau nak bermalam. Kemudahan asas disediakan, cukup untuk pengalaman one-night stay yang santai.
Trekking ringan di sini juga menyeronokkan. Trek laluan tidak terlalu ekstrem, jadi sesuai untuk berjalan santai sambil menikmati keindahan flora dan fauna. Suasana hijau di sekitar cukup damai dan cocok untuk sesi recharge minda.
Jika anda rancang aktiviti air yang ringan tanpa perlu experience lasak, Jeram Tengkek memang pilihan terbaik. Tempat ini ada keseimbangan sempurna – mudah diakses, sesuai untuk semua peringkat umur dan tetap memberi feel connect dengan alam semula jadi.
Walaupun kemudahannya memuaskan, jalan masuk agak sempit dan boleh jadi licin selepas hujan. Ada bahagian boardwalk kayu yang telah dibaiki selepas berlaku banjir kecil. Jadi, tetap berjaga-jaga ya!
Senang cerita, bawa kasut yang tapaknya grip, repellent dan plastik kedap air. Datang awal pagi untuk elak kawasan parking penuh dan dapat spot terbaik. Lepas tu, enjoy dengan selamat!
Sebagai penutup percutian, jangan lupa explore kawasan sekitar. Ada Bukit Baginda dengan wave rock yang viral, Gua Semong untuk caving ringan, dan Muzium Pendita Za’aba yang sarat ilmu tempatan. Pendek kata, trip ini boleh jadi penuh info dan Insta-worthy sekali!
Nak booking tempat bermalam? Antara pilihan penginapan berdekatan ialah:
1)-Homestay Kuala Klawang (kampung vibes, family friendly),
2)-Resort Bajet Jelebu (bajet dan selesa),
3)-Tapak Eko Rimba Jeram Tengkek (outdoor vibes, ada surau & tandas).
Waktu Operasi:
7:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.
Harga Tiket:
Percuma.
Bukit Tampin Waterfall – Port Cascade Santai di Hutan Tampin
Lokasi: Jalan Ametis Utama, Tampin Tengah, Tampin, Negeri Sembilan

Tip: Jika anda rasa nak melepaskan stress, jom bawak selipar jepun dan plastik, sediakan snap-snap Insta-worthy tapi jangan lupa kutip sampah, jaga alam sekitar!
Jika anda rasa penat selepas hari-hari kerja, Bukit Tampin Waterfall menawarkan udara segar dan bunyi air yang menenangkan dalam trekk ringkas sekitar 600 meter.
Air terjun bertingkat ini tidak terlalu deras, namun cukup seronok untuk mandi santai sambil menikmati suasana hijau dan batu-batu besar yang unik. Memang sesuai untuk sesi chill bar dengan keluarga atau rakan terdekat.
Apa Menarik?
Sepanjang jalan, terdapat gazebo dan tapak rehat yang sesuai untuk berhenti cuci muka atau berehat seketika. Air terjun ini mempunyai beberapa tingkat termasuk cascade kecil yang sering menjadi pilihan untuk berehat. Ramai pengunjung memuji keadaan trek yang terjaga dan bersih, sesuai untuk semua peringkat umur.
Jungle trekking ringan ini sangat mudah dilakukan. Laluan hanya melibatkan berjalan di atas batuan dan melalui kawasan hutan pendek. Forest therapy dapat dinikmati tanpa perlu aktiviti ekstrem. Lokasi ini memang ngam untuk aktiviti outdoor ringan dan santai.
Senang cerita, anda dapat rasai ketenangan alam semula jadi tanpa perlu mendaki yang meletihkan. Akses ke kawasan ini juga mudah, walaupun ia masih memberikan vibe nature getaway.
Sesuai untuk aktiviti santai, namun anda perlu berhati-hati terutama selepas hujan kerana laluan batu agak licin. Gunakan kasut yang sesuai untuk elakkan tergelincir.
Untuk pengalaman terbaik, datanglah awal pagi kerana ruang letak kenderaan agak terhad. Masa terbaik ialah antara jam 8 pagi hingga tengah hari, waktu ini air paling jernih dan tak terlalu ramai orang.
Walaupun tempat ini menarik, masih ada beberapa kekurangan seperti tiada tandas awam dan parkir yang kecil. Jadi, anda perlu rancang awal, mungkin boleh berhenti di kawasan kios Tampin dahulu sebelum naik ke kawasan air terjun.
Selain menikmati air terjun, anda juga boleh jadikan trip cuti-cuti anda lebih meriah dengan trekking ke Gunung Tampin, mencuba aktiviti di Tampin Xtreme Park atau bermain air di Tampin Water Park. Semuanya boleh dilakukan dalam satu hari sahaja!
Andai kata nak booking hotel best? Boleh pertimbangkan Spot On Nawawi’s Backpackers (bajet dan lokasi strategik), Resort Bajet Tampin (harga mampu milik dan selesa) atau tapak khemah di Tampin Water Park (vibes outdoor dengan kemudahan asas).
Waktu Operasi: Sehari suntuk, terbaik dikunjungi pagi hingga tengah hari.
Harga Tiket: Percuma, tiada permit diperlukan.
Hutan Lipur Gua Batu Maloi – Caving Serius & Waterfall Mini Adventure
Lokasi: Johol, Tampin, Negeri Sembilan

Tip: Bayangkan anda menyelinap dalam gua gelap sambil tergelak sebab seluar basah. Bunyi macam filem, tapi ini real! Bawa geng yang boleh masuk kepala, supaya kalau ada insiden lucu, boleh jadi bahan gelak sama-sama.
Rasa seolah olah anda sedang menyusup masuk ke dunia bawah tanah yang misteri. Lokasinya bertempat di Gua Batu Maloi, tempat caving yang rare dan tak mainstream langsung.
Laluan menyusur dalam gua air, perlu merangkak, menyelam dan menyelit celah batu granit. Cukup adventure untuk sesi healing versi ‘lasak-lawak’.
Apa Menarik?
Sepanjang lebih kurang 1 hingga 2 kilometer, anda akan melalui cabaran fizikal unik. Ada bahagian yang perlu menyusup celah batu, menyelam dalam air sejuk dan panjat permukaan batu licin. Pakej berpandu termasuk lampu kepala dan guide, jadi tak perlu risau kalau newbie.
Sambil merangkak dalam gua granit dan mendengar deruan jeram kecil, anda akan rasa macam dalam dunia lain. Air sejuk, bunyi alam dan cahaya semula jadi dari celah gua buatkan suasana terasa magikal. Memang rare dan tak ramai tahu tempat ni wujud.
Guide siap dengan info menarik dan safety briefing. Anda cuma perlu datang dengan pakaian sesuai, kasut tahan air dan semangat nak ‘explore’. Ada disediakan headlamp dan topi keselamatan, jadi fokus anda cuma satu, enjoy!
Kalau anda jenis outdoor junkie, tempat ni wajib dalam bucket list. Adventure dia ngam-ngam untuk yang nak experience caving tanpa perlu level pro. Sesuai juga untuk team building atau aktiviti family day bagi yang suka thrill santai.
Untuk yang baru pertama kali nak cuba aktiviti gua macam ni, jangan risau. Guide akan pastikan semua peserta okay. Laluan memang sempit dan licin, tapi dengan langkah berjaga-jaga, semua akan selamat dan fun.
Bagi yang nak bermalam, antara pilihan tempat best termasuk Homestay Desa Johol (suasana kampung yang tenang), Tampin Resort Bajet (lokasi strategik dan harga mampu milik), serta tapak khemah Jeram Toi (feel back to nature dengan langit malam berbintang).
Waktu Operasi:
8:00 pagi hingga 6:00 petang, daftar di pejabat hutan sebelum masuk gua.
Harga Tiket:
Percuma untuk kawasan luar. Lawatan berpandu: RM88 (warganegara) / RM110 (pelancong) untuk minimum 7 peserta.
Jeram Toi – Port Mandi Sungai ‘Santai Tapi Best’ di Negeri Sembilan
Lokasi: Jalan Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan

Tip: Apa kata anda datang bawa geng dengan sense of humour, supaya bila ada yang tergelincir ke sungai boleh gelak sama-sama dan share moment #epik! Bawa plastik kedap air untuk simpan barang sebab basah itu dijamin.
Apa kata anda cuba Jeram Toi. Port mandi sungai yang jernih, mudah dicapai dan penuh vibe santai. Di tengah pokok-pokok tinggi dan air deras yang menenangkan, tempat ini jadi spot ideal untuk healing sekejap daripada kesibukan bandar.
Serius, ia memang tenang tetapi tetap ‘best’ untuk mandi petang atau musim cuti hujung minggu.
Apa Menarik?
Aliran sungai di Jeram Toi bersih dan selamat untuk mandi-manda sambil lepak selepas trekking ringan melalui laluan eko rimba. Ada kemudahan asas seperti surau, tandas dan pondok rehat. Jadi memang ready untuk family day santai.
Jungle trekking ringan di sini mudah dengan laluan berdekatan sungai. Tak perlu pakai gear hiking penuh tetapi masih boleh rasa pengalaman immerse dalam alam. Ia juga port sesuai untuk BBQ kecil-kecilan atau aktiviti camping di tapak eko rimba Taman.
Tapak berkhemah lengkap dengan pondok, surau dan tandas menyediakan kemudahan asas. Jadi anda boleh terus stay under the stars tanpa perlu risau soal tidur dan solat. Barang camping basic pun dah cukup.
Jika anda jenis suka trip santai penuh dengan air, kehijauan dan vibes alam, Jeram Toi memang patut masuk dalam list. Tempat ini seimbang, tidak terlalu ekstrem tetapi cukup memberi feel nature getaway.
Namun begitu, bukan semua perfect. Laluan ke tepi jeram boleh jadi licin selepas hujan, dan jalan masuk agak sempit. Lebih baik bawa kasut yang ada grip dan pandu perlahan untuk safety.
Tak lengkap rasanya kalau dah sampai sini tetapi tak explore nearby. Boleh singgah Gunung Besar Hantu untuk hike ringan, Gua Semong untuk aktiviti caving santai atau Muzium Adat Kuala Klawang untuk kenali budaya Negeri Sembilan.
Nak booking hotel? Antara pilihan hotel nearby seperti Jelebu Resort Bajet (bajet dan selesa), Homestay Kuala Klawang (suasana kebun dan family friendly), serta Tapak Khemah Jeram Toi (outdoor vibes dan bajet mesra alam).
Waktu Operasi:
7:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari.
Harga Tiket:
Percuma.
Berhulucamp – Port Team Building & Jeram Alam Liar
Lokasi: Kampung Serting Hulu, Simpang Pertang, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Kadang-kadang kepala ni macam slow cooker. Kalau dah lama sangat dalam tekanan, memang akan overflow juga. Jadi, bila rasa stress tak turun-turun, Berhulucamp boleh jadi tempat ‘slow down’ dan reset balik jiwa dengan nature therapy dan aktiviti lasak serentak.
Kadang-kadang anda tercari-cari lokasi yang sarat dengan alam semula jadi tetapi tetap sesuai untuk aktiviti berkumpulan yang fun.
Berhulucamp adalah tempat nature walk dan bird watching yang memang kena dengan citarasa tersebut. Suasana kampung dan hutan lipur menjadikan tempat ini port healing sambil boleh buat macam-macam aktiviti lasak.
Apa Menarik ?
Dengan pakej lengkap, anda boleh pilih sama ada nak bermalam dalam chalet atau berkhemah.
Kawasan obstacle course yang mencabar, ruang untuk sesi motivasi, dan aktiviti outdoor seperti motorcross memang buat pengalaman di sini jadi gempak. Jeram pula memang onz untuk sesi water play santai lepas aktiviti berat.
Laluan jungle trek juga sesuai untuk nature walk dan sesi spotting burung atau tumbuhan eksotik. Port ini bukan sekadar ada kemudahan fizikal tapi memang ada ‘soul’ yang buat program motivasi atau sekolah jadi meaningful.
Semua aktiviti disusun dengan elemen pembelajaran yang subtle.
Sesi team building pula lengkap dengan modul berkumpulan, kawasan aktiviti lapang dan waktu malam pula boleh teruskan dengan aktiviti api unggun atau cerita santai bawah langit terbuka. Port ini memang vibe bonding dia kuat.
Untuk yang suka aktiviti air dan cabaran off-road, kolam pancing dan laluan motorcross memang jadi daya tarikan.
Anda boleh switch antara chill dan thrill ikut citarasa kumpulan. Lepas itu, boleh rehat bawah rimbunan pokok sambil lunch gaya potluck.
Pakej di sini sangat bajet friendly. Harga bermula bawah RM100 seorang sudah termasuk makan, penginapan dan semua akses aktiviti. Cuma bawa sleeping bag, pakaian selesa dan semangat nak recharge dengan cara luar kotak.
Untuk sesi NGO, sekolah atau family besar, Berhulucamp memang spot ideal. Anda boleh pilih modul sendiri atau ikut pakej sedia ada. Ruang lapang dan kemudahan asas cukup untuk semua kategori.
Walaupun jalan masuk agak sempit dan cuaca kadang tidak menentu, dengan sedikit persediaan anda tetap boleh enjoy sepenuhnya. Aktiviti alternatif pun ada jika plan asal perlu diubah. Pengurusan di sini fleksibel dan mudah kerjasama.
Sekitar kawasan ini, selepas selesai program, anda boleh terus sambung pengalaman bercuti ke Jeram Sungai Semungkis atau lawat FRIM berdekatan. Dua-dua lokasi ni memang beri added value kalau nak extend itinerary trip.
Jika anda mahu rehat selesa selepas program penuh aktiviti, banyak tempat menginap boleh dipilih. Chalet Berhulucamp (alam semula jadi dan sesuai untuk kumpulan), Homestay Kampung Serting Ulu (gaya kampung dan kapasiti besar), serta resort di Simpang Pertang (kemudahan lengkap seperti kolam renang dan penghawa dingin).
Waktu Operasi:
Mengikut tempahan program/perkhemahan
Harga Tiket:
Bermula bawah RM100 seorang (bergantung pakej)
Rantau Agro Park – Nature Walk, River Tubing & Team Building Hub
Lokasi: Jalan Sungai Gadut, Kampung Seri Lalang, Rantau, Negeri Sembilan

Tip: Andai anda tiba-tiba rasa bosan scroll Instagram sebelum tidur, datang ke Rantau Agro Park boleh buat smartphone tu rehat sendiri. Alihkan perhatian kepada nature walk dan river tubing. Lebih fun, tak perlu klik iklan pop-up!
Andai anda cari port santai yang gabungkan alam semula jadi dan aktiviti luar, Rantau Agro Park adalah jawapannya.
Taman agro keluarga ini lengkap dengan trek jalur hijau, pond dan ruang luas untuk team building. Tempat ini sesuai untuk anda yang mahu rehatkan minda sambil menikmati aktiviti ringan.
Apa Menarik?
Laluan nature walk dan pond stroll dibina kemas dengan gazebo di sepanjang trek. Sangat sesuai untuk family day atau picnic santai. Landskap agro pula dirancang rapi bagi menghasilkan suasana mesra alam.
Obstacle course pula memberi cabaran kepada fizikal. River tubing menawarkan pengalaman bermain air yang chill tetapi tetap mencabar. Jika anda cari aktiviti berkumpulan, tempat ini memang fun dan mengujakan.
Night walk pula membolehkan anda menikmati suasana hutan waktu malam. Aktiviti ini sesuai untuk sesi bonding yang lebih intim, jauh daripada bunyi kota.
Tiket masuk adalah percuma. Anda boleh menikmati suasana bersih taman dan aktiviti asas tanpa sebarang bayaran. Untuk aktiviti premium seperti obstacle course, hanya perlu tempah slot awal. Check-in terus pun boleh.
Jadi, kalau anda guru, NGO atau keluarga yang mahukan program luar yang bermakna dan jimat kos, taman agro ini memang padan sangat. Tempat ini sesuai untuk kem motivasi, percutian pendek atau ulang tahun luar.
Untuk cuaca, waktu tengah hari boleh jadi agak panas dan tak selesa. Fasiliti juga sederhana. Harap maklum, ini bukan resort bertaraf tinggi.
Tak sempurna kalau tak singgah tempat sekitar. Lepas puas di Rantau Agro Park, apa kata anda jalan-jalan ke Taman Tasik Seremban. Boleh lengkapi itinerary cuti anda.
Nak booking penginapan? Banyak tempat best berdekatan seperti QQ Homestay (strategik dan bajet), Hotel Villa (sesuai untuk keluarga, WiFi percuma) dan Hotel Seri Malaysia Seremban (mesra keluarga dan lokasi di pusat bandar). Pilih saja ikut cita rasa dan mood percutian anda.
Waktu Operasi:
Setiap hari, 8.00 pagi – 5.00 petang
Harga Tiket:
Masuk percuma | Aktiviti tambahan berbayar
Taman Rekreasi Ulu Bendul – Port Jeram & Hiking Terkenal
Lokasi: Jalan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tip: Jangan mimpi nak enjoy mandi sungai kalau datang pukul 2 petang Sabtu. Penuh macam kenduri kampung. Nak port best tepi jeram, sila gerak sebelum ayam berkokok. Serius, siapa sampai awal memang dapat healing spot!
Kalau anda tengah cari tempat percutian menarik yang ada vibe hutan, air terjun dan trail hiking sekali jalan, Ulu Bendul memang layak masuk dalam senarai wajib lawat.
Taman eko rimba ini bukan sekadar tempat lepak, tapi lokasi nature therapy sebenar yang buat jiwa auto reset.
Dengan aliran sungai jernih, suasana redup bawah pokok besar dan bunyi air mengalir jadi latar semula jadi, tempat ini memang scream “healing is real”. Sesuai sangat untuk family day atau short escape dari hustle bandar.
Apa Menarik ?
Tempat ini lengkap dengan spot mandi semula jadi, laluan ke Gunung Angsi dan taman ular eksotik. Ada aktiviti untuk semua jenis pelawat. Sama ada anda jenis chill dengan keluarga atau geng hiking hardcore, semuanya boleh layan.
Kolam jeram semula jadi di sini memang jadi rebutan lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Airnya sejuk dan menyegarkan, sesuai untuk aktiviti picnic sambil celup kaki.
Ada juga pondok rehat dan wakaf yang boleh dijadikan tempat lepak santai.
Kalau anda suka aktiviti fizikal, boleh cabar diri panjat Gunung Angsi. Laluannya sepanjang kira-kira 8.9 kilometer, sedikit mencabar tetapi berbaloi apabila sampai ke puncak.
View canopy hutan dari atas memang terasa macam scene dalam filem Netflix!
Untuk pengalaman bajet tapi rare, Python Park patut singgah. Ada pelbagai spesies ular seperti green anaconda dan python. Sesuai untuk anak-anak atau sesi lawatan sambil belajar. Tempat ni memang bukan biasa-biasa, memang luar biasa!
Sangat ideal untuk mereka yang craving suasana semula jadi tetapi tak mahu travel jauh. Ulu Bendul ini antara hidden gem Malaysia yang boleh beri rasa “peaceful + photogenic” dalam satu trip pendek.
Apa-apa pun, pls take note. Tempat ini memang popular dan hujung minggu agak sesak. Datanglah awal supaya mudah cari parking dan dapat port mandi yang strategik. Pastikan juga bawa kasut yang sesuai kerana ada kawasan berbatu yang licin dan tajam.
Sekitar kawasan taman ini ada beberapa tempat makan best yang halal dan sedap. Boleh cuba Sokupi Café untuk kopi dan snek santai, atau Melang Kopitiam untuk sarapan klasik gaya lama. Restoran Warisan pula sesuai untuk anda yang suka lauk kampung dengan feel nostalgic.
Bagi anda yang ingin bermalam dan nikmati suasana lebih tenang, beberapa hotel best boleh dipertimbangkan. Antaranya Aurora Boutique Hotel (gaya butik dengan bilik selesa), Melang Inn (penginapan bajet dengan lokasi tengah bandar), dan Riverview Hotel (view sungai yang menenangkan serta akses mudah ke lokasi). Sesuai untuk staycation tenang dan recharge energy.
Waktu Operasi:
Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)
Harga Tiket:
Dewasa & Kanak-kanak: Percuma
Taman Rekreasi Untuk Riadah Petang
Siapa kata riadah petang kena jogging keliling rumah je? Kat Negeri Sembilan, anda boleh lepak taman sambil selfie dengan dinosaur, picnic tepi tasik instagenik, atau naik ‘pulau’ yang tak perlu bot pun. Nak feel explorer tapi tak nak berpeluh macam hiking gunung, inilah port paling win. Lengkap dengan vibe santai, angin sepoi bahasa, dan potensi kena kacau angsa.
S2 Hill Park – Taman Rekreasi Berkonsepkan Dinosaur Di Seremban 2
Lokasi: Jalan S2 B2, Seremban 2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Kalau anak jenis suka main tapi takut kotor, maknanya belum pernah datang sini lagi. Sekali lepas naik gelongsor dan nampak dinosaur, semua jadi “pakar survival” terus!
Lokasinya bertempat di Seremban 2 Heights, S2 Hill Park muncul sebagai salah satu tempat menarik di Seremban untuk riadah yang mesra keluarga. Taman ini bukan sekadar ada bukit dan trek jogging, bahkan turut menampilkan replika dinosaur yang seolah-olah menjaga pintu masuk.
Gabungan trek mendaki ringan, taman permainan dan replika dinosaur menjadikan tempat ini antara spot terbaik untuk aktiviti luar bersama anak-anak. Waktu pagi dan petang amat sesuai untuk berkunjung kerana suasana redup dan angin sepoi-sepoi yang menyegarkan.
Trek Hiking & Taman Interaktif
Trek mendaki di sini tidak terlalu curam dan sesuai untuk aktiviti santai. Laluan berbatu kecil dan berpagar kiri kanan menjadikan ia selamat untuk anak-anak yang aktif. Di tengah laluan, ada juga flying fox mini yang pasti mencuri perhatian si kecil.
Apabila penat mendaki, kawasan bawah bukit menawarkan taman permainan lengkap dengan papan gelongsor dan buaian. Ibu bapa pula boleh berehat di gazebo yang disediakan, sambil memerhati anak-anak berlari bebas dengan gembira.
Patung Dinosaur & Info Pendidikan
Tarikan paling menarik di sini sudah tentu patung-patung dinosaur bersaiz sebenar seperti T-Rex dan Triceratops. Setiap patung dilengkapi dengan papan maklumat saintifik yang ringkas, sesuai untuk pembelajaran ringan sambil bergambar.
Persekitaran sekitar patung juga bersih dan luas. Ramai pengunjung menjadikan kawasan ini sebagai lokasi picnic atau sesi merakam kandungan media sosial. Ia seperti versi kecil Jurassic Park yang mesra rakyat.
Satu aspek yang mungkin patut diberi perhatian ialah laluan mendaki yang boleh menjadi cabaran bagi warga emas atau pengunjung yang membawa stroller. Cuaca pula agak panas sekitar tengah hari, jadi lebih baik rancang masa lawatan seawal pagi atau lewat petang.
Jadi, bagi anda yang terdiri daripada guru, ibu bapa, atau pelancong yang sukakan taman tema dan suasana santai, tempat ini memang patut dimasukkan dalam senarai destinasi wajib lawat.
Selain aktiviti travel di taman ini, anda juga boleh sambung trip ke Taman Tasik Seremban yang terletak hanya beberapa minit dari sini. Suasana di tepi tasik yang tenang dan berangin memang sesuai untuk menutup hari dengan rasa puas hati.
Waktu Operasi:
Setiap hari (7.00 pagi – 7.00 malam)
Harga Tiket:
Percuma | Aktiviti bebas | Tiada caj parkir
Taman Tasik Seremban – Port Rare Berkelah & Instagenik di Tengah Bandar
Lokasi: Jalan Taman Bunga, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Kalau rasa hidup terlalu hectic sampai nak tengok rumput pun rasa mahal, Taman Tasik Seremban ni jawapan untuk ‘aku stress’. Jangan pandang rendah taman bandar. Kat sinilah port rare untuk healing bajet tapi vibe dia macam resort dalam bandar. Nak lepak, nak OOTD, nak kayuh perahu, semua boleh. Tapi… datang awal pagi, jangan degil!
Buntu mana nak bawa anak-anak hujung minggu tapi bajet ciput? Taman Tasik Seremban ni antara taman bandar terbaik yang underrated dekat Malaysia.
Dikelilingi lanskap hijau dan suasana damai, tempat ini bukan sahaja sesuai untuk family outing, malah pilihan solid untuk tenangkan kepala yang serabut dengan kerja.
Apa Menarik ?
Dengan tasik semula jadi sebagai pusat tarikan, pengunjung boleh sewa kayak atau perahu untuk santai atas air. Laluan pejalan kaki pula luas dan bersih.
Aktiviti jogging waktu pagi atau berjalan santai petang memang sesuai sangat. Pentas terapung yang terletak di tengah tasik sering jadi tumpuan untuk bergambar. Suasananya pula buat rasa macam dalam filem indie tempatan.
Ramai pengunjung datang bawa tikar dan bekal makanan. Anak-anak boleh main sabun buih atau naik basikal kecil, manakala ibu bapa pula boleh duduk berehat sambil hirup udara segar.
Kalau nak tambah aktiviti, sewa kayak sejam dua pun dah cukup untuk cipta bonding moment bersama keluarga.
Spot mural warna-warni dan struktur kayu atas air menjadikan tempat ini sangat Instagrammable.
Bila petang, cahaya matahari jatuh ke permukaan tasik dan hasilkan refleksi yang cantik. View waktu ni memang sesuai untuk simpan dalam galeri kenangan.
Tiada bayaran masuk langsung, jadi semua aktiviti asas boleh dilakukan secara percuma. Kalau datang awal pagi atau lepas Asar, suasana dia lebih tenang dan menyenangkan. Sesuai sangat untuk pengunjung yang nak ‘healing’ tanpa perlu belanja besar.
Sangat disyorkan untuk keluarga dengan anak kecil, pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga, ataupun warga emas yang mahukan tempat tenang untuk bersantai. Tempat duduk banyak, suasana damai, dan view pun memang best.
Satu je nak ingatkan, kawasan parkir memang terhad terutamanya pada waktu petang dan hari minggu. Beberapa bahagian taman juga kurang penyelenggaraan. Tapi kalau anda bawa mindset positif dan nak rilekskan kepala, semua tu tak jadi masalah besar.
Habis lepak di taman, anda boleh berjalan kaki ke Royal Gallery Tuanku Ja’afar untuk aktiviti bercorak sejarah. Masjid Negeri pun dekat, sesuai sangat untuk singgah solat. Kalau rasa adventurous, boleh juga panjat ke Centipede Temple. View dari atas tu memang padu untuk sesi percutian ringkas tapi memorable.
Untuk booking penginapan sekitar, anda boleh pertimbangkan Royale Chulan Seremban (tepi tasik dan boleh jalan kaki ke taman), D&F Boutique Hotel (bajet serta moden), dan One Heritage Hotel (lokasi strategik serta gaya klasik). Semua ni ialah penginapan nearby yang sesuai untuk short stay.
Waktu Operasi:
Setiap hari (8.00 pagi – 10.00 malam)
Harga Tiket:
Masuk Percuma | Aktiviti Kayak & Perahu: Caj berasingan oleh pengendali (+/-RM10-RM20)
Pulau Burong – Port Rare Ada Menara, Tapi Tak Payah Naik Bot
Lokasi: Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau ada kawan jenis cepat lenguh lutut tapi nak OOTD ala nature explorer, bawak je datang sini. Naik jambatan, snap gambar, turun menara, duduk bersila bawah pokok. Rare + chill + percuma.
Rasa macam masuk set filem “nature walk with soul”, itulah vibe Pulau Burong. Satu spot hidden yang layak masuk list aktiviti menarik di Port Dickson untuk santai-santai.
Terletak di hujung Pantai Cahaya Negeri, anda boleh berjalan kaki terus ke pulau tanpa perlu sewa bot. Angin laut menyambut, pemandangan pun tenang dan tidak sesak seperti tempat viral lain.
Jika anda sukakan tempat yang unik dan tenang, Pulau Burong memang berbaloi untuk dikunjungi. Terdapat jambatan kayu sepanjang 150 meter, menara tinjau dua tingkat, hutan paya laut dan kadang-kadang kelihatan burung migrasi dari luar negara.
Suasana di sini sangat sesuai untuk aktiviti healing, sesi OOTD atau lepak sambil nikmati alam.
Jambatan Kayu & Menara Tinjau
Laluan utama ke Pulau Burong adalah jambatan kayu panjang yang menjadi spot gambar paling ikonik. Sambil berjalan, anda boleh menikmati pemandangan bakau dan laut terbuka.
Ketika matahari terbenam, suasana berubah menjadi seperti poskad hidup, memang layak masuk dalam feed Instagram.
Naiki menara tinjau dua tingkat yang menawarkan pemandangan 360 darjah. Dari atas, anda dapat melihat seluruh kawasan paya bakau dan laut yang mengelilinginya.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat burung heron, bangau atau burung migrasi yang singgah rehat. Aktiviti bird watching memang sangat sesuai dilakukan di sini.
Hutan Paya Laut & Suasana Damai
Pulau ini juga dikelilingi oleh hutan paya laut yang menempatkan spesies seperti bakau minyak, bakau kurap dan api-api putih.
Tempat ini bukan sahaja tenang, malah mempunyai nilai ekologi yang tinggi. Ramai tidak tahu, hutan bakau adalah benteng semula jadi yang penting untuk pantai kita.
Keunikan Pulau Burong juga terletak pada suasananya yang santai dan asli. Anda boleh duduk di bawah pokok, menghirup udara laut dan merakam konten TikTok atau Instagram berlatar belakangkan alam semula jadi. Jika anda mencari tempat untuk reset minda, inilah tempat yang sesuai.
Tetapi, jika datang ketika hujan, anda perlu lebih berhati-hati. Laluan boleh menjadi licin dan waktu air pasang tinggi, ada bahagian yang terjejas. Oleh itu, rancang lawatan anda dengan baik supaya pengalaman lebih selesa.
Ideal untuk mereka yang gemarkan aktiviti tenang, pencinta alam semula jadi atau yang ingin lari seketika daripada kesibukan tempat tumpuan ramai. Pengembara solo juga sesuai ke sini. Cukup bawa tripod dan set masa kamera, gambar tetap padu.
Sebagai penutup cerita hari, selepas puas menjelajah Pulau Burong, anda boleh terus ke Pantai Cahaya Negeri yang bersambung secara terus.
Di sana boleh berkelah sambil layan bayu laut. Trip cuti di PD yang ringkas namun cukup bermakna.
Waktu Operasi:
Buka 24 jam, akses melalui Pantai Cahaya Negeri
Harga Tiket:
Tiada bayaran, masuk adalah percuma untuk semua pengunjung
Shopping Mall & Tempat Membeli-Belah di Negeri Sembilan
Kat Negeri Sembilan, shopping bukan sekadar beli barang, tapi boleh jadi acara sukan ekstrem dompet. Dari mall paling ‘onz’ di Seremban sampai pasar borong yang boleh buat mata rambang macam slot Mega Sale, semua ada. Swipe kad jangan lupa tengok baki ya!
Palm Mall – Mall Paling ‘Onz’ Di Tengah Seremban
Lokasi: Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan

Website Facebook Google Maps Waze
Tip: Palm Mall ni pernah terbengkalai lebih 10 tahun, sampai orang panggil ‘Mall Hantu’! Tapi sekarang? Dah transform jadi shopping mall popular di Seremban yang padat dengan kedai viral, food court meriah dan event tak henti. Kalau malam, vibe dia memang syok habis nak lepak sambil cuci mata!
Palm Mall ni memang antara shopping mall popular di Seremban yang paling sesuai untuk healing bajet dan lepak santai. Lokasinya betul-betul strategik kerana terletak di tengah bandar.
Senang cari parking jika datang awal. Banyak spot lepak, makan dan shopping boleh dijelajahi dalam satu bangunan. Kombo yang lengkap untuk hujung minggu.
Mall ini padat dengan pilihan retail seperti H&M, Toys R Us, Watsons dan panggung GSC. Food court pula meriah dan penuh dengan variasi. Pasti rambang mata tengok menu.
Kadangkala ada event seperti food festival atau expo. Pengunjung boleh lepak sambil makan dan layan busking secara santai.
Spot Shopping & Chill
Boleh shopping dari hujung ke hujung. Daripada fesyen bajet sehinggalah ke produk kanak-kanak, semua ada.
Jenama tempatan dan antarabangsa tersedia. Nak cari barang baby atau aksesori pun memang boleh dapat dengan mudah.
Banyak kedai yang family-friendly dan mesra bajet. Terdapat juga booth tepi laluan yang menjual barang rare. Kadangkala ada koleksi tudung khas sempena musim perayaan atau mainan edisi terhad.
Food Court & Wayang GSC
Food court Palm Mall memang padu. Agio Olio terkenal dengan hidangan seafood yang portion besar, boleh dikongsi dua orang. Selepas kenyang, boleh cuba pencuci mulut atau cari cendol viral yang ada berdekatan.
Selesai makan, terus boleh sambung tengok wayang di GSC. Hall dia luas dan selesa. Jika datang waktu malam, suasana sangat chill dan santai. Sesuai untuk lawatan keluarga atau pasangan muda.
Tempat ni memang sesuai untuk semua jenis pelawat. Sama ada keluarga dengan anak kecil, pasangan muda yang nak dating atau pelancong solo yang nak relaks sambil makan dan shopping. Semua boleh enjoy vibe Palm Mall.
Nak sambung jalan-jalan lagi? Taman Tasik Seremban hanya beberapa minit dari sini. Ia merupakan lokasi aktiviti menarik untuk healing sebelum balik. Anda boleh berkelah, jogging atau layan view tasik yang tenang dan mendamaikan.
Waktu Operasi:
Setiap hari (11.00 pagi hingga 1.00 pagi)
Harga Tiket:
Masuk Percuma | Tiket wayang mengikut filem di GSC | Parkir: Berbayar mengikut jam
Pasar Borong Nilai 3 – Port Borong Murah Wajib Singgah
Lokasi: Jalan Pasar Borong, Nilai, Negeri Sembilan

Tip: Pernah terbayang masuk kawasan yang penuh kedai karpet, kain pasang, telekung, jubah dan semua benda kahwin dalam satu baris jalan? Ha, kat sinilah portnya. Kalau datang dengan makcik-makcik, siap-siap lah standby, confirm boleh hilang dalam “alam borong” sampai tak sedar masa berlalu!
Pasar Borong Nilai 3 ini memang tempat shopping di Nilai yang best untuk anda yang nak cari barangan murah tetapi tetap berkualiti.
Lokasinya sangat strategik, dekat dengan KLIA dan laluan utama lebuhraya. Ramai peniaga datang memborong, tetapi pelancong pun suka singgah sebab boleh beli dalam kuantiti kecil pada harga jimat.
Dalam satu kawasan yang luas, terdapat ratusan kedai menjual pelbagai barangan perkahwinan, telekung, kain pasang, karpet dan pelbagai lagi hiasan rumah.
Jika anda jenis suka beli banyak dalam satu tempat, inilah lokasi yang memang berbaloi untuk dikunjungi.
Syurga Karpet & Barang Rumah
Kedai karpet di sini memang menarik. Ada gaya moden, klasik, dan tema Timur Tengah pun ada.
Ramai pengunjung beli sebagai hadiah rumah baru atau untuk kegunaan hantaran kahwin kerana banyak tawaran menarik, terutamanya jika beli lebih daripada satu.
Selain karpet, anda juga boleh temui pelbagai pilihan langsir, cadar, alas meja dan set lengkap bilik pengantin.
Ramai peniaga sediakan pakej yang boleh disesuaikan dengan bajet dan juga servis tempahan khas mengikut saiz yang dimahukan.
Fesyen Wanita & Cenderahati Majlis
Telekung, tudung, jubah dan kain pasang dijual dengan pelbagai corak serta warna yang menarik. Harga pula memang mesra bajet, sebab itu ramai peniaga tudung ambil stok dari sini untuk dijual semula.
Kalau anda tengah cari doorgift, bunga telur, kotak hantaran atau aksesori untuk majlis, memang rambang mata dibuatnya. Bila tiba musim cuti sekolah, kawasan ini jadi lebih meriah kerana ramai yang buat persiapan kahwin.
Ada satu cabaran yang mungkin anda hadapi semasa lawatan ke sini, iaitu cuaca yang agak panas dan kawasan yang luas. Jalan kaki dalam keadaan begini boleh buat cepat penat. Tambahan pula, kawasan parkir agak terhad. Jadi, datang lebih awal memang sangat disyorkan.
Pendek kata, tempat ini memang sesuai untuk bakal pengantin, ibu bapa yang nak hias rumah baru atau peniaga kecil yang ingin tambah stok. Banyak pilihan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan bajet anda.
Habis ronda-ronda pasar, jangan terus balik. AEON Nilai cuma beberapa kilometer dari sini, jadi anda boleh sambung rehat di sini sambil minum kopi atau jalan-jalan cuci mata.
Waktu Operasi:
Setiap hari (7.00 pagi hingga 6.00 petang)
Harga Tiket:
Masuk Percuma | Parking: Terhad di kawasan terbuka
Masjid Ikonik & Destinasi Islamik di Negeri Sembilan
Bila masuk bab masjid dan destinasi Islamik, kita kena chill tapi jangan over sangat nanti takut kena tegur dari langit. Tapi serius, masjid-masjid kat Negeri Sembilan ni bukan biasa-biasa, ada yang berkubah emas, ada juga yang reka bentuk dia ilham Minangkabau siap boleh masuk katalog seni bina.
Masjid Negeri, Negeri Sembilan – Kubah Putih Berinspirasikan Minangkabau
Lokasi: Jalan Dato’ Hamzah, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Kalau makcik-makcik datang sini waktu pagi, confirm tak jadi jogging sebab asyik ambil gambar dengan kubah putih lawa tu. Rasa macam masjid ni baru keluar dari katalog senibina Minangkabau edisi premium!
Untuk anda yang suka masjid bercirikan budaya, Masjid Negeri Negeri Sembilan ini wajib masuk bucket list.
Masjid moden-minangkabau ini menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang unik. Kubah putih besar di atas bangunan menjadikannya mercu tanda yang mudah dikenali dari jauh.
Bukan sekadar tempat ibadah, kawasan masjid ini luas, bersih dan tenang. Jika anda sedang mencari lokasi rohani yang juga menarik untuk dilawati, tempat ini antara yang terbaik sekitar Seremban.
Senibina Minangkabau & Kubah Putih
Kubah besar berwarna putih dikelilingi dengan tiang tinggi dan menara yang dihias dengan kaligrafi Islamik.
Sembilan tiang utama yang dibina melambangkan sembilan luak dalam Negeri Sembilan. Sentuhan moden digabungkan dengan elemen tradisi yang sangat harmoni.
Ruang solat dalam masjid ini sangat luas dan berhawa dingin. Terdapat laluan khas untuk wanita serta ruang wuduk yang bersih dan selesa.
Suasana waktu solat Jumaat pula sangat teratur. Tidak hairanlah ramai penduduk dan pelawat suka datang ke sini untuk beribadah.
Tenang Berdekatan Tasik & Lokasi Strategik
Satu kelebihan lokasi ini adalah kedudukannya bersebelahan Taman Tasik Seremban.
Selepas solat, ramai yang mengambil peluang untuk bersiar-siar seketika di taman sambil menikmati udara segar pagi. View dari kawasan masjid juga menarik jika anda ingin bergambar.
Hotel bajet, pusat beli-belah dan tempat makan semua terletak berdekatan. Terminal One Mall juga hanya dalam jarak berjalan kaki.
Bagi musafir atau mereka yang singgah sebentar di Seremban, masjid ini sangat sesuai untuk singgah solat sebelum meneruskan perjalanan.
Tip awal, waktu solat Jumaat atau jika ada program besar, tempat letak kereta sering kali penuh hingga ke luar pagar.
Sebaiknya datang lebih awal atau parkir di Taman Tasik dan berjalan kaki sedikit. Struktur bertingkat juga mungkin kurang sesuai untuk warga emas.
Jika anda seorang pelancong Muslim, pasangan pengantin baru, pelajar atau peminat senibina Melayu, tempat ini memang patut anda lawati. Datang secara solo pun tidak mengapa kerana suasananya tenang dan selesa.
Takkan nak balik terus lepas solat? Jom jalan kaki ke Taman Tasik Seremban yang hanya bersebelahan.
Sangat sesuai untuk berehat seketika, menikmati pemandangan tasik dan juga menyegarkan kembali fikiran sebelum meneruskan percutian anda di Seremban.
Masjid Diraja Tuanku Munawir – Kubah Emas & Warisan Diraja
Lokasi: Kampung Tanjung Beringin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Tip: Kalau nak rasa vibe solat macam dalam drama Melayu klasik tapi versi real life, masjid ni memang jawapan dia. Nak bergambar depan kubah emas pun boleh, asalkan jangan lupa ambil wudhuk dulu ya!
Untuk anda yang tengah cari masjid senibina unik di Negeri Sembilan yang bukan tempat biasa-biasa, Masjid Diraja Tuanku Munawir ni memang kategori permata tersembunyi.
Lokasinya di Kampung Tanjung Beringin ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah ia adalah mercu tanda seni bina yang menawan, hasil gabungan gaya Mughal dan tradisi Melayu.
Kubah emas di atasnya pula bersinar cantik waktu senja, memang sesuai sangat untuk jadi latar gambar yang menenangkan jiwa.
Apabila melangkah masuk ke kawasan Seri Menanti, anda akan perasan suasana desa yang penuh ketenangan dan nilai sejarah. Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1970-an bagi menggantikan struktur asal yang lebih kecil, demi menampung jemaah yang makin bertambah.
Kini, ia berdiri megah sebagai salah satu masjid yang paling indah dan bernilai di Negeri Sembilan.
Seni Bina Berkubah Emas & Aura Diraja
Reka bentuk masjid ini sememangnya menarik perhatian. Empat menara bergaya Mughal mengelilingi kubah emas di tengah-tengah masjid, dan dinding berwarna putih memberikan rasa bersih dan tenang.
Sekali imbas, suasananya terasa seolah-olah berada di tempat lain, bukan di Malaysia.
Waktu terbaik untuk berkunjung ialah pada waktu petang kerana pantulan cahaya matahari ke atas kubah mencipta suasana yang menakjubkan.
Ruang solat dalamannya juga selesa dan luas, menjadikannya tempat terbaik untuk berehat seketika dan menenangkan fikiran. Tempat ni memang “serenity unlocked”.
Lawatan Warisan: Sebelah Masjid, Ada Makam Diraja
Keunikan lokasi ini bertambah menarik kerana ia terletak bersebelahan dengan Seri Menanti Royal Mausoleum, iaitu tempat persemadian kerabat diraja Negeri Sembilan.
Lawatan ke sini bukan sekadar untuk melihat seni bina, tetapi turut membuka peluang untuk mendekati sejarah dan budaya negeri ini secara mendalam.
Dari masjid ini, anda boleh berjalan kaki ke Istana Lamo yang turut menanti penuh nostalgia atau menikmati lomang tradisional di gerai sekitar kampung.
Gabungan spiritual, elemen sejarah dan makanan tradisional menjadikan tempat ini sangat lengkap sebagai destinasi pelancongan.
Jika anda mencari lokasi yang tenang, kurang sesak dan kaya dengan nilai warisan, masjid ini memang sangat sesuai umtuk dilawati.
Nak sambung jalan-jalan lagi? Anda boleh terus singgah ke Istana Lamo Seri Menanti yang hanya 500 meter dari masjid.
Bangunan kayu tradisional ini penuh kisah unik tentang sistem adat Perpatih. Gabungan dua destinasi ini menjadikannya antara tarikan yang wajib dikunjungi jika anda berada di Negeri Sembilan.
Masjid Jamek Seremban – Warisan Wakaf & Simbol Kejatuhan Uthmaniyah
Lokasi: Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan

Tip: Bayangkan waktu azan Subuh, anda sedang solat dalam masjid yang dibina hasil wakaf seorang pendakwah Arab, dan menaranya pula siap tahun sama dengan kejatuhan Uthmaniyah. Rasa macam extra power spiritual level lain, kan?
Anda pernah terfikir tentang masjid yang bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga nadi sejarah Islam di Nusantara?
Masjid Jamek Seremban mungkin kelihatan sederhana dari luar, namun di dalamnya tersimpan kisah besar yang bermula pada awal 1900-an.
Masjid ini antara masjid warisan Seremban tertua, dibina hasil gabungan dua tokoh berpengaruh iaitu Dato’ Bandar Haji Ahmad Ali dan Sheikh Abdul Rahman Safar, seorang pendakwah dari Arab Saudi yang berhijrah ke Tanah Melayu akibat konflik di tanah Arab.
Reka bentuknya pula tidak mengikuti tradisi Minangkabau seperti kebanyakan bangunan Negeri Sembilan, sebaliknya lebih mirip dengan masjid-masjid lama di Melaka.
Letaknya di tengah-tengah bandar Seremban menjadikan ia lokasi strategik untuk singgah, beribadah dan menghayati sejarah Islam dengan mudah. Tempat ni macam jawapan kepada burnout hidup.
Sejarah Wakaf, Gaya Melaka & Menara Simbolik 1924
Masjid ini mula didirikan sekitar awal 1900-an, ketika belum wujud masjid formal di bandar Seremban. Sheikh Abdul Rahman Safar dan Dato’ Bandar Ahmad mewakafkan tanah serta membina masjid ini demi umat Islam setempat.
Fakta menarik, menara masjid siap dibina pada tahun 1924, iaitu tahun sama dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Simboliknya jelas, seolah-olah menara ini jadi peringatan senyap tentang perubahan zaman dunia Islam.
Walaupun beberapa bahagian telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri, struktur utama termasuk menara asal masih kukuh berdiri. Masjid ini kini tersenarai di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Lokasi Tengah Bandar & Tarikan Sekeliling
Kedudukannya sangat strategik. Beberapa langkah sahaja dari masjid, anda sudah boleh ke Taman Tasik Seremban, Royal Gallery Tuanku Ja’afar atau ke deretan kedai makan tempatan yang popular.
Jika anda mahukan lawatan spiritual yang padat tetapi tidak memenatkan, masjid ini adalah tempat ideal dalam jadual perjalanan anda.
Dari sudut visual pula, masjid ini punya tarikan unik dengan senibina klasik yang masih terjaga. Banyak spot bergambar yang kelihatan seperti throwback filem hitam putih.
Datanglah waktu pagi atau lewat petang, pencahayaan semula jadi akan menjadikan setiap tangkapan kamera kelihatan seperti postcard hidup.
Jika anda seorang pencinta sejarah Islam atau ingin merasai pengalaman spiritual yang tidak terlalu jauh dari kesibukan bandar, masjid ini sangat sesuai untuk dikunjungi.
Kalau dah terlajak sampai ke kawasan ni, jangan lupa singgah ke Haji Shariff’s Cendol yang terletak hanya beberapa minit dari masjid.
Penutup trip anda dengan semangkuk cendol klasik Seremban memang gabungan paling puas hati, ringan, sejuk dan cukup sempurna untuk menutup hari.
Balai Cerap Telok Kemang – Port Stargazing Paling Famous!
Lokasi: Lot 4506, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan

Tip: Kalau si dia tengah merajuk, bawak je datang sini. Lepas tengok bulan dengan teleskop gergasi, hati yang kelat boleh jadi manis macam sup daging Klana. Tengok planet berdua, rasa macam dalam drama Korea musim malam!
Jika anda tercari-cari observatory stargazing Port Dickson yang unik dan mesra pengunjung, Balai Cerap Telok Kemang ialah tempat yang patut anda lawati. Waktu malam di sini memang memukau.
Anda bukan sahaja boleh melihat bulan dengan jelas, malah boleh menikmati pemandangan planet seperti Saturn dan Jupiter menerusi teleskop 24 inci.
Suasana di sini sangat romantik dan penuh rasa kagum terhadap alam semesta.
Walaupun tempat ini tidak terlalu besar, tarikan yang ditawarkan memang berbaloi. Pada waktu siang, pengunjung boleh mencerap matahari menggunakan teleskop khas.
Waktu malam pula, ada sesi cerapan bintang dan planet serta taklimat astronomi dalam bilik yang direka seperti sinema kecil.
Terdapat juga galeri interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk anak-anak dan pelajar.
Stargazing dan Cerapan Planet
Sesi cerapan malam sangat dinanti-nantikan. Di sini, anda boleh melihat bulan, Jupiter, Saturn dan banyak lagi objek angkasa dengan menggunakan teleskop gergasi 24 inci.
Suasana malam yang ditemani angin sejuk dari pantai membuatkan pengalaman ini lebih istimewa dan mengasyikkan.
Selepas selesai cerapan, anda berpeluang menyertai sesi taklimat santai yang disampaikan oleh pegawai balai cerap.
Taklimat ini diadakan dalam bilik khas yang menyerupai planetarium mini. Gaya penyampaian tidak terlalu teknikal, tetapi cukup menarik untuk membuka mata terhadap keindahan langit malam.
Akses Khas & Bonus Untuk Tetamu Hotel
Bagi tetamu yang menginap di Klana Beach Resort, kemasukan ke balai cerap ini adalah percuma.
Ini menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk percutian ringkas di PD yang penuh dengan ilmu dan suasana yang menenangkan.
Selepas sesi cerapan malam, anda boleh berjalan kaki ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran.
Terdapat pelbagai pilihan warung seafood halal dan kafe di sekitar yang boleh anda singgah untuk menikmati juadah tempatan.
Tapi perlu diingatkan, ruang dalam kubah utama agak terhad dan setiap sesi cerapan dikendalikan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Jika cuaca mendung, sesi cerapan malam mungkin dibatalkan. Oleh itu, penting untuk anda semak jadual dan ramalan cuaca sebelum datang.
Kalau anda seorang yang minat langit malam, pasangan yang ingin cari lokasi romantik atau pelajar yang suka ilmu astronomi, tempat ini memang wajib dikunjungi.
Pengalaman yang ditawarkan di sini bukan sekadar melihat bintang, tetapi juga menghayati keajaiban ciptaan Tuhan.
Takkan nak balik terus lepas tengok planet? Apa kata anda luangkan sedikit masa di pantai Teluk Kemang yang terletak berdekatan.
Lokasi ini sesuai dijadikan port honeymoon santai. Sambil minum air kelapa muda di bawah pokok rhu, anda boleh abadikan momen indah dalam bentuk gambar kenangan yang pasti sukar dilupakan.
Waktu Operasi:
Sesi Siang: 3:00 PM – 5:00 PM | Sesi Malam: 10:30 PM – 12:00 AM
Harga Tiket:
Dewasa: RM25 | Pelajar Sekolah: RM5 | Kumpulan: RM10/pax | Tiket + Supper: RM25 – RM50
[penutup_artikel]
Bercuti ke Negeri Sembilan terasa macam masuk dunia lain yang penuh kejutan. Suasana kampung yang masih asli, pemandangan sawah terbentang, dan seni bina Minangkabau yang ikonik menjadikan negeri ini ada identiti tersendiri yang susah nak jumpa di tempat lain.
Port Dickson tetap jadi bintang utama dengan pantainya yang luas dan mesra keluarga. Namun, yang betul-betul rare ialah vibe slow-living yang healing habis. Kalau anda jenis suka percutian yang tenang tetapi masih ada aktiviti, Negeri Sembilan memang sesuai untuk recharge mood yang dah lama low batt.
Sebelum terlalu teruja mencari tempat menarik di Negeri Sembilan, lebih baik rancang perjalanan dengan bijak ikut musim dan bajet. Elakkan hujung minggu panjang jika tidak suka tempat sesak, dan jangan lupa bawa tunai kerana banyak gerai lokal tidak terima e-wallet.
Jika boleh, tempah homestay yang dekat dengan lokasi tarikan utama supaya anda boleh jimat masa dan petrol. Banyak tempat menarik di sini masih belum viral jadi anda boleh nikmati pengalaman eksklusif tanpa perlu bersesak macam di lokasi popular lain.
Rasa artikel ini bermanfaat? Share sahaja di media sosial, jangan jadi pelancong kedekut ilmu. Biar satu dunia tahu bahawa Negeri Sembilan bukan sekadar lemang dengan rendang!
[/penutup_artikel]

